JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
267
View
0
Reply

[Tempatan] PENGUMUMAN: Setakat terima ijazah kedoktoran kehormat tak perlu kemaruk pakai gelaran "Dr"

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Ramai, termasuk ahli politik salah guna pangkat Dr
February 12, 2019 1:30 PM


GEORGE TOWN: Keghairahan memiliki kelulusan tinggi mendorong ramai rakyat Malaysia beralih kepada institusi pendidikan diragui, tanpa menyedari ijazah mereka tidak berguna untuk jangka panjang, kata seorang ahli akademik.

Mohamed Ghouse Nasuruddin dari Universiti Sains Malaysia berkata, mengejar sijil kelulusan tidak mencerminkan sikap mendahagakan ilmu.

Katanya, ini boleh dilihat daripada hakikat banyak kursus ditawarkan universiti tempatan didapati tidak popular.

Usaha mendapatkan ilmu kurang, tapi usaha mendapatkan ijazah memang banyak, katanya kepada FMT.

Ghouse menyentuh tanggapan sesetengah orang yang percaya mereka berkuasa dengan adanya segulung ijazah.

Ia memberi anda persepsi atau rasa mempunyai kuasa, memiliki ilmu untuk command (mengawal) atau layak memegang sesuatu jawatan.

Pada masa sama, katanya, ijazah kedoktoran kehormat juga disalahgunakan.

Beliau berkata, ramai penerima ijazah kedoktoran kehormat, termasuk ahli politik menggunakan gelaran Dr pada nama mereka, walaupun mereka tidak sepatutnya berbuat demikian.

Ahli akademik bekerja keras untuk mendapat ijazah kedoktoran, mereka ini selitkan Dr begitu sahaja dalam nama hanya kerana ada universiti hulu memberikannya kepada mereka dan tiba-tiba mereka menjadi intelektual.

Ghouse berkata, tidak sukar mendapatkan gelaran dari segi akademik pada masa ini.

Sesetengah ahli politik atau tokoh korporat mencari orang untuk melakukan tugasan mereka. Mana mereka ada masa untuk belajar dan membuat penyelidikan?

Anda dapatkan orang lain tulis tugasan anda, letak nama anda pada kertas kursus dan kita melahirkan pemegang diploma serta ijazah.

Katanya, sikap mengejar ijazah ini menimbulkan masalah graduan tidak dapat mengisi keperluan pasaran, sama ada dalam sektor korporat atau kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, masalah bukan dalam kalangan graduan sahaja kerana ia sudah berakar dalam sistem universiti.

Beliau menyifatkan sesetengah institusi pengajian tinggi tempatan sebagai kilang pembuatan yang ghairah dengan ranking dan keuntungan.

Bagi Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tindakan membeli ijazah berbanding belajar bertahun-tahun nampaknya semakin diterima rakyat Malaysia.

Katanya, mereka yang tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh mendakwa mempunyai ijazah.

Beliau berkata, ijazah kini menjadi perhiasan serta alat untuk meningkatkan imej seseorang.

Membeli ijazah bergantung kepada tahap kekayaan anda dan tiada kaitan dengan kebolehan akademik seseorang.

Katanya, walaupun Malaysia mempunyai lebih 20 universiti awam, ramai memilih tidak mendaftarkan diri mengikuti kursus diiktiraf.

Shamsul Amri berkata, 5 universiti awam diberikan status penyelidikan, dengan kualiti ijazah lebih tinggi daripada institusi bukan penyelidikan.

Bagi universiti swasta pula, katanya, terdapat jurang besar antara institusi pendidikan terbaik dan paling lemah.

Sebagai contoh, (universiti swasta) terbaik membina intrastruktur fizikal dan bukan fizikal kekal sendiri, manakala yang terburuk hanya mampu menyewa rumah kedai 2 tingkat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043058s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list