CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jahcomel

[Tempatan] Pembunuhan kejam!

   Close [Copy link]
Post time 11-2-2019 11:18 AM | Show all posts
amyza replied at 11-2-2019 10:14 AM
Takziah
Kesian nye arwah
Geram pulak dengan laki kena reman tu,suka2 jer jual anak orang kat in ...

entah ye tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar semoga Kita semua dijauhkan daripada perkara2 seperti ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:30 PM | Show all posts
Semoga pembunuhnya ditemui dan dijatuhkan hukuman setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:31 PM | Show all posts
dasar binatang!! ko ingat budak tu lembu ke? dah ko lapah organ dia.. ko biar macam tu aje? mintak2 mati seksa laa sape yang buat ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:57 PM | Show all posts
sedihla...aman mcm mana sekalipun jgn la di biarkan keluar seorang..

klu ada saksi nmpk dia naik moto logik la org dah p terjah yg bawa moto tu
tp sbb mayat xde...
dah cari pun kawasan tu....siapa la pulak yg letak semula...
byk kes mcm ni x settle...nurin dulu terseksa...
dendam apa la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:12 PM | Show all posts
adeqbun replied at 11-2-2019 08:50 AM
dulu2 mmg bebudak kg relax je bleh kuar sorg2..p nek beskal ronda kg..p kedai..p mandi sungai..skang ...

sama je relaxnya...
aritu satu geng naik basikal lajak kat MEX hiway...
udah le terkial2 mengayuh...
malas nak tengok...
situ kete laju2 semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-2-2019 11:05 PM
Eh celako, gosip takda organ bagai tu temberang ropanya!

Mak dia ckp tuu cmn plk tuu.. penin aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam punca Siti Masitah dibunuh

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan

MOHD. SHARIZA ABDULLAH
11 Februari 2019 4:00 PM


KUANTAN 11 Feb. - Dendam dan marah dengan keluarga Siti Masitah Ibrahim,  11, dipercayai menjadi punca kanak-kanak perempuan berkenaan dibunuh oleh suspek yang dikenali mereka.

PEKAN, 10 Februari 2019 - Siti Masitah Ibrahim, 11.

Siti Masitah
Kanak-kanak berketurunan Kemboja berkenaan dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala oleh suspek berusia 23 tahun pada hari dia dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati terdapat tiga kecederaan di rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.

"Hasil pengakuan awal suspek, polis telah merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

"Motif kejadian adalah dipercayai kerana dendam atau marah terhadap keluarga mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siti Masitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Medang Hilir di Pekan dekat sini untuk ke kedai dengan menunggang basikal kira-kira pukul 5 petang 30 Januari lalu.

Mayat anak ketiga daripada empat beradik itu ditemukan kira-kira pukul 4 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di dalam semak bersebelahan sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Medang Kemahang, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Othman bagaimanapun tidak menjelaskan punca yang menyebabkan suspek berdendam dengan keluarga mangsa.

Kata beliau, suspek yang merupakan warga negara Kemboja adalah kenalan kepada keluarga mangsa dan mereka tinggal sekampung.

Hasil soal siasat, kata beliau, suspek  pada awalnya tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mangsa namun akhirnya mendedahkan penglibatan dirinya berkaitan kehilangan kanak-kanak berkenaan.

"Polis menafikan penularan berita yang tidak berasas bahawa terdapat organ-organ badan mayat berkenaan yang hilang  yang kononnya dikaitkan dengan aktiviti penjualan organ manusia.

