CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2915|Reply: 22

[Tempatan] Di mana tapak ganti bazar Ramadan Jalan Masjid India? UPDATED #13 Jalan TAR akan

[Copy link]
Post time 9-2-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 12-2-2019 07:23 PM

Di mana tapak ganti bazar Ramadan Jalan Masjid India? Ini reaksi menteri

Raja Hisyam Raja Zaid, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 09, 2019 08:45 MYT


DBKL perlu menentukan dan membuat keputusan yang tepat mengenai kedudukan bazar Ramadan bagi memastikan ia mudah untuk dikunjungi orang ramai. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Tapak baharu bagi menggantikan bazar Ramadan di Masjid India akan ditentukan dalam masa terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata ada beberapa tempat yang difikirkan sesuai untuk menggantikan tapak bazar Ramadan tersebut.

Perkara itu, jelasnya, akan diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedikit masa lagi memandangkan umat Islam akan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Mungkin dalam tempoh seminggu dua ini pihak DBKL akan umumkannya. Tetapi yang lebih penting, tapak baharu yang akan diganti nanti lebih selesa dan lebih baik berbanding Jalan Masjid India.

"Dan tentunya, ia lebih mudah untuk didatangi semua pihak,” jelasnya ketika ditemui oleh Astro AWANI pada Jumaat.

Jelasnya, bazar Ramadan mempunyai kelainannya tersendiri kerana kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada mereka yang baru habis bekerja dan terus singgah di kawasan itu.

“Ada cadangan untuk melaksanakannya di Perkarangan Stadium Bukit Jalil seperti yang dilakukan pada perayaan Tahun Baharu Cina, namun walau bagaimanapun, saya merasakan kawasan itu tidak begitu sesuai.

"Kerana, bazar Ramadan kita tak boleh samakan dengan raya Cina. Agak tidak munasabah untuk diadakan di sana. Ia mestilah berhampiran dengan kawasan bandar dan dekat dengan kawasan pejabat,” tambahnya.

TONTON: Tapak baharu ganti Bazar Ramadan Jalan Masjid India

Khalid berkata, pihak DBKL perlu menentukan dan membuat keputusan yang tepat mengenai perkara ini bagi memastikan ia mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai.

Sebelum ini, DBKL memutuskan untuk tidak lagi membenarkan perniagaan bazar Ramadan terus beroperasi di Jalan Masjid India atas beberapa sebab.

Antaranya termasuk aduan peniaga di bangunan sekitar kawasan berkenaan, selain kesukaran menguruskan peniaga bazar berkenaan.

Bagaimanapun, DBKL mengekalkan keputusan untuk membenarkan pasar malam pada setiap Sabtu di Lorong Tuanku Abdul Rahman iaitu kawasan berhampiran dengan Jalan Masjid India.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramadan lebih kurang 85 hari dari sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelako tengok khalid ni perli2 najib kat twitter. Macam kekanak pun ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
83 hari lagi nak ramadan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 10-2-2019 04:48 PM
Kelako tengok khalid ni perli2 najib kat twitter. Macam kekanak pun ada.

Sekarang musim orang tunjuk skill lucu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai juga yang mintak supaya tak jauh.. yang bujang nak beli belah buka puasa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukit jalil tu mcm port jam je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:18 PM | Show all posts
apa kesudahan kisah mamat PPBM yg skandal rasuah tapak bazar ramadan masjid india tu?  dapat perlindungan atok jugak kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 10-2-2019 05:27 PM
83 hari lagi nak ramadan.

Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengannya tahun ni dan tahun2 akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 11:13 PM | Show all posts
caj tapak bazar ramadhan tu sila tgk sikit menteri PH..jangan dok buat tak tahu pulak...semua orang tau caj dia mcm sembelih orang rate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:38 PM | Show all posts
Lokasi baharu bazar Ramadan Jalan Masjid India dekat dengan tapak lama

Rahimah Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 10, 2019 17:15 MYT



Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menghadiri Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak pada Ahad. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan lokasi tapak baharu bazar Ramadan di Jalan Masjid India adalah berhampiran dengan tapak lama.

Menterinya, Khalid Abdul Samad bagaimanapun berkata, lokasi sebenar akan ditentukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jelasnya, isu kesesakan di Jalan Masjid India menyebabkan bazar Ramadan itu terpaksa dipindahkan.

Pada masa sama katanya, masalah kesesakan berkenaan menyebabkan ada pemilik premis sedia ada di kawasan itu terpaksa menanggung kerugian.


"Kita nak supaya Wisma Yakin itu dan kedai sepanjang Jalan Masjid India yang merupakan peniaga asal termasuk peniaga Melayu kita. Apabila dibuka gerai, maka ia melindungi perniagaan mereka.

"Apabila semua bazar perayaan dibuat di situ, maka yang menanggung kos adalah peniaga Melayu. Sebenarnya, kita nak majukan Melayu," katanya kepada media selepas menghadiri Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak di sini pada Ahad.

