JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
1438
View
60
Reply

[Tempatan] Tun M Mahu F1 Kembali Ke Sepang

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-2-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RABU, 13 FEBRUARI 2019 @ 12:01 AM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup sambil disaksikan Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali (kiri), Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Permotoran Malaysia, Datuk Mokhzani Mahathir dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (kanan) pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) di Hotel W, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup bergambar dengan tetamu kehormat dan sebahagian penerima anugerah pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) di Hotel W, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
sukhairi@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu perlumbaan berprestij dunia, Formula Satu (F1) kembali ke Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC).

Dalam ucapannya selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup di Majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia 2018 hari ini Tun Dr Mahathir mengimbau kembali detik awal dalam pembinaan litar untuk kejuaraan di Malaysia.

"Saya masih ingat kunjungan ke Estoril di Portugal, kunjungan yang mempengaruhi saya untuk mempunyai satu sirkit yang lebih kurang sama seperti itu di Malaysia, kata Dr Mahathir.

"Saya tak pernah terfikir ia akan membangun sebegini, saya fikir mungkin dalam 10,000 atau 20,000 pengunjung yang akan datang tetapi seperti anda tahu penerimaannya agak baik.

"Dan rakyat Malaysia memberi maklum balas bukan saja dengan menyaksikan perlumbaan F1, mereka mula berlumba sesama mereka dan sekarang kita sangat bagus dalam sukan permotoran selain menjadi jurutera di belakang pasukan.

"Saya harap kita dapat menjana banyak perkara daripada perlumbaan di Sepang dan perbelanjaan yang dibelanjakan di trek ini berbaloi.

"Saya harap perlumbaan ini akan diteruskan pada masa depan dan saya harap Formula Satu dapat kembali dengan penuh gemilang."

SIC adalah buah fikiran Dr Mahathir dan mula menganjurkan perlumbaan berprestij itu pada tahun 1999.

Namun pada tahun 2017, penganjuran tidak diteruskan kerana kurang menerima sambutan dan memakan belanja yang tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tiba tiba telah muncul duit pula. Magic
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
F1 dah tak relevan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:27 AM | Show all posts
Namun pada tahun 2017, penganjuran tidak diteruskan kerana kurang menerima sambutan dan memakan belanja yang tinggi.


lagi nak buek..apo kobowdow nyo la podano montori kosayangan kalian ni...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok pegi la bawak kete lumbe tu sorang2..  Sebelom kempunan sampe mati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:46 AM | Show all posts
? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?


wants?


what about needs?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni saya juga setuju dgn mahathir. F1 tu bukan senang dpt dianjur, kbalikan sajalah. Tu najib mmg sohai
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 02:10 AM | Show all posts


Aii sokong jer sebab nak jugak merasa tgk F1 di negara sendiri. Dpt tgk sekali pun cukup :-)
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mimpi lampau mengejar Tun sebelum dijemput pergi
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia mai dah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la penasihat tun skrg.. mcm x prihatin je dgn benda yg rakyat tak suka. Mana ada org lyn f1 dh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 13-2-2019 07:29 AM
Sapa la penasihat tun skrg.. mcm x prihatin je dgn benda yg rakyat tak suka. Mana ada org lyn f1 dh

die masih hidup zaman 90an
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 13-2-2019 07:32 AM
die masih hidup zaman 90an

Iols terpksa setuju motip tun duk pakai idea recycle pm 4
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:03 AM | Show all posts
Orang tua ni cakap tak serupa bikin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tongkat ke apaa ....oklah melayu suport bisnes anak..ehhhhh bisnes melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:22 AM | Show all posts
bukankah negara menanggung keberhutangan yang tinggi... trillion trillion? mana nak cekau duit nak anjur F1
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:27 AM | Show all posts
Masalahnya, peminat F1 pun dah kurang layan F1 ni disebabkan regulation FIA yang macam2.. limit team punya kreativiti...

Relevan lagi ka F1? MotoGP ramai lagi layan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak anjur tak masyuk lah mokhzani
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit tentu sedut duit petronas kan..

