JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
772
View
55
Reply

[Pelbagai] Apa yang korang suka musim kenduri KaHwin

[Copy link]

Author: fahdramli    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 9-2-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gadis bagi telur.

bukan gadis bertelur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kecik2 dulu, masa makcik pakcik kahwin, suka sangat rewamg semingu tu. Siap ponteng kelas tau.

Zaman dulu punya rewang,
1.sehari pilih beras, tanpi..
2. Sehari potong cili kering
3. Sehari poton bawang
4. Pasang khemah
5. Buat air gula

Macam macam la tak ingat semua.

Zaman tu, langsir jahit sendir, dulang hantaran buat semdiri, pelamin pun.

I siap jadi bunga mangga girl lagi. Kasi doorgift utk tetamu. Masa tu zaman2 makan berhidang.

Kalau pakai bufet, nenek iols kata pemalas. Pinggan mangkuk kaca tau..

Abes majlis je, acara simbah simbah air.. Best gilerrr.. Kanak kanak pun berani je simbah air kat pakcik makcik..hehehe..

Malam pulak, reramai kira duit salam.hehee, pastu beli eskrim...makan ramai2 syok sgt..

Esk nye ada majlis balimg gula dan duit. Masing2 berebut2...

Tinggal kenangan je.. Majlis sekarang semua ordee je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka nasi minyak , makan pula dengan gulai kawah. Yummeh.

Kalau kat Kelantan ada makanan manis macam sira labu, bubur3. I suka makanan manis2

Kat Kelantan ni kalau kenduri kawin ada juga side dish laksam, laksa lemak.

Pastu suka dapat jumpa kenalan lama, kenalan baru, saudara mara. I suka jumpa orang baru, berkenalan. Mungkin sebab i jenis ringan mulut kot

Pastu time kenduri kawin i suka tengok orang pakai cantik2. Mekap cantik2. Tengok anak2 gadis comel2. Teringat masa i zaman gadis dulu. Sekarang dah jadi gadis purba. Hahaha

I juga suka kalau kenduri kawin, bau bunga rampai... Wangi sangat bau daun pandan

I suka tengok pengantin baru dan doakan mudah2an Allah memberikan keberkatan dalam kehidupan. Seronok tengok orang membina masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 06:42 PM | Show all posts
Edited by zennaya at 9-2-2019 06:45 PM

majlis kawen yg paling suka adalah menu utamanya : nasi beriani,nasi minyak,ayam masak merah,kuih muih,tengok pelamin cantik. baju pengantin,goodies dan yang raja seharinya. the most important person,bride n groom.. bila sendiri jadi raja sehari,ya ampun,stress berganda2 6 bulan sebelum big day. selalunya kita jadi jemputan,datang makan jek. sekali jadi pengantin,pada hari berkenaan,hilang berat badan brp kg. yang datang n raikan bukan calang2. kawan my husband,kawan lama abah seluruh malaysia masa dlm polis dulu. ngan geng swordbearer my husband lagi. tapi dipenghujung hari,tetamu beransur pulang,the new life is begin..lepak ngan hubby borak2 sambil makan kek kawen sendiri. momen yg sukar utk dilupakan sepanjang hayat utk org yang kawen lambat mcm i

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling suka bab makan nasi minyak.. Sampai pernah tanya husband, ada tak kenduri this week sbb teingin nasi kenduri. Lauk ayam msk merah mmg fav. Kalau dpt yg ada ns putih sambal sotong kering tu fuuh la. Pernah rasa potongan epal/lai/pear dgn serbuk asam jugak. Minta maaf la kami lambat bangun. Hehe. Mujur tk ramai org.

Skrg dh jd trend ada mknn sampingan. Anak kami kalau tahu dtg kenduri tempat tu, dia tuju aiskrim dulu. Kami pun bagi sbb dulu2 soh makan nasik dulu, last2 aiskrim hbs. Kesian dia beria makan nasik sbb nk aiskrim tu. Mujur la nasik pun berselera juga.

