CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5466|Reply: 23

Sultan Melaka Raja Noor Jan Shah

[Copy link]
Post time 9-2-2019 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Pasal Sultan Melaka Raja Noor Jan Shah Tuah ni,

aku rasa sampai hari ni tiada tindakan apa apa dikenakan keatas beliau. dan aku rasa ada sesuatu yang kita tak tau tapi gov tau. atau macam mana ? korang ada info pasal dia ni ? dikatakan dia diiktiraf oleh mahkamah donia pada 25 november 2013. Aku malas nak baca sesi mengutuk dia sebab saentareo internet dah mengutuk dia. aku nak baca fakta bukan cacian makian. mod sila pantau thread hebat aku ni ye !

@winamp05
@noraidil_06



eh macam berjodoh pulak korang iye yang sorang 05 yang sorang 06. secret agent ke ape ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2019 02:06 PM | Show all posts
Utusan Online :



KUALA LUMPUR 14 Nov. - Mungkinkah akan tercipta sejarah baru negara apabila Melaka akan kembali mempunyai Sultan selepas kejatuhan kesultanan Melayunya 477 tahun lalu?

Ini kerana seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesultanan Melayu Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, dekat sini, malam tadi.

Melalui istiadat itu, Raja Noor Jan Shah mendakwa beliau sebagai Sultan Melaka yang ke-44 dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menolak kemungkinan untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana pihak yang mahu mengembalikan semula takhta Kesultanan Melaka.

Kata menteri itu, pada perkiraan beliau adalah sukar untuk pihak yang mendakwa itu membuktikan kesahihan tuntutan mereka.

Raja Noor Jan mendakwa, beliau adalah keturunan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

Menurut Datuk Kurnia Setia, Datuk Ab. Latiff Daud yang menjalankan `tugas-tugas khas diraja' itu, kemunculan semula takhta kesultanan Melaka adalah satu perkara yang serius.

Dakwanya, perkara itu telah diperhalusi ke Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu sebelum ini yang tidak dihebahkan kepada umum.

Beliau memberitahu demikian kepada Utusan Malaysia pada istiadat tersebut di sini malam tadi.

Ab. Latiff berkata, Sultan Mahmud mempunyai putera bernama Sultan Muzzaffar Shah I yang memerintah negeri Perak (1528-1549) sehingga kepada Sultan Perak Ke-22, Sultan Abdullah Muhamad Shah I Marhum Durian Sebatang (1851-1857) dan dari keturunan inilah munculnya Sultan Ahmad Shah Ke-44 yang bakal menjadi Sultan Melaka itu.

Ab. Latiff mendakwa, pihak Arkib Negara juga telah mengiktiraf salasilah Sultan Ahmad Shah ini adalah yang benar-benar berhak menduduki takhta setelah menjalani kajian selama tujuh tahun.

``Zaman pusaka Kerajaan Melaka, Sultan Ahmad Shah ini bermula dengan istiadat pertama sebelum ini pada 30 Oktober lalu,'' katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2019 02:08 PM | Show all posts
Malaysia Kini :


Langkah Noor Jan menobatkan diri sebagai sultan Melaka pada 2005 dan menuntut takhta adalah perkembangannya tidak sihat, malah mengancam institusi beraja, tulis Awang Selamat.

“Sampai bila kisah Sultan Melaka ini mahu berakhir di sebalik langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menanganinya,” kata Awang Selamat, nama samaran yang dilihat membawa pendirian akhbar itu.

Sebelum ini gambar satu majlis kononnya bersempena darjah kebesaran Noor Jan kepada beberapa individu dan aktivis viral di dalam sosial media.

Antara yang kononnya menerima anugerah tersebut iaitu aktivis popular dengan gelaran " raja repot ", Abdul Rani Kulup Abdullah ( gambar ).

Noor Jan dilaporkan memberikan anugerah tersebut laksana seperti seorang raja yang sah sedangkan kerajaan Melaka sejak awal lagi menafikan beliau pewaris takhta kesultanan negeri.

“Sudah banyak tindak-tanduk beliau memudaratkan tetapi nampaknya Noor Jan kebal. Beliau terus dengan aktiviti kesultanannya.

“Awang lihat kegagalan pihak berkuasa untuk menyelesaikan sama sekali isu tersebut memberikan mesej yang salah dan mengelirukan kepada umum.

“Sebab itu ada yang berani untuk menerima dan mengiktiraf gelaran yang diberikan oleh beliau,” tulis Awang Selamat.
Justeru akhbar lidah Umno itu mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang bersubahat dengan Noor Jan.

Ini supaya tidak ada lagi individu lain selepas ini akan muncul dan mendakwa diri sebagai sultan dan raja di negara ini.

Tahun lalu, Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2019 02:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang peliks betul ke dia yang handle fb sultan melaka tu..
Ke mmg senang nak dpt.gambo dia kat memana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Melaka ade soltan
Tp soltan melaka duk gombak

Mgkin zaman dlu, gombak tu sebahagian melaka
Dan ibu negeri melaka time tu gombak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada kena mengena ke dgn kesultanan naning. Sori iols mmg buta sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye kami mmg secret agent. Satu lagi code kami 11!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 9-2-2019 02:11 PM

Ya Allah kenapalah hakak tengok bende ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 04:47 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 9-2-2019 04:06 PM
Ye kami mmg secret agent. Satu lagi code kami 11!


11 tu natang ape pulok ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 05:01 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 9-2-2019 04:15 PM
Ya Allah kenapalah hakak tengok bende ni

aku pun boleh layan sekali
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 9-2-2019 04:47 PM
11 tu natang ape pulok ?

X leh ckp sini. Kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 05:24 PM | Show all posts

curious la pulak. pm la tepi... adoi
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 06:48 PM | Show all posts
Tahun lalu, Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Ini bukan satu tindakan oleh kerajaan ke ? Dihumban masuk lokap
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 9-2-2019 06:48 PM
Ini bukan satu tindakan oleh kerajaan ke ? Dihumban masuk lokap

Dia dihumban sbb bg anugerah yg x diiktiraf. Tp psl dia claim dia Sultan pelbagai tu, x de kan?
Mgkn la abang ni ade la secuit DNA raja, sbb tu pengelola raja ke apa kt Perak entertain dia gak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 9-2-2019 01:50 PM
Dia dihumban sbb bg anugerah yg x diiktiraf. Tp psl dia claim dia Sultan pelbagai tu, x de kan?
M ...

Secara tak langsung penghumbanannya ke dalam lokap atas kesalahan anugerah palsu dengan jelas mencerminkan statusnya sebagai sultan-wannabe saja di mata pihak berkuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 09:23 AM | Show all posts
Tak payahlah tambah sultan lagi. Pening nak hadap perangai perangai sultan yang dah ada ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok gak baca FB dia buat hiburan...bayangkan tetiba Melaka ada Sultan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 08:33 AM | Show all posts
Mimpi saja la jadi sultan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 03:02 AM | Show all posts
up siket tered bersejarah ni.

walaupon dia ni orang kata gila, tapi aku nampak dia ni lagi ok dari mana mana person yang pernah kelim nak jadi sultan melaka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list