CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fixit

[Pelbagai] TRUTH, LIES AND HISTORY

  [Copy link]
Post time 8-2-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 8-2-2019 10:39 PM
Ketpo percaya yang mana?

Tak pernah fikir pula mana betul ke tidak, sekadar melihat dan mendengar di angin lalu gitu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 8-2-2019 02:43 PM
Tak pernah fikir pula mana betul ke tidak, sekadar melihat dan mendengar di angin lalu gitu

Kannn, masa sekolah terima bulat2 apa yang cikgu ajar, sebab tak nak dapat markah salah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 8-2-2019 03:47 PM

Abraham Lincoln membebaskan hamba

Proklamasi Kemerdekaan (The Emancipation Proclamation) adalah matlamat yang dituntut dan sebahagian besarnya simbolik. Ia menghalang hamba yang dibebaskan daripada dituntut oleh bekas tuan mereka, tetapi ia sebenarnya tidak membebaskan sesiapa pun. Pihak Selatan pada masa itu sudah dalam pemberontakan dan cubaan untuk membebaskan hamba dari Konfederasi adalah bukan penyelesaian yang mudah. Pindaan Ke-13, yang membebaskan golongan hamba akhirnya diluluskan, selepas John Wilkes Booth menembak kepala Lincoln

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 8-2-2019 10:56 PM
Kannn, masa sekolah terima bulat2 apa yang cikgu ajar, sebab tak nak dapat markah salah

tahu takpe
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Hanya Masalah di Negeri Sebelah Selatan - not just a Southern thing



Berbeza dengan apa yang ditulis dalam buku sejarah, tradisi perhambaan itu tidak unik kepada negeri di selatan Amerika sahaja. Semasa tahun 1700-an, penjajah Utara meluaskan tradisi perhambaan di tempat mereka. Pada tahun 1740, 1/5 daripada penduduk New York City adalah hamba. Hanya pada tahun 1804,  negeri-negeri Utara menghapuskan perhambaan, dan itu tidak berlaku sekaligus. Pada tahun 1840, Connecticut masih mempunyai 17 orang hamba berdaftar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 01:35 AM | Show all posts

Takda, sis. sbb kisah misterinya sudah terungkai

anyhoo... Anna berkali2 cakap alasan dia claim dirinya Anastasia bukan kerana takhta dan harta Tsar Rusia, tp nak membuktikan yg dia/Anastasia Romanov masih hidup di mata dunia. Sesetengah org waktu tuh pun terfikir, mungkin ada betulnya - kalau impostor bukankah dia akan cakap "Akulah Anastasia yg sebenar, tolonglah percaya!" tp Anna nih cuma nak org tahu dia hidup dan terselamat. Akhirnya, ternyata Anna sorg yg manipulative.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2019 01:47 AM | Show all posts
fixit replied at 8-2-2019 09:31 AM
Bukan untuk Kegunaan Harian

Masyarakat Viking sering digambarkan dalam filem memakai topi keledar ...

Viking mula dikaitkan dgn helmet bertanduk melalui drama muzikal Wagner pd lewat abad ke-19


https://www.flickr.com/photos/54525871@N05/sets/72157624969947145/
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 01:58 AM | Show all posts
Viking juga bukanlah ummah pengotor dan selekeh spt yg dikhabarkan.
Ahli arkeologi pernah menemui set penjagaan peribadi spt tweezer, pisau cukur, sabun dan pengorek telinga. Berbanding bangsa2 Eropah lain, Vikings paling pembersih dan rajin mandi - European lain mandi setahun sekali tp Viking mandi sekali seminggu. Pendek kata mereka sgt menjaga penampilan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2019 02:23 AM | Show all posts
Iron Maiden dan Chastity Belt lahir dari imaginasi penipu zaman Victorian


Iron Maiden dikatakan idea art collector, Matthew Peacock dan ahli falsafah Johann Siebenkees pd abad ke-19. Peacock menghasilkannya dari gabungan bbrp alat seksaan dan Siebenkees pula mencipta dan menggembar gemburkan kisah2 penjenayah yg kononnya pernah dihukum dgn Iron Maiden. Akhirnya ia disensasikan sbg simbol kekejaman zaman pertengahan.