"Polis tidak menolak kemungkinan keadaan mayat yang tidak sempurna boleh diakibatkan oleh haiwan liar dan faktor mayat terdedah dalam tempoh masa yang panjang," katanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-2-2019 06:13 PM
Dendam punca Siti Masitah dibunuh

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan

Bangsa asing mcm Myanmar. .Vietnam. .Indonesia. .bangla...memang membunuh kalau berdendam. ..X dapat empunya diri depa bunuh ahli keluarga. ....aiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya mak nye dulu selalu bagi makan kat warga asing tu.

kita yang tak tahu budaya diorg jangan gatal2 buat baik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-2-2019 06:20 PM
Bangsa asing mcm Myanmar. .Vietnam. .Indonesia. .bangla...memang membunuh kalau berdendam. ..X dap ...

punca nya buat baik tak bertempat...kalau aku memang xda la nak buat baik tak bertempat.

diorg fikir lain...kita fikir nak buat baik je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 11-2-2019 06:22 PM
katanya mak nye dulu selalu bagi makan kat warga asing tu.

kita yang tak tahu budaya diorg jangan ...

Mak nya pun bangsa asing. ...kemboja
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu, keluarga Siti Masitah dipanggil beri keterangan
MyMetroMutakhir
Share

Tweet

Share

SOLIHAH dibawa ke IPD Pekan, hari ini untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Masitah. FOTO Muhd Asyraf Sawal.

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my


POLIS mengesahkan ibu kanak-kanak perempuan yang dibunuh kejam di ladang kelapa sawit Tanjung Medang Kemahang, Pekan, 30 Januari lalu, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, hari ini untuk membantu siasatan.

Sumber polis berkata, Solihah Abdullah, 35, dibawa ke IPD Pekan pada 3.30 petang untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, Siti Masitah Ibrahim, 11.

“Kita panggil untuk rakam percakapan dia (ibu mangsa), ada beberapa anggota keluarga lain turut dipanggil bagi bantu siasatan. Selepas selesai mereka boleh pulang,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Othman Nanyan dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini, memaklumkan mangsa dipercayai dibunuh suspek lelaki berusia 23 tahun pada 30 Januari lalu akibat dendam dan marah kepada keluarga mangsa.

Katanya, suspek warga Kemboja yang juga kenalan keluarga mangsa ditahan pada 2 pagi 31 Januari lalu di sekitar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan beberapa jam selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.

Mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tragis dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari di kawasan ladang itu sebelum ditemui penduduk kampung 5 petang Sabtu lalu.

Hasil bedah siasat mendapati mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan parah pada kepalanya.

Sementara itu sumber memaklumkan kepada Harian Metro, suspek membuat pengakuan membunuh mangsa beberapa jam selepas penemuan mayat Siti Masitah.

Sumber memberitahu, pegawai dan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang kemudian membawa suspek ke lokasi kejadian sebelum lelaki berkenaan menunjukkan kayu yang digunakannya untuk memukul Siti Masitah.

Terdahulu petugas media yang menunggu di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dimaklumkan bedah siasat yang bermula pada 11 pagi hari ini selesai kira-kira empat jam kemudian.

Difahamkan mayat tidak akan dituntut keluarga pada hari ini kerana terdapat beberapa proses yang belum selesai termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakan terbayang lambaian Siti Masitah
MyMetroMutakhir
Share

Tweet

Share

RIDUAN (kiri) melihat Siti Masitah membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki pada hari kejadian. (Gambar kanan) Mohd Salleh. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL.

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my

“SAYA masih lagi teringat lambaian Masitah ketika terserempak dengannya di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang, pada hari dia dilaporkan hilang, dia kelihatan seperti biasa sahaja.

“Ketika itu dia membonceng motosikal berwarna kuning hitam ditunggang seorang lelaki bernama Assom menghala ke jalan besar," kata Riduan Ibrahim, 12.

Riduan adalah rakan kepada Siti Masitah Ibrahim, 11, yang ditemui mati dalam keadaan tragis dengan keadaan tangan terikat dan tidak berseluar pada 5 petang Sabtu lalu.


Katanya, ketika kejadian dia baru pulang dari menjalani latihan bola tampar di sekolah dan melihat sebuah motosikal ditunggang dengan laju melalui jalan sama.

