JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
1161
View
75
Reply

[Pelbagai] [Hikers and Campers] Pengalaman Pelik dan Menakutkan

[Copy link]

Author: KILL_NANCY    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kepada hikers dan campers kongsikan pengalaman anda di sini.

"Nan senting dilabuhkan,
Nan panjang dikeratkan,
Nan rumping disisipkan."

db6d44d02952bf53868baf358a882ada.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:26 PM | Show all posts
Hutan Lipur Kuala Woh...dengan kawan, jam 12 malam...terjumpa rumah macam istana lama...esok kami tanya guide, dia kata tiada istana @ bangunan di situ

Konon masuk nak mandi jeram...simpan pad dalam plastik letak bawah batu...berhingus masa tu...naik tebing, cari dah tak ada...misteri Nusantara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I just dengar dari cerita org lain y join perkhemahan
Bile malam menjelma, terdengar suara halus lembut dn creepy seakan2 berbisik

"Berkhemah berkhemah"
"Berkhemah sama si nopal"

Share story ni je pun dh meremang bulu roma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:29 PM | Show all posts
Yang ini tak misteri...cuma penat daki Gunung Jerai...surrender kami, tahan jip nak tumpang...rupanya puncak tu just around the corner nyesal tak sudah...camping situ...
sejuk beku...semalam je...pehtu cabut turun dan terus berkhemah di Teluk Bahang pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 11-2-2019 01:57 PM

2010, Gunung L via S, pertama kali mendaki gunung tu, ada satu tapak kosong kami dirikan khemah untuk 6 orang, dalam ketinggian 800 meter.lepas selesai memasang khemah saya naik menelusuri trail, periksa kawasan keliling.

ada satu kali bunyi monyet riuh rendah, dan di depan saya ada sebatang balak besar 1 pemeluk,diandaikan dalam jarak 15 kaki macam tu.tak semena2 ada seekor makhluk turun dari pokok balak tu dan terjun ke lantai hutan.bunyi dia macam durian jatuh ke tanah.saya tak nampak bentuk dia beberapa ketika sampailah belukar tadi bergerak2 dan makhluk tu muncul depan pandangan saya.

ya seekor monyet.monyet yang biasa kita lihat .... tapi .... limited edition punya.

badannya dalam keadaan merangkak berketinggian meja makan, masa dia bergerak di depan saya, saya tak tau nak lari ke tidak, suara saya tersekat di kerongkong.sampai satu masa di berdiri dekat dengan saya, saya rasa si dia penghulu monyet di situ, di atas kepala dia kelihatan bonggol kecil kiri dan kanan berbentuk seakan2 tanduk.saya tak berani nak scan mata dia.

pada saya jika dia kitai saya, yang beratus ekor di atas pokok sana, akan turun juga untuk serta acara kenduri aqiqah.apa yang saya boleh buat, saya berdoa dalam hati, surah al baqarah ayat ayat 18.



saya baca banyak kali, si dia ke kiri dan kekanan menyeringai depan saya, taringnya seperti rottweiler, tapi oanjang sedikit.sepanjang umur saya hidup, tak pernah saya tengok monyet sebesar tu.

diizinkan Tuhan, dia beredar dari tempat saya berdiri.dia tidak berpaling ke belakang, mata dan kepala dia masih memandang saya, ke arah saya.dia hanya mengundurkan badan besarnya je belakang secara perlahan2.saya pula berdiri tegak dan tundukkan kepala pada masa yang sama saya mengerling sedikit pada si dia.

si dia hilang perlahan2 di celah2 belukar.jeritan monyet2 di atas pokok berhenti.saya pulang ke khemah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 11-2-2019 01:58 PM

pendakian Gunung D, turun pada ketinggian 884 Gunung R.perjalanan turun di kaki gunung.masa tu rembang senja dah muncul.

masa turun ada satu tempat balak melintang dalam belukar, ada satu sosok manusia membelakangkan kami.saya ketika itu berjalan paling belakang.apa yang tak syok, saya je yang perasan tentang ni.

badannya seperti manusia, pakai baju dan seluar, tapi duk headbanging macam nak tercabut kepala.masa tu semua bulu kat badan ni berdiri.tapi sebab nak maintain macho, saya buat mimik muka ketika berjalan2 di dalam Aeon Maluri.

hmm .... entahlah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
16 n 17 hb, aku g K2. Siapa2 join boleh lepak sama2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:42 PM | Show all posts
Hulu Langat- ada yang kena rasuk hantu air sebab jam 12 malam pergi duduk tepi sungai...dia kata kacau tempat dia...dah pesan jangan memain kawasan situ...terbang melayang datangnya, sentri yang nampak...mujur ada ustaz boleh pulihkan balik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:54 PM | Show all posts
Pernah pergi hiking kat Bukit P ni. Balik kerja nak let the stress out.

