View: 1222|Reply: 6
|
[Dunia]
Polis Indonesia Mohon Maaf Guna Ular Takutkan Suspek
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Polis Indonesia memohon maaf dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawainya yang melilit ular hidup di leher suspek untuk menakutkannya supaya membuat pengakuan ketika soal siasat di Papua.
Insiden itu menjadi tular di internet selepas satu rakaman video menunjukkan suspek yang didakwa mencuri telefon bimbit itu menjerit ketika ditakutkan dengan ular oleh seorang pegawai polis.
Dalam rakaman video itu juga, terdapat suara seseorang mengarahkan suspek membuka mata dan mengancam untuk menyumbat ular terbabit dalam mulut dan seluarnya.
Ketua Polis Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya berkata, tindakan itu amat tidak profesional dalam melakukan soal siasat dan pihaknya memohon maaf.
Katanya, ia adalah tindakan yang diambil oleh pegawainya sendiri untuk memaksa suspek membuat pengakuan dengan menggunakan ular tidak berbisa dan jinak.
“Kita sudah mengambil tindakan tegas terhadap pegawai itu,” katanya
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 4:41 PM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-2-2019 08:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Suspek dililit ular hidup di leher dan pinggang |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku ok jah.. hanye ular jah yg kenai ular.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dkt ahlong lg ganaz. Kena cabut kuku. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-2-2019 10:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Depa ni pun. Melebih lebih juga ada kalanya. Dibuatnya masa melilit tu laki tu dililit sampai mati. Tak memasai polis ni sabit kes lain pulak. Jinak ka apa ka cukup masa datang gilo ulaq ni dia ngap juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|