“Saya mengetahui Masitah yang membonceng motosikal itu berdasarkan baju berwarna biru dipakainya..saya tidak dapat melihat wajah Masitah kerana dia menggunakan topi keledar yang menutup mukanya.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan Masitah hilang pada malam itu, sebagai rakan saya turut bersedih di atas kejadian menimpanya," katanya.

Riduan berkata, walaupun agak pendiam tetapi Siti Masitah seorang rakan baik serta rajin, mereka bersama-sama mengikuti kelas Fardhu Ain di Madrasah Islamiah di Kampung Kemahang, Tanjung Medang, di Pekan.

Mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya diikat ke belakang dan tidak berseluar di dalam ladang kelapa sawit di Tanjung Medang Kemahang.

Lebih memilukan kepala mangsa didapati terpisah dari badannya manakala beberapa organ dalamannya.

Sementara itu, seorang guru di madrasah itu, Mohd Salleh Ibrahim, 29, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar dan tidak pernah ponteng sekolah.

“Masitah selalu sampai ke kelas lebih awal dan mendengar kata, dia seorang murid yang baik.

“Saya sedih dengan kejadian menimpanya dan berharap keadilan dapat ditegakkan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu Siti Masitah merayu, berlutut depan suspek
MyMetroUtama
Share

Tweet

Share

NORASIAH (kiri) bersama datuk mangsa, Abdul Manan Ahmad, 54, meninjau tempat kejadian mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal.
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my

IBU kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini, Sabtu lalu, Siti Masitah Ibrahim, 11, bertindak melutut dan merayu kepada suspek supaya memulangkan semula anaknya.

Perkara itu diceritakan semula ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan, 33, selepas suspek ditahan penduduk kampung pada malam 30 Januari lalu.

Katanya, ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, merayu kepada suspek yang dikenali sebagai Assom itu untuk memberitahu di mana Siti Masitah berada memandangkan dia adalah individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu.


“Sambil menangis Kak Long meminta Assom memulangkan Masitah, malah dia terus berlutut dan merayu kepada suspek, namun suspek berkeras dengan mengatakan dia tidak tahu.

“Kami sememangnya mengenali suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini namun difahamkan sudah berpindah dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Pekan, hari ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 23 tahun itu adalah individu terakhir dilihat membawa mangsa menaiki motosikal pada hari dia dilaporkan hilang.

Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya diikat ke belakang dan tidak berseluar di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Lebih memilukan kepala mangsa didapati terpisah dari badannya manakala beberapa organ dalamannya hilang.

Norasiah berkata, dia hairan bagaimana Siti Masitah boleh mengikut suspek sedangkan anak ketiga dari empat beradik itu bukan seorang yang mudah mesra dengan orang.

“Walaupun suspek biasa datang dan bermalam di rumah mangsa, namun Masitah tidak begitu rapat dengannya, sebab itu saya hairan bagaimana dia boleh mengikuti lelaki itu.

“Setahu saya sebelum kehilangannya Masitah memberitahu ibunya mahu ke kedai runcit untuk membeli mi segera, jarak kedai runcit itu hanyalah kira-kira 200 meter dari rumahnya..saya tidak tahu di mana Masitah berjumpa lelaki itu," katanya.

Norasiah berkata, keluarga mangsa melayan suspek dengan baik dan sering memberinya makan apabila datang ke rumah mereka di Kampung Kemahang, Tanjung Medang.

Katanya, walaupun sudah berpindah ke Kampung Parit Tengah sejak dua tahun lalu namun suspek selalu singgah ke rumah keluarga mangsa.

“Kak Long selalu menjamunya makanan apabila berkunjung ke rumah, kami pun hairan mengapa dia bertindak kejam sebegitu rupa dan melupakan layanan baik diberikan keluarga Kak Long kepadanya.

