CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 8

To ask or not to ask or simply i cant be asked ( to ask ) hmm?

[Copy link]
Post time 11-2-2019 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 11-2-2019 11:18 PM

assalamualaikum

saya rasa bagus soalan ini terutamanya dalam melihat pelajar Malaysia. Rata rata dari pemerhatian saya ialah mereka lantang bersuara  dalam gelanggang politik dan ada juga yg berkata perlu kebabasan bersiara bagi  mahasiswa Itu betul kalau kena konteksnya. Tapi yg menjadi satu gap ialah dalam suasana proses pembelajaran dalam dewan kuliah itu sendiri?

berapa antara  individu yg  sanggup mengakui dirinya tak faham benda basic tapi MALU BERTANYA atas dasar :

a) aku pergi kuliah sebab well..orhg lain juga ke kuliah
b) apa ntah yang diajar  , ntah tak pe who cares nanti coverlah ( see sikap nenati ni lah akan bawa kesan last minutes)
c) ntahlah apa apa jelah) bosannya proses pembelajaran ini, ah dah hilang tumpuan dan nak tanya pun, tak ada mood
e) tak ada kesedaran untuk bertanggungjawab pada diri sendiri untuk memahami tugas sebagai penuntut ilmu sebab , i pergi kuliah sebab semua pergi kuliah ...tak tahu apa yg perlu tahu dan yg tak tahu , jadi ada perasaan untuk cover later selepas itu tapi bila bertangguh maka...akan jadi last minutes


so ....bagi yg faham that is fine  tapi dalam proses pembelajaran atau seminar dalam kalangan consultants di universiti di Barat
suasana dalam proses pembelajaran amat best ; u can just ask anything and NO ONE would JUDGE and say anything to you and  more importantly all questions ARE VALID, there is no such things as SILLY question, dan apabila mereka bertanya ia samada  untuk
a) mengesahkah pengetahuan asas mereka itu betul atau salah/clarify some ambiguity
b) contribute to  a new topic which is relevant to the main topic at hand/ menyumbang atau mengembang wacana/discourse kepada satu bentuk topik baru yang berkaitan dan wacana yg menarik / interesting discourse though it seemed to be digressed a bit  from the main topic , still u know , the discussion held about the newly related topic  was interesting
c) to give personal and critical opinion in a nice way ...

dan ikhlas

dan BUKAN tujuan mencabar authority / orang itu ...tapi kepada critical appraisal on the topics...

so, yes dari bilik seminar yg terdiri daripada pelajar elbagai bangsa dan negara boleh bertukar topik kuliah dari satu bab ke wacana yg lebih sarat dengan maklumat baru dan pendedahan yang baru...


but ,  hmm sayang nya  , kat sini tak banyak bertanya tapi bila  dalam assignment atau tutorial kesalahan basics itu berlaku sebab ? well...sebab apa? sebab tak berani bertanya ...sebab sikap di atas....

why?

tapi tak dinafikan faktor budaya juga main  peranan , selalunya pelajar dari timur depa segan dan tak syuak bertanya sebab takut soalan itu kalau trak dapat dijawab akan memalukan pengajar walhal di Barat seseorang tu bolehje kata dia tak tahu ( tengok konteks topik )

tapi balik kepada soal keikhlasan yg nak bertanya kena juga bersedia telus untuk menjawab ketika disoal ....dan yg bertanya hendaklah ikhlas bertanya untuk kebenaran buka mencabar memana aspek atau pihak
so, apa apa pun tengok pada niat dan konteks...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2019 01:43 AM | Show all posts
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-291: BANYAK BERTANYA DALAM KONTEKS SEORANG PELAJAR
Butiran
Dimuatnaik oleh Admin PMWP
Diterbitkan: 10 Februari 2019

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:43 AM | Show all posts
Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Dalam konteks sebagai seorang pelajar, adakah kita tidak boleh banyak bertanya juga?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:44 AM | Show all posts
Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Surah al-Taubah (122)