Tempat tu memang sunyi and petang tu agak windy. Then masa nak masuk kat depan tu, terdengar bunyi orang pijak rumput. tapi sedapkan hati  (oh maybe angin or binatang i.e. tupai) teruskan langkah jugak. not long after that  terhidu bau wangi yang semerbak.  scent tu sangat wangi (I cannot explain) terus reverse, chow! haha

sebelum ni, a friend of mine and a group of 4 pergi sana, terjumpa pak cik yang tebas rumput along the path. diorang excited sebab amazed dengan tasek yang biru/hijau dan tenang yang they passed by masa hiking. pak cik tu kongsi " tempat tu mungkin kampung bunian, pernah ada yang tangkap gambar ada kelibat puteri/wanita zaman dahulu in the background"

Tempat tu ada dua gua pun ada kisah mistik tapi tak tau kesahihan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 11-2-2019 01:40 PM
16 n 17 hb, aku g K2. Siapa2 join boleh lepak sama2

eight thousander bukan mudah nak tawan.pergi ke sana mendaki atau melancong?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-2-2019 01:26 PM
Hutan Lipur Kuala Woh...dengan kawan, jam 12 malam...terjumpa rumah macam istana lama...esok kami ta ...

dia hauslah tu cik seri.

Comments

;P  Post time 11-2-2019 02:05 PM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:03 PM | Show all posts
Venice, itali- camping site diceroboh malam-malam, dia toreh khemah dan dapat camcorder dan pouch isi duit salah seorang dari kami...mujur semalam je situ...jenuh juga buat report...No English...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ada technical problem lagi best pengalaman tu.orang panggil nyawa dalam plastik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 02:01 PM
eight thousander bukan mudah nak tawan.pergi ke sana mendaki atau melancong?

Mendaki, kul 3 pagi da start mendaki. Da lama x mendaki. Harap x semput

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:08 PM | Show all posts
Pulau Pangkor-  trek hiking tutup dah 3 bulan...baru buka gatai naik lepas asar nak lewat petang...saya pakat takmo ikut...Derang turun...sorang dah kena rasuk...jenuh cari pak dukun
nak pulihkan...semua ilang, tinggal awak sorang ni yang teman tu lah nasihat taknak dengo...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 11-2-2019 02:08 PM
Mendaki, kul 3 pagi da start mendaki. Da lama x mendaki. Harap x semput

good luck bro.jangan lupa declare equipments and tools.O2 supply, insurance dan sebagainya.equipments sewakan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat UGB, YS, pengalaman tak berapa menyeramkan tapi ada orang terlebih mabuk dan kacau pengembara yang lain. Hantu manusia lebih menakutkan dari hantu-hantu lain. Semua ni dilupakan setelah dapat tengok bintang-bintang di angkasa

428px-Milky_Way_Night_Sky_Black_Rock_Desert_Nevada.jpg
*Gambar google

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 02:11 PM
good luck bro.jangan lupa declare equipments and tools.O2 supply, insurance dan sebagainya.equipme ...

Equipment sendiri je. Semua da prepair cuma mental je blom. Haha. Takut g sana jumpa bunian haruu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
gunung L via A.buka khemah di kaki gunung, masa tu senja, nak maghrib dah.naik atas kat tempat balak jatuh melintang atas air terjun tu.kedalaman air 8 ke 9 kaki.saya mandi nak refresh.tengah best menyelam timbul menyelam timbul, saya tak perasan ada seorang (orang asli) berdiri di atas balak tu.

dia senyum tengok saya.dia beritahu saya, yang dia nak buang sesuatu.saya balas kalau nak buang, buang jauh sikit, sebab saya nak mandi.saya fikir dia nak berry.