Cer tgk keadaan negeri2 pengeluar minyak kt malaysia

Tambah plak dlm situasi tgh ptikaian bkenan hak

Kalau yg mengaku islam tp msh x phm apa ak ckp ni ....hehe jak la aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea bernas perdana menteri yg genius sangat2 tue. Einsteinnn
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA & KISAH DULU KALA

"Penamatan F1, Berakhirnya Satu Lagi Legasi Mahathir"

Demi menjimatkan perbelanjaan, perlumbaan Formula 1 (F1) yang diadakan setiap tahun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal tamat selepas tahun 2018 ekoran keadaan ekonomi semasa.

Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada setiap tahun ialah RM300 juta.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa kontrak penganjuran sukan lumba kereta paling berprestij di dunia itu tidak akan disambung selepas 2018.

Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan, katanya kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Jadi kontrak penganjuran F1 untuk tempoh 2016 hingga 2018 ini adalah yang terakhir.

Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan wang sebanyak itu untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan untuk menarik kemasukan pelancong asing, selain memupuk bakat pelumba tempatan.

Menurutnya perlumbaan F1 berbeza dengan perlumbaan Moto GP yang sehingga kini berupaya menarik peminat dari dalam dan luar negara, selain memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menonjol di arena antarabangsa.

Berakhirnya, perlumbaan F1 pada 2018 menandakan berakhirnya satu legasi dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengilhamkan SIC dan membawa perlumbaan itu ke negara ini.

Perlumbaan F1 di Malaysia bermula pada tahun 1999 dan pada mulanya mendapat tentangan dari rakyat kerana dikatakan sebagai satu projek yang membazir.

Program berprestij dunia itu sudah lebih 15 tahun diadakan di Malaysia dan pada zaman kegemilangannya mengundang puluh ribu penonton dan pelancong dari seluruh dunia menyaksikan perlumbaan yang digelar perlumbaan paling hangat di dunia.

Ia adalah disebabkan oleh suhu kepanasan litar yang tinggi di SIC pada setiap kali penganjurannya memandangkan lokasi Malaysia di kawasan Khatulistiwa.

Kemerosotan penonton ada kemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca panas yang mengekang kehadiran  pelancong dari Eropah dan negara yang beriklim sejuk semata-mata mahu menonton F1.

Selain pembukaan litar litar baru yang lebih menarik dan dinamik. Sukan F1 juga sudah mula hilang tarikan kerana saingan tidak seberapa hebat ketika zaman Schumacher, yang diiktiraf sebagai pemandu F1 terhebat sepanjang zaman.

Zaman berlalu dan minat masyarakat juga berubah seiring dengan zaman.

Bagaimana merosotnya sokongan yang diperolehi oleh bekas Perdana Menteri itu kini, begitulah juga  merosotnya jumlah penonton ke acara itu sehingga membuatkan penganjurannya terpaksa ditamatkan.

Di Singapura juga, perlumbaan F1 mungkin ditamatkan menurut kata Bernie Ecclestone, F1 Supremo. Kosnya sahaja mencecah USD$105 untuk sekali penganjuran. 60% kos ditanggung kerajaan Singapura sejak penganjuran pertamanya pada 2008.

Pulangan jualan tiket yang rendan dan rendahnya penonton F1 di televisyen membuatkan sukan F1 mulai merosot.

Sukan berkos tinggi dan penonton perlu berbelanja besar. Memang wajar sangat F1 ditiadakan dan wang itu digunakan untuk faedah yang lain. Tindakan Malaysia dan Singapura dalam hal ini adalah betul dengan keadaan ekonomi semasa.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 13-2-2019 08:52 AM
Idea bernas perdana menteri yg genius sangat2 tue. Einsteinnn

Idea baru xde..

So recycle la idea zaman dulu dulu
Buka kompeni keta
Buka f1
Kutuk yahudi


So far blum lg ddngr benda baru or idea baru
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 13-2-2019 08:37 AM
Kalau tak anjur tak masyuk lah mokhzani

Yang penting daddykasi

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan jer tun...kang tak der benda lak nak bahan hahahahahaha hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 09:24 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 13-2-2019 08:37 AM
Kalau tak anjur tak masyuk lah mokhzani



Dah la sedut duit petronas..

Bagi plak projek kat anak-anak...
mmg dedi-kasi tul la menyedut duit negara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052947s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list