Al-Alusi berkata: “Zahir disebut untuk mengajar sebagai ganti daripada untuk memberi peringatan dan supaya mereka faqih ganti daripada berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah. Akan tetapi, dipilih pada nazam yang mulia ini semata-mata sebagai isyarat bahawa matlamat guru hendaklah untuk memberi petunjuk dan peringatan. Sedangkan matlamat penuntut ilmu pula adalah untuk meraih rasa takut kerana Allah SWT, bukan bersenangan dan merasa takabbur dengan ilmu. (Lihat Ruh al-Ma’ani, 11/48)

Syeikh al-Maraghi berkata: Ayat ini diturunkan bagi melengkapkan hukum-hukum yang bersangkut dengan perjuangan. Iaitu hukum mengenai pencarian ilmu dan mendalami urusan agama. Ertinya, melalui mempelajari ilmu secara mendalam itu merupakan suatu cara berjuang yang menggunakan hujjah dan menyampaikan beberapa bukti dan juga merupakan suatu rukun yang terpenting dalam aspek menyeru kepada keimanan dan menegakkan sendi-sendi Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/2937)



Menjawab persoalan di atas, kami bahagikan kepada dua:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:50 AM | Show all posts
Pertama: Perlu Pertanyaan dan Digalakkan

Allah SWT berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

Surah al-Nahl (43)

Al-Sobuni berkata: “Tanyalah hai golongan Quraisy kepada ulama’ Ahlu Kitab berkenaan Taurat dan Injil, nescaya mereka mengkhabarkan kamu bahawa semua para Nabi adalah manusia, sekiranya kamu tidak mengetahui demikian itu.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/118)

Berkenaan ayat di atas, kami mengambil kaedah:

الْعِبْرَة بِعُمُومِ اللَّفْظِ لا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

Maksudnya: “Ibrah diambil dari keumuman lafaz, bukan dari kekhususan sebab”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA, katanya: “Kami keluar bermusafir. Tiba-tiba seorang daripada kami terkena batu sehingga menyebabkan kepalanya luka. Kemudian dia mengalami mimpi (hingga keluar mani). Selepas terjaga dia bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Adakah kamu fikir ada keringanan bagiku untuk bertayammum?” Mereka menjawab: “Kami tidak mendapati keringanan bagi kamu kerana kamu mampu mendapatkan air.” Lalu dia pun mandi dan terus meninggal dunia. Apabila kami menemui Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda, Baginda pun bersabda:

قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ ، أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا ، فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ - أَوْ يَعْصِبَ ، شَكَّ مُوسَى - َعلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً، ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ

Maksudnya: “Mereka telah membunuhnya dan Allah akan membunuh mereka. Kenapakah mereka tidak bertanya sekiranya tidak tahu? Hanya dengan bertanya boleh menghilangkan keraguan. Sebenarnya memadai dia bertayammum dan membalut lukanya dengan kain perca, seterusnya menyapu air di atas balutan dan mandi ke seluruh badannya.”

Riwayat Abu Daud (336)

Syeikh Muhammad Syams al-Haq al-Azim Abadi berkata: Perkataan “الْعِيّ” dengan baris bawah ‘ain dan tasydid pada perkataan ya’ bermaksud rasa hairan pada ucapan dan tiada tepat atau yakin sebutan. Begitu juga terdapat dalam kitab al-Sihah. Sedangkan dalam al-Nihayah dan Lisan al-Arab, perkataan “الْعِيّ” dengan makna kejahilan. Maknanya ialah kejahilan adalah penyakit sedangkan penyembuhnya dengan bertanya dan belajar. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 1/534 dan Lisan al-Arab, 15/111)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:54 AM | Show all posts
Kedua: Tidak Perlu Bertanya