Kalau ada kuih muih, bubur pulut hitam, harus ada air panas. Ni mmg aku tuju la. Cendol pun sedap. Time kami kawin, mmg ada amek org cendol ni. Dia park van kawasan dewan. Tp x ramai org amek. Rupanya org ingt kena bayar. Bila announce byk kali baru dia tk menang tgn. Biasa kalau sampingan ni, boleh jadi rakan2 atau sdra mara sponsor.

Nampak gaya kena tunggu bulan 4 la br boleh merasa nasik kenduri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
-Berkumpul ramai2 gotong-royong
-Pasang penanggah
-Budak2 tolong keluarkan pinggan mangkuk dr dlm stor dan basuh beramai2.
-Budak2 bergembira bermain lebih2 pada musim cuti sekolah baru jumpa sepupu sepapat.
-Tarian cincin pada malam berinai.
-Malam berinai suka sgt tumpang berinai sampai hitam kuku.
-Aktiviti mencari daun inai
-Tolong buat bunga telur
-Sup tulang mebelesss mmg ditunggu2. Tukang masak mmg akan buat sup tulang utk org2 (kampung) yg datang menolong. De sekali tu mkn sup tulang campur lada. Sampai hari ni iols teringat2 keenakannya.
-Hari kenduri pakai cantik2. Rasa mcm iols la yg paling jelita tapi x dpt kalahkan pengantin.  
-Suka ngat kalau dpt mkn lauk pengantin
-Paling tunggu2 bunga telur.
-Malam semua dah settle de acara potong kek.
-Gigih menunggu pengantin buka hadiah.

Ni semua kenangan 20 taun lepas la.
Sekarang paksa diri je g kenduri. Kenduri sekarang tempat org show off, bukan lg tempat beramah mesra jumpa sedara mara kawan2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat berkat..goodies.. pastu lagi suka kalo jiran2 sebelah buat keje kawin sbb best riuh.. lagi2 bila karaoke jamban dah start bunyik.. seronok je rasa tgk kegembiraan jiran2..  hihi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:01 PM | Show all posts
anastasia7 replied at 10-2-2019 11:30 PM
Paling suka bab makan nasi minyak.. Sampai pernah tanya husband, ada tak kenduri this week sbb teing ...

sama dengan saya.
kalau bukan musim orang kahwin, selalu tanya husband "tak ada ke kawan2 you kahwin minggu ni?"
kadang2 call mak, "mak, tak ada ke orang taman tu kahwin?"

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:06 PM | Show all posts
i suka makan lauk kenduri.
nasi minyak, nasi hujan panas, nasi jagung. sedapnyaaa..
kena pulak kalau ada lauk masak lemak nenas campur ikan kering.
memang segunung nasi i letak. lantak la diet i ke laut pon.

then i suka kalau ada bahagian makanan sampingan tu.
lepas makan lauk pedas2, makan ice cream.
kalau ada cendol and laksa memang marvelous.
aduh terliur plak bila teringat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:36 AM | Show all posts
always looking forward tengok hand bouquet (kalau ada)/ pelamin & kain baju sedondon family pengantin dan makanan kenduri opkos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:31 AM | Show all posts
Edited by rospinki at 12-2-2019 04:46 PM

aku paling rindu bau gulai kawah kenduri kawen zaman dulu2
bau kayu api dan asap dari kayu yg basah bersama aroma gulai
gulai kawah daging lembu yg baru disembelih sehari sebelum
ada pulak pajeri nenas dan sayur umbut kelapa digoreng bersama perut lembu dan kerisek
dihidang satu persatu dalam pinggan berbunga
serta air sirap pandan yg menyegarkan..indahnya suasana kampung..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:18 PM | Show all posts
Baru je selesai kenduri kakak last weekend. Apa yang aku suka ialah:

1. keluarga berkumpul ramai2...yang jauh balik ke kampung. jarang2 sekali jumpa. ada yang terkejut sebab ahli keluarga bertambah. Jalinan kekeluargaan makin besar (ipar, biras dll)

2. Kemeriahan kenduri tu sendiri. Jiran tetangga yang kadang jarang jumpa sebab sibuk kerja, so boleh sembang2 hari tu. Dengan celoteh DJ, dgn yang suka karaoke, yang sporting, tolong menolong.