BACA: Di mana tapak ganti bazar Ramadan Jalan Masjid India? Ini reaksi menteri

Jumlah tapak baharu Bazar Ramadan berkenaan juga akan melibatkan angka yang sama seperti tahun sebelum ini.

"Kita cuba dapatkan jumlah tapak yang sama. Yang penting kita tak nak orang jual lesen, itu satu hal. Kalau tempat ini sudah lama dikuasai orang tertentu, ini pun menimbulkan masalah," kata beliau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:14 PM | Show all posts
pindah kt stadium shah alam kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
*Jalan TAR ditutup mulai 15 Mac ini*

LALUAN sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari pusat beli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata,penutupan jalan satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan terbabit.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan itu yang mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu.

“Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Makan Tengah Hari sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, jika keadaan berjalan lancar, pihaknya sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada Ramadan ini.

Beliau berkata, laluan yang boleh menempatkan sehingga 200 lot tapak perniagaan itu juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada musim perayaan lain.

“Kita sedang memperincikan susun atur peniaga, namun yang pasti keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan lebih luas dan selesa.

“Penempatan hanya membabitkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga pada Ramadan manakala peniaga sedia ada dikekalkan di tapak asal,” katanya.

Khalid berkata, keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, beberapa individu dari Bahagian Perolehan DBKL sudah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran senarai syarikat yang berjaya memperoleh kontrak pembersihan sungai seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan secara dalaman juga diambil dan Datuk Bandar Kuala Lumpur mengarahkan 20 orang kakitangan di bahagian itu dipindahkan ke bahagian lain secara berperingkat dalam tempoh sebulan.

Khalid melahirkan kehairanan bagaimana maklumat daripada mesyuarat Lembaga Perolehan pada 25 Januari lalu itu boleh tular sehari kemudian sedangkan makluman kepada syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender secara individu hanya dibuat DBKL melalui panggilan telefon.

“Ini yang dikatakan ada tangan ghaib yang cuba mengawal DBKL memandangkan tiada makluman atau paparan di mana-mana tempat awam dibuat mengenai keputusan itu,” katanya.

*Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 6:27 PM*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts

Tutup Jalan TAR: Peniaga sepakat mahu 'tutup kedai'

HIDAYAH HAIROM | 15 Feb 2019

Pemilik dan peniaga premis perniagaan mengumpulkan petisyen bantahan berhubung keputusan penutupan Jalan TAR.

KUALA LUMPUR - Matlamat menjadikan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai ‘pedestarian mall’ dengan penutupan sebahagian laluan di situ kepada kenderaan awam bermula 15 Mac ini tidak akan tercapai apabila pemilik dan pemborong kira-kira 300 premis perniagaan di situ sepakat untuk ‘tutup kedai’ pada hari perlaksanaannya.

Tindakan penutupan operasi perniagaan sepanjang laluan yang ditutup itu sebagai tanda protes oleh peniaga terhadap keputusan yang disifatkan dibuat membelakangkan kepentingan mereka.

Penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Rata-rata pemilik dan pengusaha menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu dan membantah menerusi satu petisyen yang dikumpulkan.

Naib Presiden, Batu Road Retailers Association (BARRA), Rohana Mohammad Nasir, berkata, mereka bukannya mahu menentang keputusan kerajaan sebaliknya mahu suara mereka didengar dan keputusan dibuat secara menang-menang untuk semua pihak.


“Banyak isu yang perlu diselesaikan sebelum keputusan penutupan jalan dibuat. Kami mahu pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk kami jelaskan gambaran sebenar yang akan menjejaskan peniaga premis jika laluan kenderaan ditutup.

“Jika suara kami tidak didengar dan keputusan penutupan jalan diteruskan bermula 15 Mac ini, saya harap semua peniaga memberi sokongan bantahan ini dengan menutup operasi perniagaan,” katanya ketika menandatangani petisyen bantahan di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, pula berkata, keputusan tersebut dibuat tanpa perbincangan bersama peniaga premis dan ia hanya akan menambah kesesakan kerana menjejaskan urusan ‘drop off’ dan ‘pick up’.

“Operasi kedai-kedai di Masjid India juga akan ditutup jika tiada pertimbangan dibuat kerajaan berhubung perkara ini,” katanya.

Datuk Andrew Lim Tatt Keong yang mewakili Kompleks membeli belah Sogo turut senada mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan penutupan jalan tersebut.

“Dalam masa sama perbincangan bersama pihak persatuan, pengusaha dan pemilik perlu dibuat untuk mengetahui mengapa laluan berkenaan tidak boleh ditutup,” katanya.

Terdahulu sekumpulan pemilik perniagaan sepanjang jalan terlibat menandatangani petisyen bantahan penutupan laluan Jalan TAR sepanjang kira-kira 1 kilometer iaitu bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Antara sebab yang dinyatakan termasuk perniagaan yang bakal terjejas berikutan melibatkan ramai pembeli secara pukal sekali gus mengurangkan kuasa beli kerana sukar memunggah barang-barang.

