Dengan adanya kemudahan media sosial, ramai golongan tanpa mengira jenis pekerjaan, sering memuat naik swafoto di mana saja mereka pergi.
Kredit foto: Reaction GIFs
Hal ini tidak menjadi masalah sehinggalah ada golongan tertentu yang memuat naik swafoto mereka di tempat kerja.
Ia bukan sahaja menyalahi etika kerja, malah turut mengakibatkan masyarakat memandang serong dan menganggap pekerjaan tertentu sebagai tidak serius dan 'main-main'.
Contohnya, seorang doktor yang memuat naik swafoto bersama anggota badan pesakit yang baru sahaja dipotong. Langsung tidak menghormati pesakit!
Kredit foto: Facebook
Anna Jenkinson, seorang pegawai polis komuniti wanita di England, sering kali memuat naik gambar swafotonya di laman Facebook rasmi Prestbury & Alderly Edge Police.
Apa yang mencetuskan kontroversi adalah fotonya sering membuat 'duckface' sambil memakai seragam polis dan memegang senjata di sisinya.
Majoriti fotonya menggunakan fungsi 'filter' dari perisian Snapchat yang berunsur comel seperti telinga arnab, tanduk unicorn dan banyak lagi.
Kredit foto: Facebook
Orang awam rata-rata berpendapat fotonya mencemarkan imej institusi polis. Dia dicemuh kerana foto-foto itu tidak menunjukkan sikap profesional yang seharusnya dipamerkan seorang anggota polis.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, jurucakap polis menjelaskan bahawa ia adalah kelonggaran yang diberi kepada pihak pekerja dalam menggunakan media sosial. Ia bertujuan untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk menjadi diri sendiri.
Menurutnya lagi, foto-foto tersebut mengandungi mesej untuk orang awam di dalam gaya tersendiri.
Kredit foto: Facebook
Apa pendapat anda? Patutkah laman Facebook rasmi pihak polis memuat naik foto-foto sedemikian? - CARI |