Kadang-kadang pertanyaan boleh mendatangkan taklif dan bebanan yang bertambah kepada seseorang atau sesebuah kaum. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللَّـهُ عَنْهَا ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Surah al-Maidah (101)

Sayyid Qutb berkata: Maksudnya janganlah kamu bertanya mengenai perkara-perkara yang telah dimaafkan dan tidak difardukannya oleh Allah SWT atau tidak dihurai dan diperincikannya. Ia adalah supaya dengan keterangan secara umum itu, ia dapat memberi keluasan dan kemudahan sepertimana cara ia menyebut fardhu haji atau sesuatu yang tidak disebutkannya sama sekali. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/524)

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata: Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbah kepada kami seraya bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَيْكُمُ الْحَجَّ. فَقَامَ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ فَقَالَ : أَفِى كُلِّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ :« لَوْ قُلْتُهَا لَوَجَبَتْ ، وَلَوْ وَجَبَتْ لَمْ تَعْمَلُوا بِهَا ، وَلَمْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْمَلُوا بِهَا. الْحَجُّ مَرَّةٌ فَمَنْ زَادَ فَتَطَوُّعٌ »

Maksudnya: Hai Manusia, sesungguhnya Allah fardukan ke atas kamu ibadat haji. Lantas bangun al-Aqra’ bin Habis seraya bertanya: “Adakah kewajiban ini pada setiap tahun hai Rasulullah? Lantas jawab Baginda SAW: “Jika aku katanya ‘Ya’, nescaya jadilah wajib, dan jika wajib nescaya kamu tidak dapat lakukan dengannya dan kamu tidak mampu untuk lakukannya. Haji itu sekali sahaja. Sesiapa yang menambahnya maka hukumnya sunat.

Riwayat Imam Ahmad (2642), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra
(8879) dan al-Daraqutni dalam Sunannya (204).

Manakala dalam lafaz Muslim disebut dengan tambahan:

ذَرُونِى مَا تَرَكْتُكُمْ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَىْءٍ فَدَعُوهُ

Maksudnya: Tinggallah kepadaku apa yang aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu kerana banyaknya bertanya dan khilafnya mereka kepada para Nabi. Justeru apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu, maka lakukanlah sesuai dengan kadar kemampuan kamu, dan apabila aku larang kamu daripada sesuatu maka tinggalkanlah.

Riwayat Muslim (3321)

Pensyarah kepada kitab Sunan Ibn Majah berkata: Hadis ini menjadi dalil bahawa makruh bertanya dan dikeji. Tetapi sebahagian menganggap ia khusus pada zaman Nabi SAW kerana bimbang hukum ketika itu boleh menjadi haram, sedangkan ia sebelumnya tidak haram, atau menjadi wajib yang menyebabkan sukar untuk melakukannya. (Lihat Masyariq al-Anwar oleh Muhammad Ali bin Adam bin Musa, 1/71)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2019 02:30 AM | Show all posts
Pendapat Kami

Setelah meneliti isu ini, kami berpendapat bahawa keperluan bertanya adalah amat penting bagi penuntut ilmu khususnya apabila mempunyai adab serta niat yang baik semata-mata meraih secangkir ilmu.

Kami telah nyatakan dalam buku kami seperti berikut: Daripada tanda pelajar yang cemerlang biasanya menggunakan ‘soal’ daripada apa yang tidak diketahui. Syiar dan moto pelajar yang berjaya ialah dengan bertanya. Sebenarnya kebodohan memang tidak merosakkan tubuh badan namun merosakkan hati dan fikiran. Penawarnya ialah ilmu dan ilmu hanya dapat diperoleh jika kita rajin bertanya kepada ahlinya.

Dinyatakan di sini bagaimana lidah yang bertanya menghasilkan ilmu yang banyak. Antaranya:

Pertama: Ibn Abbas R.Anhuma ketika ditanya: “Dengan apa kamu capai ilmu ini?” Beliau menjawab:

بِلِسَانٍ سَؤُولٍ، وَقَلْبٍ عَقُولٍ

Maksudnya: “Dengan lidah yang banyak bertanya dan dari hati yang benar-benar berakal.”