3. Tak sah kalau takde nasi minyak dan air sirap. Cuaca panas lagi duk angkut minum air tu haa... habis la diet hari tu..memang cheat se cheatnya lah..haha

4. Bergambar sakan..tak ingat kat pengantin nk duduk pelamin. Habis kena conquer..haha

5. Hadiah kahwin yang bermacam2 jenis. Ada bagi keperluan asas macam gula, tepung dll ada juga bagi set cadar, gelas, barangan elektrik. Yang bestnya kalau pengantin hadiahkan pula pada kita

Tu je la kot dapat fikir. Penat tak hilang lagi almaklumlah tuan rumah..haha.. weekend ni majlis bertandang pula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:34 PM | Show all posts
1. Nasi minyak
2. ayam masak merah
3. daging masak hitam (FAV ni oiiii)
4. Sirap ais (sumpah sedappppp minum time panas2. sirap kenduri ni mmg lejen)
5. goodies

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:51 PM | Show all posts
kenduri kawen skg n dulu jauh beza...as family pengantin i pangkah gila kalau nk buat rewang sbb penat oii.. tp kalau g kenduri kawen org plak i suka kenduri yg buat rewang rasa makanan dorang lg sedap...

dulu wajib dpt bunga telur..skg ni goodies ganti ngn benda lain..kicap la megi la jajan la wajib

dulu mesti byk lagu2 pengantin, meraikan pengantin..tp skg ni mostly sume geng2 karok yg acah2 suara dorang sedap..sampai nk borak ngn tetamu pn x dgr jelas...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 02:13 AM | Show all posts
suka la dpt jumpa kawan2.. mcm reunion.. tp menyampah gak kdng2 bila dah lama tak jumpa hbis nak membawang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:16 AM | Show all posts
telur rebus..i dunno somehow telur rebus kenduri kawin lagi sedap daripada yg kita rebus sendiri..selalu berebut dgn anak..hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompang dan marhaban..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:27 PM | Show all posts
Rindu nasik minyak old version takde campur campur color,mkn berdulang skrg ni buffet pandai pandai la ko cari mkn sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mestila gulai kawah dia. gulai knduri mmg x sama kn dgn mkn kt umh ke kdai2.. pastu goodies2.
tp skrg sume save bajet bg gula2 dgn jeli.pyh nk nk jumpa telur ke kuih2 rare.
tp mak iols tiap kali kenduri mst bg telur as goodies.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:08 PM | Show all posts
Rindu zaman kenduri kt kg..
Rewang, dirikan bangsal..kg i dolu2 rumah tiang tinggi,
Bawah rumah utk makcik2 membawang bergossip, bangsal2 utk org lelaki..
Rindunya zaman mkn berhidang dlm talam, makan smbil bersila...

Kalau kt kg, ada org tumbangkan lembu, mak selalu kena masak kaki lombu...
Mak ja yg terer masak kaki lombu..pakcik makcik i mmg tertunggu2 sup kaki lembu...
Terasa kenyal2 berlemak sup kaki lombu..Renyah nk buat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:23 AM | Show all posts
makan, ayam masak merah kenduri sedap lain mcm dari biasa , tapi kalau dpt kenduri kampung2 lagi best, yg jenis lauk org rewang ni, kalau lauk kenduri catering, syukur lah kalau dapat yg sedap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 06:55 PM | Show all posts
Rewang... Selalunya aku tak join aktiviti ni, tapi lebih suka berselfie nak tunjukkan kat mata internet yang aku sebahagian daripada aktiviti tersebut. Di samping itu, aku suka lepak kat bahagian perempuan utk dgar gosip apa yang diorang tgh sembangkan. Masa kenduri pula, aku suka tgok fashion perempuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
I will make sure dtg kenduri time lepas pengantin lelaki sampai sebb nak tenguk pengantin dan mmg suka mkn nasi kenduri sampaikan my 1st pregnancy I mengidam nasi kenduri...yg 2nd pulak I mengidamkan nasi kenduri erra n yusry

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat suasana kenduri seperti ini mengeratkan silaturahim...tp skrg kebanyakkan catering....
FB_IMG_1550661631342.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nasi kenduri dan lauk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054959s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list