CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 919|Reply: 4

[Tempatan] Cemburu Buta : Bantai Isteri Sampai Mati

[Copy link]
Post time 12-2-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Izlaily Nurul Ain Hussein

Lokasi insiden suami memukul isteri sehingga maut di Taman Banang, Batu Pahat. FOTO Ihsan PDRM
BERANG terserempak isterinya berjalan dengan lelaki lain menjadi punca seorang lelaki memukul teruk wanita itu di seluruh tubuh sehingga mati.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, polis menerima maklumat daripada petugas Wad Kecemasan, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, berhubung kematian mangsa ketika mendapatkan rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mangsa yang juga warga Myanmar dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami kecederaan pada tubuhnya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Bertindak atas maklumat, kami memberkas seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang juga pengurus premis tempat mangsa bekerja.

“Hasil soal siasat, kami menahan lelaki warga Myanmar berusia 22 tahun dipercayai suami mangsa.

“Kedua-dua tangkapan dilakukan sekitar Taman Soga, Batu Pahat,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Azhan berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan fizikal dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian.

Hasil siasatan awal, katanya, kejadian berkemungkinan berpunca daripada perasaan cemburu suspek terhadap isterinya.

“Mangsa sudah berkahwin hampir setahun lalu, namun dikatakan keluar bersama seorang lelaki sebelum dilihat suaminya.

“Berlaku pertengkaran antara pasangan itu sehingga suspek bertindak memukul isterinya di tempat mereka bekerja di sebuah rumah kedai di Taman Banang,” katanya.

Menurut Azhan, akibat insiden itu, mangsa lebam hampir keseluruhan badan, termasuk pada kepala hingga menyebabkannya tidak bermaya.

“Suami mangsa dengan bantuan pengurus kedai menghantar mangsa ke HSNI untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan polis.

“Kes dianggap selesai dengan tangkapan yang dibuat ke atas suspek utama iaitu suami mangsa,” katanya.

Katanya, kedua-dua lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat esok untuk mendapatkan permohonan reman.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 7:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 09:06 PM | Show all posts
pengurus tu ke jln ngn si mati ni?

konfuse aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaitan si lelaki tempatan berusia 48 tahun pengurus premis tempat mangsa bekerja dengan kes bunuh mangsa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaitan dgn pgurus tempatan tsebut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun keliru dengan ayat berita ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062535 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list