|
terima kasih bg kredit mod yg pemurah moga dimurahkan rezeki..aaminn yra
jalan2 kadang singgah sini..ikut lara mana-mana aku terhenti..aku sumbangkan coretan usang disini.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih rospinki berkongsi coretan
luahkan saja, usah dipendam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fixit at 8-2-2019 10:59 AM
Bukan Salah Kentang
Kentang yang berpenyakit adalah alasan yang selalu diberikan untuk menjelaskan kematian berjuta-juta orang Ireland yang mati kebuluran antara 1845-52 GreatFamine Ireland, tetapi itu hanya pemangkin-bukan penyebabnya. Pemerintah Inggeris pada ketika itu menyekat bot yang penuh makanan yang dihantar ke Ireland, sumbangan dari negara-negara di seluruh dunia, dan petani Ireland terpaksa mengeksport tanaman mereka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penipu yang Bijak
Hasil seni Han van Meegeren selalu dikritik, jadi untuk meyakinkan pengkritik tentang bakatnya, dia membuat satu helah yang bijak. Dia memalsukan karya seniman terkenal dan menjadikannya sebagai karya-karya beliau sendiri. Mereka membeli hasil tipu daya itu, dan dia berjaya mengumpulkan duit berjuta-juta. Walaupun dia akhirnya ditangkap, hasil pemalsuannya kini menjadi begitu bernilai, in their own right!
Antara hasil seni yang ditirunya ialah, lukisan Johannes Vermeer, yang dipanggang di dalam ketuhar untuk membuat cat segar kelihatan seperti sudah berabad-abad lamanya
Bandingkan lukisan Vermeer, dan lukisan Meegeren
Jan Vermeer, Girl with a Pearl Earring
Oleh Han van Meegeren, The Smiling Girl. Dibeli oleh Andrew Mellon sebagai "Vermeer"
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama masseur...my pleasure
|
|
|
|
|
|
|
|
panggang lukisan dalam ketuhar
hebatt22
|
|
|
|
|
|
|
|
fixit replied at 8-2-2019 11:13 AM
panggang lukisan dalam ketuhar
hebatt22
Huh memang bijak, tapi menipu tarak guna... iq whithout eq and sq |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Wooden Horse dalam Trojan War
Kisah paling terkenal mengenai Perang Trojan ialah kuda kayu gergasi yang pertama kali disebut dalam The Odyssey. Hakikatnya, Perang Trojan benar-benar berlaku dan Troy benar-benar terbakar, kuda kayu gergasi itu hanyalah mitos, yang diceritakan secara lisan selama bertahun-tahun sebelum akhirnya ditulis
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tidak dibakar!
Semasa perbicaraan Salem Witch, lebih daripada 200 orang dituduh dan dibicarakan kerana menjadi penyihir, tetapi tiada ahli sihir Amerika dipertaruhkan nyawa mereka dengan dibakar. Hukuman bakar popular di Eropah - sebaliknya di sini, 19 ahli sihir yang didapati bersalah digantung sehingga mati
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fixit replied at 8-2-2019 09:31 AM
Bukan Atas Nama Cinta
Kisah telinga Van Gogh yang terputus menjadi legenda dalam dunia seni, tet ...
Plot twist |
|
|
|
|
|
|
|
chesfa replied at 8-2-2019 10:11 AM
Saya adalah Dia!
Ini yg kartun anastasia adaptasi tu kan. Nick ku juga dr cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-2-2019 10:47 AM
Plot twist
Baca sini sharlene |
|
|
|
|
|
|
|
anastasia7 replied at 8-2-2019 11:03 AM
Ini yg kartun anastasia adaptasi tu kan. Nick ku juga dr cerita ni
Iya pasal anna anderson, bukan pasal anastasia betul |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chesfa at 8-2-2019 01:08 PM
Dia tidak Mendarat di Bulan!
Ada yang percaya itu hanya tipu-helah NASA dan USA. Flip the coin, choose your side
NASA membekalkan foto dan rakaman video yang banyak untuk membuktikan pendaratan manusia pertama di bulan.Tetapi, selepas itu, jelas ada sesuatu yang agak mencurigakan tentang foto-foto ini...
1. Ia adalah imej ikonik untuk warga Amerika Syarikat: bendera mereka, dipacakkan ke permukaan bulan dan terbuai-buai di tiup angin. Tetapi, tiada udara dalam atmosfera bulan, oleh itu, tidak ada angin pun. Ini adalah salah satu perkara yang paling jelas dalam penipuan pendaratan bulan yang disusun rapi. Sudah tentu, NASA cuba menyangkal ini dengan mengatakan ia tidak ditiup angin, ia hanya sedikit kusut akibat digulung dalam perjalanan ...anda boleh nilai sendiri. Semua ini katanya dibuat di studio...
