CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1684|Reply: 9

[Tempatan] 32.6 juta penduduk Malaysia suku keempat 2018. Daripada jumlah itu 16.8 juta ada

[Copy link]
Post time 12-2-2019 11:41 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun keempat (ST4) 2018 dianggar 32.6 juta, meningkat sebanyak 1.1 peratus berbanding 32.2 juta pada ST4 bagi tahun 2017, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata daripada jumlah itu, 16.8 juta adalah lelaki dan 15.8 juta perempuan.

“Selangor mencatat komposisi penduduk paling tinggi iaitu 6.5 juta penduduk dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatat komposisi penduduk terendah iaitu 91,900 penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata laporan berkaitan Perangkaan Demografi bagi ST4 2018 itu memaparkan jumlah penduduk, kelahiran hidup dan kematian pada suku tahun keempat (Oktober-Disember) 2018.

Sebanyak 127,400 kelahiran hidup dilapor pada tempoh sama, turun sebanyak 2.5 peratus berbanding 130,600 kelahiran hidup sepanjang ST4 2017.

“Sejumlah 65,800 bayi lelaki dan 61,600 bayi perempuan dilahirkan pada ST4 2018. Purata bilangan kelahiran hidup bagi ST4 2018 adalah 42,500 sebulan.

“Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 25,600 kelahiran (20.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kelahiran hidup terendah iaitu 420 kelahiran (0.3 peratus) bagi suku tahun itu,” katanya.

Selain itu, Mohd Uzir berkata sebanyak 41,400 kematian direkodkan bagi ST4 2018, turun sebanyak 1.9 peratus berbanding ST4 2017 iaitu sebanyak 42,200.

“Sejumlah 23,800 kematian adalah lelaki sementara 17,600 kematian adalah perempuan. Purata bilangan kematian pada ST4 2018 adalah sebanyak 13,800 sebulan. Bagi tempoh yang sama, Selangor mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu 6,700 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah iaitu 58 kematian,” jelasnya. – BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 11:47 PM | Show all posts
ramai jantan2 yang dah potong jadi ponjubor lgbt macam juborix pun urang parampuan tak cukuik banyak laie ko....wakakakakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya laki nak kawen ramai sbb pompuan ramai akhir zaman x valid la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ramai perempuan tak laku jua kata ipan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:06 PM | Show all posts
onexox97 replied at 13-2-2019 12:09 PM
Maksudnya laki nak kawen ramai sbb pompuan ramai akhir zaman x valid la

tentera apa ni?
bertahun org awam tau mat sabu tkde sijil apa2

kamu claim tentera, tapi berita cmni bru tau? mcm budak2 BBNU la plak..
mana letaknya inteligen kamu ni?, baik tak payah jadi tentera la
isu semasa pun failed, camni ke nk diharapkan lawan musuh?

bab mudah cmni pun gagal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:10 PM | Show all posts
onexox97 replied at 13-2-2019 12:09 PM
Maksudnya laki nak kawen ramai sbb pompuan ramai akhir zaman x valid la

kiraan cmtu tk betul, jumlah lelaki dlm statistik tu dikire dari bayi smpaila org tua..
kene kira lelaki yg btul2 jadi lelaki 'yg mmpu bayar bil, bagi nafkah, brtgjwb, xde rekod jenayah, bagai'
silap2 jumlah lelaki tu separuh dari pmpn yg layak dikawin

tu belum lagi laki2 jenis ni mati kemalangan, maut ditempat keje, MIA ke apa,
atau ada penyakit kronik, psl org lelaki biasanya cepat mati dari org pmpn , pi tgk kampung masing2, yg byk balu ke duda yg kematian suami.


lagila smakin kecil bilangannya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Transgender berapa %? Yg ni dah merugikan negara!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 13-2-2019 12:09 PM
Maksudnya laki nak kawen ramai sbb pompuan ramai akhir zaman x valid la

X valid
Mak mentua ai ke hulu ke hilir ratib fakta kuno ni nk menghalalkan kebirahan saudara2nya
La ni boleh ai setepek kat muka dia fakta baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 05:01 PM | Show all posts
Edited by brego at 13-2-2019 05:12 PM
onexox97 replied at 13-2-2019 12:09 PM
Maksudnya laki nak kawen ramai sbb pompuan ramai akhir zaman x valid la

apa pulak tak valid.
belum sampai lagi masa nya.
ada something happen di akhir jaman,
yang buat male population jatuh drastically jadi 40 to 1 (female to male ratio).

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 05:20 PM | Show all posts
Edited by brego at 13-2-2019 05:24 PM

menarik pulak subject nih.
mostly dalam dunia, semua negara lelaki lebih ramai dari pompuan.
except Nauru & Kazakhstan.
bole la cari aweks Kazakh mate biru utk repair keturunan.

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_sex_ratio

https://www.worldatlas.com/artic ... -outnumber-men.html


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074709 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list