JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
476
View
12
Reply

[Tempatan] Ahli politik tak fikir dulu sebelum bercakap, hujung-hujung salahkan media. Salah lapor!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Jangan salahkan media apabila politikus celopar
February 12, 2019 1:45 PM

Saya agak terganggu dengan beberapa hantaran media sosial pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menyalahkan media kerana sering menyiarkan artikel dikatakan sensasi. Mereka turut berhujah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan media tidak boleh dibiarkan terlalu bebas dan perlu dikawal kerajaan yang dipilih rakyat.

Seruan terhadap Akta Anti-berita Tidak Benar turut berkumandang C katanya baik untuk memastikan media tidak melaporkan berita yang semborono atau palsu.

Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak wajar wujud, terutamanya daripada mereka yang konsisten menyatakan rakyat telah memilih Malaysia Baru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mengawal media dengan erti kata menentukan mana yang sensasi, betul, beretika dan seumpamanya bukanlah kriteria Malaysia Baru, tapi Malaysia pilu.

Warga media tanpa mengira jenis, ideologi dan gaya harus mempertahankan kedaulatan media, terutamanya selepas PRU14 C pada saat demokrasi di Malaysia kurang sihat akibat defisit semak imbang.

Kalau tak ada angin, pokok tak akan bergoyang

Kebanyakan pimpinan PH yang melatah adalah mereka yang menjadi mangsa kesensasian laporan media. Mereka menuding jari kepada media kerana dikatakan media cuma mahu memilih tajuk sensasi dan hanya mahu menulis laporan yang boleh menjatuhkan kredibiliti mereka.

Bagi saya, hujah seperti ini cukup dangkal. Pada asasnya, media menulis berita berasaskan kejadian atau ucapan sebenar seseorang. Melainkan media itu berhajat disaman, boleh dikatakan apa dilaporkan mereka adalah perkara yang sememangnya berlaku.

Bagaimana media melaporkannya atau kandungan apa yang mahu diambil, terpulang kepada mereka. Selalunya bergantung kepada nature media tersebut, jika mereka mesra pembangkang sudah tentu mereka bekerja keras mencari kesalahan yang boleh dieksploitasi.

Oleh itu, tugas anda sebagai politikus ialah berhati-hati dan responsif. Jika terdapat laporan mengelirukan, segeralah menjawabnya dengan tegas.

Adakah individu-individu ini ingin kerajaan melakukan micro-manage dengan memberikan tajuk, mengawal selia artikel atau melantik pasukan editorial kerajaan? Bunyinya sahaja sudah cukup mengarut.

Saya membaca banyak laporan nakal terhadap pimpinan PH, kebanyakan laporan itu terhasil kerana kenyataan mereka sendiri. Mengambil contoh kenyataan Maszlee Malik ingin memasukkan skandal 1MDB dalam sukatan pelajaran sejarah, dia memang berkata begitu.

Begitu juga isu hartawan Arab yang disebut Khalid Samad. Adakah dalam kes ini media juga yang salah atau memang politikus yang celopar?

Akta Anti-berita Tidak Benar

Sebagai orang yang waras, sudah tentu kita tidak mahu membaca berita palsu dan berusaha membendung berita palsu. Namun, permasalahan Akta Anti-berita Tidak Benar akan berbalik kepada satu soalan fundamental C siapa yang akan menentukan berita palsu?

Lupakah kita bagaimana peranan besar Sarawak Report dalam membongkar dan menyedarkan rakyat tentang isu 1MDB? Lupakah kita bagaimana Sarawak Report pernah dihalang aksesnya di Malaysia kerana dikatakan menyiarkan berita palsu atau boleh menggugat keharmonian negara? Saya tidaklah terlalu menggemari Sarawak Report, tapi ia adalah contoh paling mudah.

Kita bimbang jika apa-apa kritikan, pertanyaan atau dakwaan terhadap kerajaan akan dilihat sebagai fake news. Tambahan, kita memiliki banyak akta yang boleh digunakan untuk menghadapi laporan berita palsu, bahkan telah beberapa kali digunakan C contohnya saman fitnah.

