JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
635
View
11
Reply

[Dunia] Medan magnetik Kutub Utara dikesan semakin beralih - Kajian

[Copy link]

Author: chacon       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-2-2019 03:40 PM | Show all posts |Read mode





🙀 KUTUB UTARA MAGNET BERUBAH MENDADAK!


🌏 Bumi ada dua kutub, Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Bumi perputar pada paksi yang melalui dua kutub ini (ini fakta jika anda bukan penganut Bumi Rata).
Kutub-kutub ini dikenali sebagai Kutub Utara Geografi (KUG) dan Kutub Selatan Geografi.



Namun, terdapat perolakan aliran logam superpanas dalam bumi yang menyebabkan bumi menjadi seperti satu bar magnet.
🧲 Sebatang magnet juga mempunyai Kutub Utara dan Kutub Selatan.
🧭 Jarum kompas adalah sebatang magnet.
Satu hujungnya mengarah ke Utara.
Tetapi bukan ke Kutub Utara Geografi (KUG) tau.


⁉️ Eh! Pulak.. habis tu ke arah mana? Ke hati awak? 🙈
Ok2.. ia mengarah ke Kutub Utara Magnet (KUM).
Titik KUM tidak berada pada titik KUG (lihat imej).
KUG memang sudah ditetapkan, tetapi KUM berubah-ubah.
Titik KUM sentiasa beranjak akibat pergerakan aliran logam dalam bumi.



Jadi sekarang kita ulang kaji sikit, ada dua jenis Kutub Utara iaitu Kutub Utara Geografi (KUG) dan Kutub Utara Magnet (KUM).
Ha! Itulah pentingnya pendidikan geografi dan sains..gitew..hehe



Kita sambung...


Sebelum tahun 2000, pergerakannya kurang 10 km setahun.
Namun setelah itu, pergerakannya amat mendadak sehingga 55 km/tahun !
Ini bersamaan anjakan lebih 1000 km selepas 20 tahun.
Untuk perbandingan, jarak JB ke Perlis ialah ~600 km.
Ala.. asyik semenanjung saja, kami ni orang Borneo asyik disisihkan 😢
Ok2.. hmm.. jarak Kuching ke KK ialah ~800 km.
Jangan merajuk eh! ❤️ 🇲🇾
Ha..yang penting dapat bayangkan betapa jauhnya anjakan KUM ini.



U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) bertanggungjawab mengemaskini data titik KUM setiap 5 tahun.
Kemaskini berikutnya adalah pada 2020.


Tetapi, pada awal Februari 2019, kemaskini luar jangka dilakukan kerana anjakan mendadak titik KUM tersebut.
Pengemaskinian ini sangat penting untuk sistem yang amat bergantung kepada arah KUM ini.



Apa implikasinya?
Kompas berubah arah!
Ini mungkin tidak dirasai untuk kawasan jauh dari titik KUM seperti kita di Malaysia.
😱 Namun, cuba bayangkan anda di KUG, maka jarum kompas berubah arah dengan banyaknya!
Perubahan sebanyak 20 darjah dalam masa 5 tahun, dari 2015 ke 2020.

Banyak mana 20 darjah?
✌🏽 Cuba buat 'peace' dengan dua jari.
Sudut antara dua jari itu ~ 20 darjah.
✈️ Sistem navigasi termasuk GPS yang bergantung kepada kompas hendaklah dikemaskini, contohnya untuk kapal terbang dan kapal laut.
Titik KUM akan terus berubah, dan kelihatan semakin pantas bergerak, dari Kanada menuju ke Siberia, Rusia.

🕋 Perubahan KUM ini juga memberi kesan pada arah kiblat jika kita menggunakan kompas terutamanya di kawasan berhampiran kutub utara.
Untuk ketepatan tinggi, gunalah kaedah Istiwa Adzam yang merujuk kepada kedudukan Matahari di atas Kiblat pada waktu tertentu.

🇲🇾 Pada masa depan KUM mengarah ke Malaysia?
Wallahuala'lam

*Siapa buat ✌🏽 bila baca info ini sila bagi ❤️ satu!



Imej: Peta 🌏 dari pandangan atas glob utara menunjukkan KUM bergerak dari Kanada ke arah Rusia.
Newitt et al., "Location of the North Magnetic Pole in April 2007", Earth Planets Space, 61, 703C710, 2009




Sumber:
(1) https://www.nationalgeographic.com/science/2019/02/magnetic-north-update-navigation-maps/
(2) https://www.ncei.noaa.gov/news/world-magnetic-model-out-cycle-release

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-2-2019 03:42 PM | Show all posts



Medan magnetik Kutub Utara dikesan semakin beralih - Kajian


Medan magnetik kutub utara adalah titik kompas utara dan penting untuk semua jenis teknologi navigasi. - Foto: HDQwalls





PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan magnetik kutub utara bumi semakin menunjukkan peralihan kedudukan yang pantas.

