CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4829|Reply: 29

[Tempatan] Ibu Jamaluddin Jarjis Saman 2 Cucu Isu Harta Pusaka

[Copy link]
Post time 12-2-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
12 Feb 2019, 4:35 petang (Dikemaskini 12 Feb 2019, 4:35 petang)

A A
Aminah Abdullah yang merupakan ibu kepada bekas anggota parlimen Rompin Allahyarham Jamaludin Jarjis, memfailkan saman terhadap dua orang cucunya berhubung kegagalan mereka memasukkan syer tiga buah syarikat dalam senarai aset harta pusaka dianggar bernilai RM1.3 bilion.

Aminah, 85, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Jan lepas menerusi Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik, dengan menamakan Nur Anis Jamaludin, 34, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 32, sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 April untuk pengurusan kes saman berkenaan di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril.

Peguam Aqilah Pawancheek yang mewakili Aminah memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norliza Hussin di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam penyataan tuntutannya, Aminah mendakwa defendan pertama dan kedua sebagai pentadbir bersama harta pusaka Jamaludin (simati) gagal memasukkan syer tiga syarikat sebagai aset harta pusaka di dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir sewaktu kematian simati pada 4 April 2015 dan gagal memasukkan syer itu di dalam tanggungan sejak 6 Julai 2017.

Aminah juga mendakwa kedua-dua defendan gagal memasukkan syer tiga syarikat iaitu syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd, Ivory Insight Wawasan Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka simati dan dibuat dengan tujuan menafikan hak dan kepentingan plaintif sebagai benefisiari harta pusaka si mati.


Plaintif juga mendakwa kedua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154, dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaludin, dan gagal memberi maklumat berhubung dengan harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan sebuah apartmen di Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta ke dalam senarai aset yang dilampirkan bersama surat pentadbiran.

Defendan kedua juga didakwa gagal memaklumkan kepada plaintif bahawa beliau telah memperolehi sijil faraid bagi harta pusaka daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Okt 2016.

Kedua-dua defendan juga didakwa meminta plaintif menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan berkaitan permohonan kedua-dua defendan untuk geran surat kuasa mentadbir harta pusaka simati dan satu ikatan perkiraan keluarga, tanpa plaintif diberi peluang mendapatkan nasihat undang-undang di mana defendan-defandan mengetahui bahawa Mohd Najib Hussain adalah peguam plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut namanya dimasukkan dalam senarai pentadbir bersama harta pusaka kerana Aminah sebagai ibu kandung yang sah kepada si mati mempunyai kepentingan dalam harta pusaka.

Beliau juga menuntut defendan pertama dan kedua membayar dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dari pegangan syer tiga buah syarikat itu ke dalam akaun plaintif dalam tempoh 21 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 10:35 PM | Show all posts
ibu arwah memang berhak menuntut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berani nak komen lain. Moga kita bersangka baik, kemungkinan nenek ni tak nak cucunya mengambil yang bukan hak, kerana nak selamat urusan di akhirat nanti.

Faraid tetap faraid.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm semoga ada penyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bahagian rezeki nenek dia sendiri pon dia nak sailang. betullah orang kata anak orang umngok memang ramai yg tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 12-2-2019 11:58 PM
bahagian rezeki nenek dia sendiri pon dia nak sailang. betullah orang kata anak orang umngok memang  ...

harap2 harta ni sume dh bayar zakat dgn income tax... klu x melopong la nenek ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah hak nenek.kena lah bagi. Jangan tamak sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 12-2-2019 11:58 PM
bahagian rezeki nenek dia sendiri pon dia nak sailang. betullah orang kata anak orang umngok memang  ...

nenek tu bukan kesah sgt dah harta dunia. ada la adikberadik jj yg panas ponggong tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 12-2-2019 11:58 PM
bahagian rezeki nenek dia sendiri pon dia nak sailang. betullah orang kata anak orang umngok memang  ...

nenek tu bukan kesah sgt dah harta dunia. ada la adikberadik jj yg panas ponggong tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:54 AM | Show all posts
umur 85 nak rebut harta? biasa orang tua2 cmni dah tak amek port dah pasal harta, semua pk mati je.
I syak adik2 JJ yang influence mak dia supaya tuntut. sbb nanti mak tu mati, harta tu pindah ke anak2 pulak kan?

sedih bc berita ni..org tua jadi boneka.

harta tu kalau salah guna, Allah akan bg balasan..lg2 skrg..cash!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 12-2-2019 11:58 PM
bahagian rezeki nenek dia sendiri pon dia nak sailang. betullah orang kata anak orang umngok memang  ...

Harta pun sumber tak jelas, lebih pada harom jah... kalau company Jarjis tu MNC ka, logik lar ada reta peribadi sampai 1billion.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila harta dari sumber tak berkat, ini lah jadinya... So cash lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:51 AM | Show all posts
umur ialah angka bhai.. angka tak melucutkan hak seseorang terhadap sesuatu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 13-2-2019 12:08 AM
nenek tu bukan kesah sgt dah harta dunia. ada la adikberadik jj yg panas ponggong tu

Logik gak sbb bila nenek mati otomatik bhgn harta nenek jd harta pusaka utk anak2 nenek plak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah jj ni ade anak lelaki so kalau ikut faraid mak dan ayah jj jelah ade bhgn sementra adik badik jj mmg takde bhgn dorang.

Apapun dlm dunia jarang sgt pemeli baik sebelah ibu ataupun bapa kita nak lepaskan harta adik badik dorang biar dimakan ank bini arwah tu je.

Mujurlah adik badik arwah abah mahupun arwah mak iols mmg tak amik tau pasal harta mak pak kami lgpun kami ade sorang adik badik lelaki.
Kalau tade mungkin dorang pun masuk campur kot.


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cikrosienona replied at 13-2-2019 12:54 AM
umur 85 nak rebut harta? biasa orang tua2 cmni dah tak amek port dah pasal harta, semua pk mati je.
...

Betul. Dgn umur mcm tu xdenya dia heran sgt. Melainkan ank2 yg lain duk masuk jarum.,,, yelah dh mati maknya nanti dpt la kt dorang harta2 tu semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 10:27 AM | Show all posts
Kasehan.dengamn kerusi roda,keluar masok mahkamah

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:38 AM | Show all posts
dah memang hak ibu kepada arwah pun, biar lah dia nak tuntut. hak dia pun 1/6 je. pastu kalau anak2 nenek ni berangan nak merasa pun, kene share jugak sesama sendiri

yang pemegang amanah pun, kena masukkan semua sekali aset si mati... kalau dah tercicir satu, jenuh laa bahagi2 balik.. dah tu siap suruh nenek sign surat penolakan perikatan perkiraan keluarga, kuajaqqq sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:41 AM | Show all posts
mak dia ada hak kan...
biar la dia tuntut...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:48 AM | Show all posts
ironinya bila harta si datuk boleh difaraidkan kepada si bapak. tapi hak si nenek keatas harta bapak di nafikan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.071901 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list