Lebih aneh, kebanyakan pemimpin bercakap mengenai Akta Anti-berita Tidak Benar merupakan mereka yang menentangnya. Sikap seperti ini kelihatan menjadi kegemaran beberapa individu dalam PH C bangkang ketika menjadi pembangkang, sokong ketika menjadi kerajaan. Ia tidak konsisten dan memalukan.

Baiki prestasi PH

Hujah kerajaan masih baru tidak boleh lagi dijadikan alasan oleh pimpinan PH yang mahu menjerut media. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi dungu kerana kemahiran berdepan media boleh dipelajari dalam tempoh singkat. Kita tidak perlu tunggu hutang negara berkurangan untuk berbuat demikian.

Saya mahu kerajaan hari ini berjaya, saya benar-benar mahu. Keberanian rakyat menukar kerajaan perlu diberikan penghargaan. Tiada penghargaan yang lebih besar daripada menjadi kerajaan baik dan mengutamakan isu periuk nasi rakyat.

Rahman Imuda ialah bekas aktivis mahasiswa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:07 PM | Show all posts
tarak otak camner nak berfikir



Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:12 PM | Show all posts
intornet tak ponah lupo....bahwo dwdrum aka dwdumbass PORCAYO akan TEORI SAINS bahawa manusio tiu borasal dari jubor boruk.....biasolah ponjubo etis..somuonyo sains...wakakakakakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah belajar pun x pandai. ..sekolah pun x de degree. ...hehe amponn
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:21 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 12-2-2019 02:12 PM
intornet tak ponah lupo....bahwo dwdrum aka dwdumbass PORCAYO akan TEORI SAINS bahawa manusio tiu bo ...

BETUL  ke forumer tu adalah acong sewel???   
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 12-2-2019 09:21 PM
BETUL  ke forumer tu adalah acong sewel???

skrg yg gemok sorg tu la... dah bgtau benda btul... ujung2 cite psl lobai hahs
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lobai porn sudah ketagih duboq beruk beranak ....lobai ingat porn kah ? .......hoh hoh hoh

kalau acong jadi i ....acong kena jadi pondan sebab i tidak sanggup jadi pengkid ........ bodoh punya lobai
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:57 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 12-2-2019 09:21 PM
BETUL  ke forumer tu adalah acong sewel???

sapo? dwdumbass aka dwdrum tu? acong sewel tu sepet mano pulak? yang eden pasti...dwdumbass aka dwdrum tu dah declare...dio PORCAYO TEORI SAINS MANUSIO ITU BORASAL DARI JUBOR BORUK...jadi eden nak tanyo la kawan2 sokalian dokek sini..nak porcayo ko teori kotor manusio borasal dari jubo boruk tu? abangberukz aka abangbikerz dah lamo porcayo...wakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 12-2-2019 02:28 PM
Dah belajar pun x pandai. ..sekolah pun x de degree. ...hehe amponn

Hahahaha betul sekali ni

Salahkan orang pandai pulak tak perlukan degree
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:15 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 12-2-2019 09:57 PM
sapo? dwdumbass aka dwdrum tu? acong sewel tu sepet mano pulak? yang eden pasti...dwdumbass aka dw ...

Acong tu pun kepala etis sewel ci juga beberapa tahun lepas.  Konon pejuang lah.   Gila betul.... wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:17 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 12-2-2019 09:30 PM
lobai porn sudah ketagih duboq beruk beranak ....lobai ingat porn kah ? .......hoh hoh hoh

kalau  ...

Kau tak malu ye berselindung di sebalik kulit2.  Wakakaka.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 12-2-2019 07:17 AM
Kau tak malu ye berselindung di sebalik kulit2.  Wakakaka.

sebab i bukan acong ....tidak malu kah.... nama kuat agama tapi kuat fitnah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:18 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 12-2-2019 11:18 PM
sebab i bukan acong ....tidak malu kah.... nama kuat agama tapi kuat fitnah?

WAKAKAKA.  etis sewel malu2 lembu pulak nak mengaku...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055391s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list