Hujah penyangkalan: Bendera itu dipasang ke susuk kawat yang nipis, dan dipacakkan ke atas permukaan bulan dengan memutar kawat itu, back and forth. Gerakan itu mengakibatkan (disebabkan kurangnya tarikan graviti di bulan) goyangan kawat tu berterusan (inersia) lebih lama daripada ketika ia berada di bumi. Itulah yang membuatkan bendera nampak bergerak, melambai-lambai
2. Dari bulan, dengan kekurangan awan dan ketiadaan sumber cahaya buatan, anda sepatutnya dapat melihat lebih banyak bintang dengan mata kasar? Tidak, anda tidak boleh. Dalam semua gambar yang diambil semasa pendaratan di bulan, tidak ada satu pun bintang. Tiada satu pun! Sudah tentu gambar-gambar yang diambil pada tahun 60-an tidak berkualiti, hari ini anda boleh menangkap gambar bintang dalam foto yang diambil dari telefon anda, bukan kah sepatutnya kamera NASA berteknologi tinggi pada masa itu dapat menangkap gambar bintang? Tetapi, satu pun tiada!
Hujah penyangkalan: Permukaan bulan memantulkan cahaya matahari, dan silau itu akan menjadikan bintang-bintang sukar dilihat. Juga, angkasawan mengambil gambar pengembaraan mereka ke bulan menggunakan tetapan pendedahan yang cepat (fast exposure settings), yang akan mempunyai kemasukan cahaya latar belakang yang terhad
Mereka mengambil gambar pada 1/150 atau 1/250 sesaat, dengan kadar itu, bintang-bintang tidak akan kelihatan
3. Perasan tak sudut bayang dalam gambar tu tidak sepadan? Bayang-bayang disebabkan oleh sumber cahaya. Di bulan, hanya ada satu sumber cahaya: matahari. Oleh itu, secara logiknya, semua bayang-bayang harus selari antara satu sama lain. Tetapi, bayang-bayang dalam gambar pendaratan di bulan tidak! Tiang bendera juga tidak menunjukkan pantulan, yang sampai sekarang tidak mempunyai penjelasan
Hujah penyangkalan: Terdapat banyak sumber cahaya: sumber cahaya matahari, cahaya yang dicerminkan oleh Bumi, cahaya yang dipantulkan modul alat yang dibawa ke bulan, cahaya pantulan dari sut angkasawan, dan juga pantulan cahaya dari permukaan bulan.
Ia juga penting untuk diingat, bahawa permukaan bulan tidak rata. Jika sesuatu objek berada di paras bawah, anda akan mendapat bayangan yang berbeza berbanding dengan objek di sebelahnya yang berada di permukaan yang rata
4. Kurangnya kelembapan dalam tekstur tanah bulan sepatutnya menghalang pembentukan kesan tapak kasut atau apa saja di permukaan bulan...
Hujah penyangkalan: Debu bulan, atau regolith, ialah seperti serbuk halus, apabila anda melihatnya di bawah mikroskop, ia kelihatan seperti abu gunung berapi, maka apabila anda melangkah, ia dapat dimampatkan dengan mudah, meniru jejak tapak but. Dan bentuk-bentuk itu boleh kekal selama beberapa waktu, disebabkan keadaan persekitaran bulan yang vakum (hampagas)
Konspirasi ini sedikit sebanyak berasas, memandangkan ketika itu, USA berlawan-lawan dengan Russia (Soviet). Pada ketika itu, Soviet berada beberapa langkah ke depan meninggalkan USA dalam misi meneroka angkasa lepas
15 Mei 1957 - Soviet menguji R-7 Semyorka, peluru berpandu balistik antara benua pertama dunia
4 Oktober 1957 - Soviet melancarkan Sputnik 1, satelit buatan manusia pertama
3 November 1957 - Anjing bernama Laika menjadi haiwan pertama yang memasuki orbit Bumi di atas kapal Sputnik 2. Malangnya, Laika tidak dihantar untuk penerbangan pulang
2 Januari 1959 - Luna 1 menjadi objek buatan pertama untuk meninggalkan orbit Bumi
13 September 1959 - Selepas pendaratan yang disengajakan, Luna 2 menjadi objek buatan manusia pertama di Bulan
6 Oktober 1959 - Luna 3 memberi kita permandangan pertama di Bulan, jauhhhh
