JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
252
View
9
Reply

[Tempatan] PM Tidak Gembira Prestasi Kabinet PH: A Kadir Jasin

 Close [Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI | 12 Feb 2019

A Kadir Jasin
A A
SHAH ALAM - Langkah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi kerana beliau tidak gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet, kata Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.

Menerusi catatan blognya, A Kadir berkata, realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan PH belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata.

"Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmatan awam.

"Boleh kata setiap kali beliau (Dr Mahathir) bersemuka dengan orang ramai dan wartawan beliau ditanya berkenaan ketidakcekapan menteri, menteri yang amat jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik berswafoto (selfie) dengan pegawai-pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui dan menteri yang tidak bercakap benar mengenai hal-hal peribadi. " katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, yang bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi serta kewangan dan kebajikan rakyat.

Katanya, beliau melihat dengan mata kepala sendiri menteri yang disambut macam raja oleh pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka.

"Kalau setakat hendak disambut dan makan bersama pegawai kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar bandar atau ke rancangan Felda.

"Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda, Felcra atau kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun kecil, nelayan dan peniaga. " katanya.

Justeru itu beliau menasihati menteri Kabinet agar mengurangkan atau berhenti berswafoto dengan kakitangan sendiri dan membuat tampalan Facebook, Twitter atau Instagram yang remeh-temeh.

"Kalau boleh atau kalau berani, tolong kawal anak bini supaya tidak hebahkan gambar dan cerita kemewahan melancong ke pergunungan Alps, menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo," katanya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan kerajaan PH bahawa media sosial yang membantu kemenangan PH akan menjatuhkan PH kalau menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buat kerja tidak senonoh, tidak cekap dan tidak mesra rakyat.

"Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan Perdana Menteri menyelesai dan membersihkan semua najis yang dibuat oleh menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri.

"Baliklah selalu ke kawasan atau ke negeri dan kurangkanlah sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidaklah dituduh malas atau curi tulang. " katanya lagi.

Comments

FC tutup Thread ni yer .. sebab dah ada Thread sama lebih awal. https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1146343&extra=page%3D1  Post time 12-2-2019 03:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:25 PM | Show all posts
menteri yg lost in action sekarang adalah...
din ketapi..

mana fungsi menteri pelancongan nih yer??

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sangat kecewa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:27 PM | Show all posts
bukan tak puas hati, ni level darah tinggi dah ni hahahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg btl pon .. ambik cth bersatu sbb aku follow geng bersatu. Kuat sefie sungguh, bila geng2 bersatu jgk tegur depa sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:29 PM | Show all posts
eleh kadir jasin ... ko sebut jer la 8 menteri pakai sijil fake kan senang .  tang mana kompetennya klu akademik qualification pun tipu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jatuh kredibiliti atuk. Kasihan atuk. Lain kali jangan terlalu mendongak ke langit. Bimbang tersungkuq. Hang mesti tak expect kan hang diberi peluang bersama barisan kabinet yang biul biul belaka

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri mana yg selfie ngan pegawai sendiri
dan yg gi melancong naik jet peribadi
ke pergunongan alps bwk anak bini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai2 khas ni byk yg kerek. Bila org bengang ngn hg, xdpt kenakan hg depa kenakan bos hg. Bila bos hg jtuh dgn hg, jatuh. Tahap perasan tu x terbendung, pdhl bila tun trn nnt bos hg semua kena kick la. Igt bang non nk simpan ka org tun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061466s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list