“Kejadian ini sangat menyedihkan dan berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Siti Masitah,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam, marah keluarga punca Siti Masitah dibunuh
MyMetroUtama
Share

Tweet

Share

NENEK saudara mangsa, Zaharah Ismail, 53, serta adik mangsa, Mohd Khairi Tarmizi Ibrahim tidak menahan sebak selepas kejadian menimpa Siti Masitah yang mayatnya ditemui dengan keadaan tragis di ladang kelapa sawit, Tanjung Medang Hilir, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my


DENDAM dan marah kepada keluarga dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Othman Nanyan, berkata siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada 30 Januari lalu iaitu hari sama dilaporkan hilang oleh ibunya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Beliau berkata, susulan laporan polis diterima pihaknya, suspek lelaki warga Kemboja berusia 23 tahun ditahan pada jam 2 pagi 31 Januari lalu di sekitar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan bagi membantu siasatan.


“Berdasarkan pengakuan suspek, Siti Masitah dipukul menggunakan kayu dan polis sudah merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek.

“Suspek adalah kenalan kepada keluarga mangsa dan tinggal sekampung dengan keluarga Siti Masitah.

“Hasil soal-siasat, pada awalnya mendapati lelaki terbabit tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mangsa, namun soal siasat lanjut akhirnya mendedahkan pembabitannya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 11 pagi mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan parah pada kepalanya.

“Terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala.

“Punca kematian adalah disebabkan ‘Probable Head Injury’. Bedah siasat mendedahkan jantina mangsa ada perempuan,” katanya.

Othman berkata, ketika mayat ditemui kelmarin, ia dalam keadaan tertiarap dan hampir reput serta tangan dalam keadaan diikat dari belakang.

“Kami percaya mangsa sudah mati dalam tempoh lebih tujuh hari.

“Kami masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat Siti Masitah,” katanya.

Beliau berkata, supek kini direman tujuh hari sehingga 17 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Othman turut menafikan, penularan berita yang mengaitkan kematian mangsa dengan sindiket penjualan organ manusia dan tidak menolak kemungkinan keadaan mayat yang tidak sempurna ditemui disebabkan haiwan liar.

Semalam media melaporkan, mayat Siti Masitah ditemui orang ramai pada 4 petang kelmarin di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

Siti Masitah dilaporkan keluar dari rumahnya pada 5 petang, 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, yang juga warga Kemboja kemudian membuat laporan polis pada 11 malam hari mangsa dilaporkan hilang sebelum membawa kepada penahanan suspek beberapa jam kemudian.

Suspek ditahan susulan dakwaan penduduk kampung yang melihat kelibat Siti Masitah menaiki motosikal dengan suspek sebelum lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kronologi pembunuhan Siti Masyitah
MyMetroMutakhir
Share

Tweet

Share

IBU mangsa, Zaleha Abdullah, 35 menunjukkan gambar arwah anak perempuannya, Siti Masyitah. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my


SELEPAS dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalamannya hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam.

* Siti Masyitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan pada jam 5 Petang, 30 Januari.


* Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit.

* Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.

* Basikal mangsa ditemui orang kampung beberapa hari kemudian kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

* Usaha mencari kanak-kanak perempuan itu diteruskan orang kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di mana mayat mangsa dijumpai.

* Pada 9 Februari mayat mangsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

* Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.

* Kepala mangsa juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa organ dalaman mangsa tidak dijumpai

* Mayat kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat pada esok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-2-2019 06:20 PM
Bangsa asing mcm Myanmar. .Vietnam. .Indonesia. .bangla...memang membunuh kalau berdendam. ..X dap ...

Jgnlah ada antara anak pinak kita mencari pasl dgn geng geng tu. Ya Allah. Takutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik jangan terlalu baik. Mesra jangan terlampau mesra. Kasihan ya anak kecil yang menerima tempiasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:58 AM | Show all posts
pelakunya kenal dengan keluarga mangsa juga. tapi belum bertaraf pemastautin tetap. Kawasan tu mmg kawasan masyarakat kemboja di Pekan. Mamat suspek tu juga org kemboja.
Khabarnya bermotifkan dendam.


ai sekampung dengan najib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070288 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list