dia kata saya nak buang ilmu ni, saya dah tak pakai.kalau awak nak saya turunkan sekarang.saya tanya ilmu apa .... dia panggil saya naik dan saya naik di atas balak tu di sisi dia.dia pandang ke air.saya pandang dia.rupa2nya dia tunggu riak air hilang.

lepas riak air hilang, dia mencangkung begitu juga dengan saya, lepas tu dia tumbuk perlahan atas permukaan air.bila dah ditumbuk air tu, mesti ada riak air wujudkan?maka riak air tu bergerak sehingga melanggar satu batu dan riak air tu pecah ....

dan bersambung semula melepasi batu tadi.saya kata terima kasih kepada dia.saya minta diri nak balik khemah.sarung selipar terus blah.

apa ilmu kau nak bagi aku chaaa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 11-2-2019 02:15 PM
Equipment sendiri je. Semua da prepair cuma mental je blom. Haha. Takut g sana jumpa bunian haruu

ikut mana er bro?checkpoint awak jumpa bottleneck tak?bunian takpe.jangan hipotermia .... tapi k2 dengan everest memang sesak.ramai hikers kat sana lagi2 summer accents.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 03:07 PM | Show all posts

errrr.. alhamdulillah..sebelum ni gi hiking, climbing, camping tak pernah lalui pengalaman yang menakutkan..
cuma ikut petua dan nasihat orang tua-tua..
hormat hutan, hormat alam sekitar dan jangan cakap besar, inshaAllah kita selamat..
pengalaman pelik satu je i mesti kena..
pelik bila rasa menyesal masa mendaki tapi hilang bila tiba kat puncak..
then kena sekali lagi bila nak turun pastu hilang juga bila dah sampai ke pangkal
pengalaman yang paling ngeri, rasa nak kencing and terber ber masa mendaki..
dah la payah nak kena cangkung bagai..
takut orang nampak lagi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
LEDANG: "Semua panca indera saya sudah melalui. Telinga saya sudah mendengar, mata saya sudah melihat, hidung saya sudah menghidu dan kulit saya sudah merasainya," kata Penolong Pengurus Taman Negara Johor, Muhazam Syah Hambar, mengenai pengalaman misteri di Gunung Ledang.

Beliau berkata, bagi sesetengah pihak pengalaman itu mungkin menyeramkan, namun seperti pepatah 'alah bisa tegal biasa', perkara itu menjadi biasa kepada kakitangan Taman Negara Gunung Ledang.

"Pernah ketika menyertai satu ekspedisi, saya ternampak apa yang orang di sini panggil bebola api dengan bentuknya seperti cerita 'Lord of the Rings' yang merah menyala menyebabkan saya terpaku sebelum ia menghilang begitu sahaja.

"Saya pernah tercium bau harum seperti minyak wangi sebelum bau semakin hilang seolah-olah seseorang yang memakai wangian berjalan berhampiran saya," katanya.

Muhazam Syah berkata, beliau pernah mendengar bunyi alat muzik seperti kompang dan seruling di tengah hutan seperti berada dalam majlis keraian.

Beliau juga kerap terasa dicuit atau orang menepuk badannya seperti orang bergurau sedangkan ketika itu beliau berseorangan.

"Kadang-kadang rasa seram juga tetapi bila sudah selalu berlaku, jadi biasa pula, malah usikan itu kadang-kadang seperti kasar dan ada juga ketikanya seperti lembut sahaja," katanya.

Muhazam berkata, perkara paling aneh yang dihadapinya ialah apabila seorang lelaki yang bersuara seperti beliau menghubunginya dan apa yang diceritakan dalam perbualan itu sama dengan apa yang dilakukannya pada masa itu.

Selain itu, beliau mendakwa ada pengunjung yang menemui pelbagai objek, termasuk keris, besi kuning dan batu cincin ketika mendaki gunung terbabit, selain ada yang tidak berani mengambilnya kerana bimbang berlaku sesuatu yang buruk.

"Pernah seorang lelaki merayu supaya membenarkannya mendaki Gunung Ledang untuk menghantar kembali barang yang diambilnya dahulu," katanya.

Muhazam Syah berkata, gangguan yang pernah ditempuhi olehnya sebelum ini boleh dikatakan sudah tiada lagi mungkin disebabkan beliau sudah lama bertugas di kawasan berkenaan dan boleh dianggap sebagai penghuni tetap.

