Beruntung Fathia Latiff kerana memiliki seorang sahabat yang tetap berdiri di belakang ketika diperlukan.
Kredit foto: IG Fathia Latiff
Sahabat kepada aktres itu, Tunku Hanis memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya berserta kata-kata semangat dan nasihat buat Fathia.
"Susah senang sama-sama! No matter what happen i got your back! Allah tengah duga kau supaya kau supaya kau tahu DIA sayangkan kau.
Kredit foto: IG Tunku Hanis
"Bila manusia tegur sebab sayang, tetapi dihina dicaci diumpat digosip dan diperli, tak apa! DIA akan datangkan teguran daripada DIA! Macam aku selalu tak dengar cakap orang, sekali DIA nak tegur, DIA betul tegur habis! Hahaha!" tulis pelakon itu.
BACA JUGA: Rambut Pendek Macam Lelaki, Pakai Sweater-Dakwaan Fathia Latiff Menyanyi Buka Tudung
Ramai pengikutnya terharu dengan kesetiaan ditunjukkan Tunku Hanis sebagai seorang sahabat terutama ketika Fathia dibelenggu pelbagai kontroversi panas.
Kredit foto: IG Tunku Hanis
Dalam masa sama, ramai juga meminta Tunku Hanis untuk memberi nasihat kepada Fathia agar lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dam tindakan selain berhati-hati dalam memilih kawan. - CARI |