Riwayat Ahmad dalam Fadha'il al-Sahabah (2/970)

Kedua: Daghfal bin Hanzalah al-Syaibani ketika ditanya oleh Muawiyah tentang kebijaksanaannya, beliau menjawab:

حَفِظْتُهُ بِقَلْبٍ عَقُولٍ، وَلِسَانٍ سَؤُوْلٍ، وَإِنَّ آفَةَ الْعِلْمِ النِّسْيَانُ

Maksudnya: “Aku hafaz ilmu ini dengan hati yang berakal dan lisan yang banyak bertanya. Sesungguhnya, rosaknya ilmu dengan lupa.”

Riwayat Ibn Abd al-Bar dalam al-Jami’ (531) dan al-Isti’ab
(2/462) serta al-Baihaqi dalam al-Madkhal (428)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 02:31 AM | Show all posts
Ketiga: Al-Hasan al-Basri berkata: “Pertanyaan adalah sebahagian daripada ilmu.”

Keempat: Abu Sulaiman al-Ghanawi berkata: “Bertanyalah kepada orang yang pandai, nescaya engkau akan menjadi pandai sepertinya.” Ini bertepatan dengan kenyataan bahawa ilmu adalah khazanah manakala anak kuncinya adalah dengan sering bertanya.

Walaupun begitu, hendaklah kita membetulkan niat apabila hendak bertanya, iaitu bukan untuk menguji sesiapa. Ini kerana ia akan membawa musibah kepada dirinya sendiri. Benarlah kata Waqi’ bin Jarrah: “Sesiapa yang sudah tahu namun tetap bertanya sebenarnya seolah-olah dia mahu memberitahu: Lihatlah aku sangat pandai dalam ilmu ini.” Ini merupakan racun yang cukup bahaya kerana boleh mewarisi sifat riak dan sombong serta angkuh. (Lihat Tinta Nasihat untuk Penuntut Ilmu, hlm. 152-154)

Akan tetapi, dalam mengemukakan pertanyaan, perlulah mengelokkan penggunaan pertanyaan sebagai kata kunci. Ini sepertimana kata Wahab bin Munabbih[1], Sulaiman bin Yasar[2] dan Maimun bin Mihran[3]:

حُسْنُ المسْأَلَةِ نِصْفُ العِلْمِ

Maksudnya: Baiknya pertanyaan adalah separuh daripada ilmu.

(Lihat al-Jami’ oleh Ibn Abd al-Bar, hlm. 544 dan
Adab al-Faqih wa al-Mutafaqqih, hlm. 700)

Kami menutup perbincangan ini dengan menukilkan satu pandangan al-Imam al-Zarnuji[4] yang menyebut: “Antara yang dapat diambil faedah bahawa salafus soleh, mereka menggelarkan penuntut ilmu dengan gelaran yang asing. Lantas beliau berkata: Sesungguhnya dinamakan Talib Ilmi (penuntut ilmu) kerana perkataan “apa yang kamu kata” atau “apa pendapat kamu”. Ini kerana mereka pada zaman permulaan selalu menyebut “apa pendapat kamu dalam masalah ini?” (Lihat Ta’lim al-Muta’allim, hlm. 74-75)

Dengan sebab itu, melihat kepada Imam Ibn Syihab al-Zuhri[5] dalam mendapatkan ilmu seperti yang diriwayatkan oleh al-Ramahurmuzi: “Bahawa Ibn Syihab tidak kekal dalam majlis mana-mana pemuda kecuali akan ditanyanya. Begitu juga orang tua juga akan ditanyanya. Dia akan datang ke rumah orang-orang Ansar sama ada orang muda atau orang tua, pasti ditanyanya. Bahkan kepada orang yang uzur lagi berusia juga akan ditanyanya.” (Lihat al-Muhaddith al-Fasil, hlm. 307) Itulah semangat yang ditunjukkan oleh generasi awal dalam menuntut ilmu dan menguasainya.

Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu kerana sesungguhnya  ilmu dan hikmah semuanya adalah kepunyaan-Nya. Renungilah firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Maksudnya: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Surah al-Baqarah (32)

Semoga Allah mengurniakan kefahaman kepada kita dan pembetulan dalam menuntut ilmu sehingga menjadikan kita penuntut ilmu yang benar-benar ikhlas. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2019 02:32 AM | Show all posts
Nota Hujung:

[1] Wahb bin Munabbih ialah salah seorang tokoh besar Tabi'in dan ahli dalam bidang sejarah. Dilahirkan pada 34 Hijrah. Beliau dikatakan berasal dari Arab Selatan dan berketurunan Parsi dengan memiliki pengetahuan yang mendalam tentang kitab suci dan tradisi dari Yahudi dan Nasrani, sehingga memiliki banyak riwayat kisah Israiliyat. Beliau ialah saudara kandung dari Abdullah dan Hamam bin Munabbih. Puteranya bernama Abdullah bin Wahb dan Ibnu Wahb bin Munabbih. Meninggal pada 114 Hijrah.

[2] Abu Ayyub Sulaiman bin Yasar al-Madani al-Hilali adalah ulama terkenal dari kumpulan tabi'in, dan salah seorang daripada tujuh fuqaha’ Madinah. Beliau dianggarkan lahir sekitar akhir zaman kekhalifahan Uthman bin Affan. Beliau adalah maula (bekas hamba) daripada Maimunah binti Al-Harith, salah seorang daripada isteri-isteri Nabi SAW. Sulaiman bin Yasar mempunyai seorang saudara yang bernama Ata' bin Yasar, yang juga seorang ulama yang dihormati.

Sulaiman bin Yasar meriwayatkan banyak hadis daripada Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ummu Salamah, dan lain-lain. Said bin al-Musayyib sering menasihatkan kepada para peminta fatwa untuk bertanya kepada Sulaiman bin Yasar, yang disebutnya sebagai ulama yang paling berpengetahuan. Beliau juga merupakan salah seorang guru utama daripada Imam al-Zuhri dan Imam Malik. Sulaiman bin Yasar meninggal dunia pada usia 73 tahun, pada tahun 107 Hijrah bersamaan 725 Masihi. Ada yang menyebut pada tahun 100 H atau 94 H.

[3] Abu Ayyub al-Jazariy al-Raqqiy. Seorang Imam, alim dan mufti di al-Jazirah. Beliau meriwayatkan daripada Abi Hurairah, Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Umar, al-Dahhak bin Qais al-Fihriy al-Amir dan ramai lagi. (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 9/78) Beliau adalah daripada kalangan tokoh besar ulama’ tabi’in. Meninggal pada tahun 116 Hijrah atau 117 Hijrah.

[4] Burhan al-Din al-Zarnuji. Beliau adalah pengarang kitab Ta'lim al-Muta'allim Tariq at-Ta'allum. Antara gurunya ialah Syeikh Burhan al-Din Ali ibn Abi Bakr al-Marghinani dan Syeikh Abu al-Muhamid Qawaduddin Hammad ibn Ibrahim al-Saffar. Meninggal pada 620 Hijrah bersamaan 1223 Masihi.

[5] Abu Bakar Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidullah bin 'Abdullah bin Syihab bin 'Abdullah bin al-Harith bin Zuhrah. Lahir pada 51 Hijrah. Beliau adalah salah seorang ulama ahli hadis besar yang juga termasuk sighar al-tabi’in. Beliau adalah orang pertama yang membukukan ilmu hadis atas perintah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Meninggal dunia pada 124 Hijrah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 1.018085 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list