20 Ogos 1960 - Belka dan Strelka, menaiki kapal Sputnik 5, adalah haiwan pertama yang mendarat pulang selamat dari orbit bumi
14 Oktober 1960 - Marsnik 1, penyelidikan pertama yang dihantar dari Bumi ke Marikh, meletup
12 Februari 1961 - Venera 1, penyelidikan pertama dihantar dari Bumi ke Venus, meletup
12 April 1961 - Yuri Gagarin, menaiki kapal Vostok 1, menjadi orang pertama di orbit Bumi
19 Mei 1961 - Venera 1 melakukan terbang pertama oleh planet lain (Venus)
6 Ogos 1961 - Gherman Titov, di atas Vostok 2, menjadi lelaki pertama yang menghabiskan lebih dari sehari dalam ruang angkasa dan yang pertama tidur di orbit Bumi
11 Ogos & 12, 1962 - Vostok 3 dan Vostok 4 dilancarkan, penerbangan ruang angkasa yang serentak pertama (walaupun mereka tidak berhubungan)
12 Oktober 1964 - Voskhod 1, yang membawa kru berbilang manusia pertama di dunia, dilancarkan
18 Mac 1965 - Aleksei Leonov, menaiki Voskhod 2, melakukan space-walk pertama
3 Februari 1966 - Luna 9 menjadi alat penyelidikan pertama yang membuat pendaratan 'lembut' (soft-landing) di Bulan
1 Mac 1966 - Venera 3, yang dilancarkan pada 16 November 1965, menjadi alat penyelidikan pertama yang membuat impak kepada planet lain (Venus)
3 April 1966 - Luna 10 menjadi satelit bulan buatan manusia pertama
30 Oktober 1967 - Cosmos 186 dan Cosmos 188 menjadi kapal angkasa yang automatik (unmanned, tidak dikemudi manusia) yang pertama untuk meninjau dan mengendali di orbit Bumi. Amerika Syarikat tidak meniru manuver ini selama hampir empat dekad
16 Januari 1969 - Soyuz 4 dan Soyuz 5 menjadi kapal angkasa dikemudi angkasawan pertama di dunia yang mengorbit bumi dan yang pertama bertukar-tukar krew
Manakala, NASA hanya wujud selama kurang daripada tiga tahun, pada tahun 1958 sebagai tindak balas langsung kepada pelancaran Sputnik USSR. Walau bagaimanapun, lapan musim panas kemudian, mereka mengakui telah berjaya mendaratkan manusia pertama di bulan. Dalam masa lapan tahun yang singkat, bermula dari awal, pihak NASA mereka, membina, menguji, memperhalusi dan menyempurnakan setiap bahagian teknologi yang diperlukan untuk mendaratkan manusia di bulan, dan dalam tempoh yang singkat menjelang Julai 1969, semua itu dilakukan dengan hampir tiada cacat-cela.
Namun sekarang, dengan teknologi penerokaan ruang angkasa selama hampir setengah abad sekarang berada di dalam genggaman mereka, dan dengan semua teknologi yang diperlukan telah disempurnakan, NASA pula menasihatkan kita bahawa ia akan mengambil masa dua kali lebih lama untuk meletakkan seorang manusia di bulan. Source 1
The trouble with the world is that the stupid are cocksure and the intelligent are full of doubt - Bertrand Russell
Cikgu ajar lain dulu
Phewwww
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
chesfa replied at 8-2-2019 08:59 PM
Iya pasal anna anderson, bukan pasal anastasia betul
Menarik utk gali balik. Dulu suka cerita ni sbb lagu2 nya |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 8-2-2019 10:59 AM
Penipu yang Bijak
Cerita white collar sgt |
|
|
|
|
|
|
|
chesfa replied at 8-2-2019 09:00 PM
Dia tidak Mendarat di Bulan!
Ada yang percaya itu hanya tipu-helah NASA dan USA. Flip the coin, c ...
eh, yg ni kan diorang cakap kat bulan takda angin, tapi bendera berkibar2 megah di bulan gituh |
|
|
|
|
|
|
|
anastasia7 replied at 8-2-2019 02:26 PM
Menarik utk gali balik. Dulu suka cerita ni sbb lagu2 nya
[youtube]ndZqup2L-UY[/youtube]
Lagu ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 8-2-2019 02:34 PM
eh, yg ni kan diorang cakap kat bulan takda angin, tapi bendera berkibar2 megah di bulan gituh
Ketpo percaya yang mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|