Selain itu, memuat dan memunggah di Lorong Gombak akan mewujudkan kesesakan lalu lintas kerana ia akan mengambil satu lorong trafik dan pemunggahan tidak boleh dilakukan di Lorong TAR pada hari Sabtu kerana kawasan itu ditutup untuk pasar malam.

Perkhidmatan hotel juga antara yang terjejas kerana ‘drop off’ dan ‘pick up’ beg pelanggan sangat jauh dan tidak munasabah selain risiko kejatuhan nilai hartanah bangunan di sekitar Jalan Tar untuk jangka panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah buat lah
Tutup la
Setara ni kecerdikan mereka
Sapa la nak jalan kaki jauh jauh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewa 1 tapak paling murah rm9k. (Atas org)
Sewa dgn dbkl baru bape. Untung ats angin mcm hrm.
Pastu org sama je tiap tahun yg dpt. Bukannya secara cabutan. Kabel dalam kuat...fuluusss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
maju junction kan dah katup. dari dibiar jadi tempat jin cikcur, elok dbkl sewa whole ground floor dia, bikin mcm bazaar & sublet ke peniaga2 barangan persiapan raya. harga sewanya pulak biarlah win win situation
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:20 PM | Show all posts
sempat ke idea dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 01:43 PM | Show all posts
Tutup Jalan TAR keruhkan lagi lalu-lintas

B Nantha Kumar  |  Diterbitkan Hari ini 11:48 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 11:48 tengahari


Persatuan Perniagaan Jalan Masjid India (Miba) hari ini menegaskan cadangan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) bermula 15 Mac depan akan mengeruhkan lagi keadaan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur.

Presidennya, Ameer Ali Mydin, ketika dihubungi berkata Miba bersama Persatuan Peruncit Batu Road (Barra) meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan cadangan berkenaan.

"Tindakan penutupan Jalan TAR akan mengakibatkan kesesakan trafik menjadi lebih parah, malah ia boleh sehingga ke Bukit Bintang.

"Hal ini kerana Jalan TAR merupakan pintu utama untuk ke Jalan Masjid India, selain ia menjadi salah satu jalan penting yang menghubungkan Chow Kit, Jalan Ampang, Dataran Merdeka dan Bukit Bintang," katanya.

Menurutnya, penutupan Jalan TAR tidak akan menyelesaikan masalah lalu-lintas sebaliknya akan bertambah buruk.

Katanya, parkir berlapis di kawasan Masjid India, Jalan TAR dan kawasan keliling merupakan punca utama kesesakan lalu lintas.

Justeru kata Ameer, kesesakan lalu-lintas boleh dikawal jika DBKL menangani isu parkir haram.

Pengunjung bazar unik

Tambah beliau, kemunculan gerai-gerai tidak berlesen dan menggunakan tapak parkir untuk berniaga juga perlu diberi perhatian segera.

Dalam pada itu, Ameer juga menyatakan bahawa kedua-dua persatuan turut membantah cadangan membina laluan siar kaki dan seterusnya mengadakan bazar Ramadan di Jalan TAR.

"Bukan kami memusuhi penjaja-penjaja tapi kami percaya cadangan membuat laluan siar kaki dan bazar Ramadan di Jalan TAR bukan tindakan yang bernas.


"Kami nak bazar Ramadan ini ditukar ke tapak lebih luas, selamat dan kurang kesesakan lalu-lintas kerana pengunjung bazar ini sangat unik.

"Mereka tetap ke bazar Ramadan walau diletakkan di mana-mana saja asalkan ia selesa dan menyediakan ruang parkir mencukupi, dan dekat dengan pengangkutan awam.

"Buat masa ini, penjaja-penjaja di kawasan Jalan Masjid India terpaksa menggunakan ruang yang kecil dan kurang bersih.

"Tindakan memasak di tepi jalan raya juga agak tidak selamat. Jadi, kami cadang tapak alternatif mahupun di dalam atau luar bandar," katanya.

Bagaimanapun, Miba dan Barra sedia menerima sebarang keputusan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad.

"Kami berterima kasih kepada menteri yang turun ke Jalan Masjid India dan Jalan TAR untuk melihat sendiri keadaan di situ.


"Kami harap beliau akan mengambil keputusan yang terbaik bagi semua orang," kata Ameer lagi.

Untuk rekod, Khalid pada minggu lepas berkata penutupan Jalan TAR - kecuali untuk bas - sepanjang kira-kira satu kilometer itu ialah dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu.

Katanya ia dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan tersebut.

"Kerajaan berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan dengan pengunjung boleh berjalan untuk membeli-belah," kata Khalid.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:46 PM | Show all posts
org luar kl je yg pi jalan tar time bulan puasa ni...org yg duduk sekitar kl sebelum ramadhan dh shopping dulu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071567 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list