CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 2

[Dunia] Umat Islam dipaksa makan daging babi.

[Copy link]
Post time 10-2-2019 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-2-2019 04:06 AM

Umat Islam ‘dipaksa’ makan daging babi

PAGAR dengan kawat berduri pada sebuah pusat pendidikan kemahiran vokasional di Dabancheng, Xinjiang. REUTERS
10 Februari 2019 3:00 AM





BEiJING 9 Feb. - Dipaksa makan daging ba bi dan minum arak. De mikian nasib malang yang menimpa penduduk Islam di wilayah Xinjiang apabila turut dipaksa menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina, selain di ugut untuk dimasukkan ke dalam kem tahanan jika menolak untuk menyertai majlis tersebut.

Mail Online melaporkan, penduduk di wilayah autonomi Ili Kazakh mendakwa, mereka dijemput untuk menghadiri majlis makan malam tersebut yang menghidangkan menu utama daging babi serta arak.
Radio Free Asia atau RFA mendedahkan menerima gambar menunjukkan pegawai kerajaan China di bandar Yining mengunjungi kediaman penduduk Islam dan mengedarkan daging babi mentah pada Isnin lalu.

Selain itu, penduduk juga dipaksa menghias luar kediaman mereka dengan hiasan Tahun Baharu Cina berwarna merah.
Kebanyakan penduduk di wilayah autonomi tersebut ti dak meraikan Tahun Baharu Cina.

Seorang penduduk mem beritahu kepada RFA, masya rakat Kazakh di Xinjiang tidak makan daging babi, namun bermula tahun lalu, segelintir daripada mereka dipaksa makan daging haram itu sebagai meraikan Tahun Baharu Cina.
“Perayaan utama kami adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Ta hun Baharu Cina adalah untuk masyarakat Cina dan penganut Buddha. Jika kami tidak menggantung tanglung, kami dikatakan bermuka-muka dan diugut untuk dihantar ke kem tahanan,” katanya.

Kenyataan penduduk itu di sokong oleh Kongres Uighur Se dunia dan jurucakapnya, Dil xat Raxit yang memaklumkan mereka menerima beberapa la poran berkaitan.
Katanya, kerajaan China ki ni meningkatkan kempennya untuk mengasimilasikan penduduk Uighur dengan budaya masyarakat Han serta memaksa mereka meraikan Tahun Baharu Cina.

“China memaksa penduduk Uighur minum arak dan makan daging babi bagi menunjukkan budaya masyarakat Han tidak mengamalkan kepercayaan agama yang ketat,” jelasnya.
Dalam pada itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, ChinaAid mendakwa penduduk Islam di Xinjiang dipaksa me raikan sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari tahun lalu.

Pada Oktober lepas pula, pihak berkuasa di Urumqi iaitu ibu kota Xinjiang melancarkan kempen menentang produk halal.
Dianggarkan kira-kira sejuta penduduk Uighur dan beberapa etnik beragama Islam yang lain ditahan dalam kem tahanan yang didakwa China sebagai ‘sekolah pendidikan vokasional’.

Pusat-pusat tahanan tersebut mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa yang kebanyakannya ragu-ragu dengan niat sebenar China.
Beberapa bekas tahanan juga sebelum ini pernah mendedahkan mereka dipaksa makan da ging babi serta minum arak sebagai hukuman di dalam pusat tahanan.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/umat-islam-8216-dipaksa-8217-makan-daging-babi-1.837864#ixzz5f80afnMX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2019 07:52 PM | Show all posts
Turki kecam layanan buruk terhadap etnik Uighur


[size=1.125]




[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]
RATUSAN berhimpun untuk mendesak pihak antarabangsa mengambil tindakan bagi mengentikan kekejaman terhadap etnik Uighur di China.- AFP
[size=0.75]10 Februari 2019 6:18 PM





ANKARA 10 Feb.- Turki mengecam layanan buruk China kepada etnik Uighur dan menyifatkan kekejaman yang dilakukan sebagai tindakan paling memalukan terhadap kemanusiaan.

Jurucakap kementerian luar Turki, Hami Aksoy dalam kenyataan berkata polisi asimilasi sistematik yang diterapkan kerajaan China terhadap etnik tersebut adalah tidak wajar dan memalukan.
“Penindasan terhadap lebih satu juta etnik Uighur yang ditahan tanpa sebab, diseksa dan diracun fikiran di pusat tumpuan dan tahanan bukan lagi menjadi satu rahsia.
“Manakala, etnik Uighur yang tidak ditahan turut terkesan dan diperas habis-habisan,”  katanya.
Sementara itu, Turki menggesa Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeneral Antonio Guterres untuk mengambil langkah wajar bagi menamatkan tragedi kemanusiaan di wilayah Xinjiang.-AGENSI











Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-kecam-layanan-buruk-terhadap-etnik-uighur-1.838181#ixzz5f814F0Cf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 07:55 PM | Show all posts
Tau kutuk negara orang kerana mengabaikn bangsa dan agama, tapi apa bezanya dengan negara sendiri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.082844 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list