Pengurus Taman Negara Johor, Herman Riswan, berkata 1,001 kisah misteri yang dikaitkan dengan Gunung Ledang menjadikan gunung itu tumpuan pengunjung, namun tarikan gunung itu juga adalah disebabkan keindahan alam sekitar dan pengalaman menakjubkan yang ditawarkan kepada pengunjung.

Peluang mendaki puncaknya menjanjikan pengalaman menarik apabila pengunjung berpeluang menikmati pemandangan matahari naik dan jika cuaca baik, mereka boleh melihat panorama Selat Melaka sehingga ke kepulauan Sumatera di Indonesia di samping mengunjungi lokasi mitos di sekitarnya.

Walaupun ketinggian Gunung Ledang hanya 4,187 kaki (1,276.2 meter) dari aras laut, pendakiannya dikatakan antara yang paling sukar dan mencabar kekuatan fizikal serta mental.

Laluan pendakian ke puncak Gunung Ledang juga mempunyai nama tersendiri seperti Taman Bonsai kerana mempunyai banyak pokok bonsai, bukit botak, gua kambing, sungai segi tiga dan batu hampar, selain kawasan perkhemahan di Kolam Puteri dan Kolam Gajah.

Kata Herman, gunung itu mempunyai beberapa lokasi yang sering dikaitkan dengan mitos dan misterinya yang tersendiri seperti Jeram Bertapak yang dikatakan mempunyai batu dengan kesan tapak kaki manusia lama dengan saiz sebesar dua tapak kaki manusia biasa.

Selain itu, katanya, Jeram Gopong di anak gunung di kawasan itu yang lebih dikenali sebagai Gunung Petaling Jantan dikatakan menjadi lokasi tujuh puteri turun mandi pada setiap kali bulan penuh pada awal pagi.

Beliau berkata, Gunung Kirai di gunung itu juga dikatakan menjadi lokasi kediaman Puteri Mayang Mengurai yang mempunyai rambut yang sangat panjang.

"Namun yang sering menjadi tumpuan ialah Puncak Mahligai yang dikatakan tempat bersemayamnya Puteri Gunung Ledang bersama dayangnya.

"Menurut cerita, di Puncak Mahligai inilah tempat di mana Tun Mamat, utusan Sultan Melaka bertemu dengan Puteri Gunung Ledang yang menyamar sebagai nenek tua.

"Di sini jugalah dipercayai lokasi Tun Mamat menyampaikan hasrat Sultan dan turut menerima syarat pelik yang diminta oleh si puteri," katanya.

Herman berkata, sebuah lagi kawasan yang agak mendatar yang dikenali sebagai Plento pula dipercayai lokasi Puteri Gunung Ledang menaiki kuda terbang miliknya selepas bertemu dengan Moyang Hilang atau turut dikenali sebagai Moyang Neekah.

"Moyang Hilang ini dipercayai orang pertama yang bertemu dengan ketujuh-tujuh puteri ini. Namun, disebabkan niat dan hajat yang kurang baik menyebabkan si puteri kemudiannya melarikan diri dan beliau tidak dapat bergaul lebih lama dengan mereka," katanya.

Herman berkata, selain itu, lokasi berhampiran tiang pemancar telekomunikasi berhampiran puncak Gunung Ledang juga mempunyai misteri tersendiri apabila dikatakan terdapat sepasang ular sawa yang besar iaitu ular jantan tinggal di kawasan matahari terbenam dan yang betina pula di kawasan matahari terbit.

"Ada kisah legenda mengatakan suatu hari nanti, kedua-dua ular ini akan muncul sehingga menyebabkan Gunung Ledang runtuh dan air yang terdapat di dalamnya akan memancut keluar sehingga menenggelamkan bandar Tangkak yang terletak di kaki gunung," katanya.

* Perbetulkan niat, patuhi pantang-larang jika ke Gunung Ledang. Itu pesanan yang sering kali disampaikan kepada pengunjung jika tidak mahu mengalami kejadian tidak diingini ketika mengunjungi gunung yang sarat 1,001 kisah misteri. Ikuti kisah seterusnya, esok.

Sumber : Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 06:22 AM
gunung L via A.buka khemah di kaki gunung, masa tu senja, nak maghrib dah.naik atas kat tempat balak ...

Apsal tak ambil? Mana tau jadi seperti badang ke, boleh berlakon dalam filem datuk terlajak laris
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053680s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list