Magnetik kutub utara adalah titik kompas utara dan penting untuk semua jenis teknologi tunjuk arah atau navigasi.

Perkembangan yang dilapor oleh banyak media antarabangsa itu menunjukkan bacaan kedudukan kutub magnetik utara yang sentiasa bergerak, menyebabkan peta Model Magnetik Dunia (WMM) terpaksa dikemas kini hampir setiap lima tahun.

Kedudukan tersebut berganjak ke arah utara dengan purata jarak kira-kira 30 batu setahun.

Peralihan yang begitu banyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera mengemas kini bacaan WMM-nya bagi memantau Medan Magnet Bumi.


WMM merupakan bacaan rujukan buat Peta Google (Google Maps) sehingga ke sistem navigasi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Titik berkenaan juga jika tidak sama dengan geografi utara akan memberikan bacaan kritikal kepada kompas, kapal terbang dan kapal navigasi.

"Ia bergerak kira-kira 50 kilometer setahun.

Ia tidak bergerak banyak antara tahun 1900 dan 1980, tetapi pergerakannya mula dilihat pantas dalam tempoh 40 tahun yang lalu," kata Ciaran Beggan, seorang saintis dari British Geological Survey di Edinburgh, Scotland, kepada Reuters.

Memantau magnetik kutub utara bumi adalah penting bagi tentera Eropah dan Amerika kerana sistem navigasi mereka bergantung kepada Model Magnetik Dunia, yang berpandukan medan magnet Bumi.

Syarikat penerbangan komersil, Peta Google dan aplikasi GPS pintar juga bergantung kepada model yang sama bagi membantu juruterbang dan pengguna menentukan lokasi mereka dan mengemudi dengan sewajarnya.

Setiap lima tahun, Suruhanjaya Geologi British dan Pentadbiran Oseanik & Atmosfera (NOAA) mengemas kini Model Magnetik Dunia bagi memastikan bahawa sistem GPS dan kompas terus menggunakan rujukan yang betul.

Kemas kini seterusnya dijadualkan pada tahun 2020, tetapi titik magnet utara dilihat bergerak pantas menyeberangi International Date Line.

Para saintis tidak pasti apa yang mendorong pergerakan pantas itu, tetapi peralihan itu cukup penting bagi tentera Amerika untuk meminta kajian awal dilakukan.

Model Magnetik Dunia juga dilaporkan telah dikemas kini awal iaitu pada 4 Februari lalu.



Magnetik kutub utara bumi
dan titik paling utara paksi planet kita tidak berada di tempat yang sama. Pada tahun 1904,
magnetik kutub utara bumi
berada di timur laut Kanada, tetapi ia telah bergerak ke arah Siberia selepas itu.





Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:03 PM | Show all posts
inilah akibatnya malaysia baru...semua gila..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
inilah punca Arab saudi banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:36 PM | Show all posts
kalu beralih ke malaysia, barula aku terkajut..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:36 PM | Show all posts
ekau dapek dari whatsapp ko apo ni jang? wakakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:40 PM | Show all posts
kan ada dalam Al Quran..surah An nahl..ayat tk igt la mana satu.."sesungguhnya Allah ciptakan gunung ganang itu menjadi penahan untuk menahan bumi ini terhoyong hayang (bergoyang/tulang belakang) dan jalan-jalan serta sungai utk manusia sampai ke tempat yang dituju"

kebenaran adalah sesungguhnya bumi ini semakin beralih dari paksi..kerana tulang belakang yakni gunung ganang semakin banyak yg musnah ditangan manusia..sebab itu Allah pesan jangan melakukan kerosakan di muka bumi..makin kita rosak mkin cepatla kiamat..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:59 PM | Show all posts

ribuan tahun lagi nak kiamat bila paksi utara jadi paksi selatan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 05:00 PM | Show all posts
rospinki replied at 8-2-2019 04:40 PM
kan ada dalam Al Quran..surah An nahl..ayat tk igt la mana satu.."sesungguhnya Allah ciptakan gunung ...



global warming


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 8-2-2019 04:59 PM
ribuan tahun lagi nak kiamat bila paksi utara jadi paksi selatan

Tetapi di media sosial jika berkata begini akan dikecam. Akan tetapi jika berharap esok kiamat kita dikecam juga.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lambat lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 08:55 PM | Show all posts
apa penjelasan Bumi Pinggan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047228s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list