Chastity belt pula diperkenalkan pd zaman Victorian sbg alat si suami utk menghalang para isteri melakukan seks dgn lelaki lain ketika mereka pergi berperang, beratus2 thn sebelumnya. Disyaki wujud dari idea2 miang ahli sejarah dan pegawai muzium. Secara realitinya, wanita yg memakainya berisiko terdedah kpd penyakit dlm masa bbrp hari saja. Pada 1996, Muzium Britain membuang chastity belt zaman pertengahan itu drpd koleksi mereka apabila mendapati alat tersebut dicipta pd abad ke-19.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 02:40 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 9-2-2019 02:42 AM

Kod pakaian Ninja adalah bebas



Ninja adalah pengintip, pembunuh upahan dan ejen rahsia. Pilihan pakaian lain drpd yg lain (cth: serba hitam dari hujung rambut ke hujung kaki) hanya akan menarik perhatian org ramai. Maka mereka akan berpakaian spt org biasa ataupun spt samurai.
Pakaian hitam Ninja yg kita selalu lihat dlm drama/filem sebenarnya berasal dari teater kabuki dan bunraku (puppet) di mana kru pentas yg tugasnya menggerakkan prop dan lukisan pemandangan, berpakaian serba hitam.
Walau bagaimanapun, ada masanya ninja akan berpakaian gelap terutamanya utk aktiviti waktu malam spt serang hendap dan menyusup keluar masuk tanpa disedari, itu pun pakaian warna biru tua bukannya hitam, kerana ia lebih sebati dgn keadaan malam.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 02:57 AM | Show all posts
“Let them eat cake”


Atau “Qu’ils mangent de la brioche” - Kononnya diucap oleh Marie Antoinette, permaisuri terakhir Perancis. Tiada rekod dan bukti kukuh menunjukkan wanita itu pernah mengucapkannya. Asalnya dari cerita dlm buku tulisan Jean Jacques Rousseau, dia mendengarnya drpd seorg puteri yg tidak dinamakan (yg mungkin sekadar rekaan semata2). Ramai yg mengaitkannya dgn Marie Antoinette tetapi buku itu ditulis sewaktu permaisuri itu masih kecil, lebih kurang berusia 9 thn dan masih menetap di Vienna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 8-2-2019 10:39 PM
Lagu ni

Yes2. Best. Yg ini pun my fav


Termasuk lagu yg kena lilih antara 2 simpang tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya tidak mempunyai hubungan seks dengan wanita itu!"



Pada bulan Januari 1998, seorang wartawan telah mendedahkan bahawa Bill Clinton telah mengadakan hubungan sulit dengan pelatih Monica Lewinsky. Clinton secara terbuka telah menafikan dakwaan tersebut dan berbohong di bawah sumpah. Apabila pekerja negeri Arkansas, Paula Jones menyaman Clinton kerana mengganggu dia secara seksual semasa dia menjadi Gabenor, Pendakwa Kenneth Star menyepina (subpoena) Clinton, dan dia terpaksa mengakui hubungan itu. Semasa perbicaraan untuk mendakwa Bill Clinton, turut terdedah bahawa Bill menggunakan cerut untuk kenikmatan Monica Lewinsky. Euwgoshdoof!

Penafian awal Clinton pada awal tahun 1998 kemudiannya dibuktikan salah dengan penemuan DNAnya pada noda semen di pakaian Monica Lewinsky

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 04:39 AM | Show all posts


Rosa Parks bukanlah wanita kulit hitam pertama yg enggan memberikan tempat duduknya dlm bas utk org kulit putih. Gelaran itu sepatutnya diberikan kpd Claudette Colvin, gadis berusia 15thn. Beberapa bulan sebelum Rosa, Claudette lantang mempertahankan tempat duduknya drpd seorg wanita kulit putih. Maka bermulalah episod kebangkitan org kulit hitam. Namun, persatuan kebangsaan hak asasi utk kulit hitam (NAACP) merasakan Claudette terlalu muda utk menerajui pergerakan menentang pemisahan warna kulit, tambahan pula tidak lama kemudian gadis tersebut hamil di luar nikah hasil hubungan dgn suami org - Bg NAACP dan persatuan kulit hitam lain merasakan Claudette Colvin bukanlah calon sesuai. Maka Rosa Parks, seorg setiausaha salah sebuah cawangan NAACP, dipilih utk mengulang semula peristiwa Claudette dan tempat duduk basnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 05:14 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 10-2-2019 05:15 AM



Ramai yg menganggap pihak Berikat (Allies) sbg hero atau 'pihak baik' dlm Perang Dunia Kedua. Namun, byk kejahatan dan perbuatan yg tidak berperikemanusiaan telah dilakukan oleh Allies yg cuba disembunyikan drpd pengetahuan umum dan buku2 sejarah. Antaranya adalah:

- Penyeksaan tahanan perang iaitu ahli Schutzstaffel dan Gestapo di tempat yg dikenali sbg London Cage, yg terletak Kensington Palace Gardens.

- Pembunuhan beramai2 Kocevski Rog di Slovenia, yg digambarkan sbg pembunuhan secara sistematik ke atas Slovene Home Guard dan ahli keluarga mereka oleh anggota Allies, Yugoslow Partisans. Dikatakan 12 ribu org dibuang dan dikurung di dalam lubang gua, yg kemudiannya dibom. Tiada siapa dibawa ke muka pengadilan atas kekejaman ini.

- Pembunuhan tawanan perang di Dachau menyaksikan tentera Amerika menyeksa dan membunuh tentera Jerman bahagian Waffen SS - mereka ini sebenarnya ditugaskan utk menjaga dan menyerahkan death camps kpd pihak Berikat selepas pengawal2 SS yg terkenal dgn kejahatan telah melarikan diri. Maka tentera Waffen SS yg tidak bersenjata telah menerima akibatnya di tangan US dan bekas tahanan kem yg membalas dendam.

- Selepas kejatuhan Berlin, kekuasaan Jerman mula menyusut. Negara tersebut huru hara tanpa sebarang pengawasan undang2. Tentera Soviet yg mengalahkan Hitler & Co pula mula bermaharajalela. Mereka bertanggungjawab ke atas pemerkosaan 2 juta wanita dan kanak2, serta pembunuhan org awam seramai 240 ribu org. Selain pihak Soviet, tentera US dikatakan turut merogol wanita dan kanak2 Jerman seramai 11ribu org dan Perancis pula; 1,500 org.

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 05:34 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 10-2-2019 05:36 AM

Teringat satu kisah dlm memoir buku tulisan seorg sniper Jerman. Dia sedang melihat2 sekitar sebuah kpg yg terletak di berhampiran sempadan Czechoslovakia-Jerman, ketika satu platun tentera Soviet tiba2 berhenti di situ. Jadi si sniper nih pun bersembunyi sambil menyaksikan platun tersebut menjarah dan merampas harta benda org kpg.  
Tentera Soviet menangkap sepasang suami isteri berbangsa Jerman - mengikat si suami dan dipaksa utk melihat bagaimana tentera2 Soviet merogol si isteri, seorg demi seorg, bermula dari pangkat paling tinggi hingga ke pangkat paling rendah. Si suami menangis2 mintak kasihan dan merayu agar mereka melepaskan isterinya yg sedang menjerit kesakitan. Si isteri tu katanya sekejap2 pengsan sbb terseksa sgt.
Askar terakhir yg merogol si isteri, masukkan flare gun ke dlm kemaluan pompuan tuh dan melepas tembakan. Si sniper menceritakan jeritan si isteri adalah paling menggerunkan pernah dia dengar. Api dari flare gun secara perlahan membakar dari dalam dan akhirnya pompuan tu mati dgn asap dan darah keluar dari rongga2 badannya.
Namun tidak lama kemudian, pihak tentera Jerman (rakan2 sniper) pun sampai. Mereka berjaya membunuh dan mencederakan platun Soviet tersebut. Si suami yg terselamat, masuk ke dlm rumah dan mendapatkan sebatang cangkul lantas menetak2 tentera Soviet yg tercedera. Ada bbrp tentera Jerman cuba menghalangnya tp sniper soh dia org biarkan saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2019 08:37 AM | Show all posts
Buruh Berbayar


Dipercayai bahawa piramid Mesir dibina oleh hamba (atau alien),tetapi pada tahun 2010, ahli arkeologi membuat penemuan yang membantah mitos itu.Makam pembina piramid ditemui di sekitar belakang piramid, dan cara mereka dikebumikan,dan dekatnya lokasi makam mereka dengan piramid mencadangkan bahawa mereka dibayardan dihormati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 08:52 AM | Show all posts
Edited by fixit at 11-2-2019 09:08 AM

Saya Tahu Dia Menipu


Pada tahun 1962, pemimpin Soviet Nikita Krushchev berbohong kepada JFK bahawa mereka (Soviet) telah menyasarkan peluru berpandu nuklear ke Cuba, tetapi Kennedy menelefonnya untuk berunding. Selama 13 hari, dunia cemas menunggu sekiranya perang nuklear, tetapi terima kasih kepada beberapa perundingan yang mahir di pihak Kennedy, dia dapat mencapai persetujuan dengan Rusia, dan krisis nuklear dapat dielakkan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
best ar fixit thread ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 09:14 AM | Show all posts

tima kasih momod  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.094453 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list