CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 15

[Tempatan] Muhammad Harith kini dipilih untuk mengikuti latihan bersama Litar Antarabangsa

[Copy link]
Post time 13-2-2019 03:06 AM | Show all posts |Read mode
Bakat besar pelumba cilik







Share






MUHAMAD Harith Haziq menunjukkan pelbagai pingat dimenanginya sejak menyertai pertandingan motosikal mini ketika ditemui di rumahnya di Taman Jengka Mahkota, Maran. FOTO Roselan Malek.











Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my



KECIL-KECIL cili padi. Itu ungkapan sesuai untuk menggambarkan kemampuan Muhamad Harith Haziq Zamri, 14, mengendalikan motosikal berkuasa tinggi tanpa sebarang masalah meskipun bertubuh kecil.
Walaupun memiliki ketinggian 140 sentimeter (sm) dan berat 36 kilogram (kg), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya (SMKDJ), Jengka ini sudah meraih banyak kejayaan dalam sukan permotoran.
Malah, kejayaannya itu bukan saja mengharumkan nama keluarga, tetapi membuatkan penduduk di kawasan FELDA Jengka berbangga dengannya.

Lebih manis lagi, Muhammad Harith kini dipilih untuk mengikuti latihan bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sekali gus menjadi pelapis bagi pelumba MotoGP negara.
Mengimbau kembali pembabitannya dalam sukan pemotoran, dia berkata, semuanya bermula ketika dia berusia 10 tahun apabila dia kerap dibawa ayahnya, Zamri Abd Samad, 44, bermain motosikal mini setiap hujung minggu.
“Ayah sering bawa saya ke Dataran Jengka untuk bermain motosikal mini dan ketika itu hanya sekadar mengisi masa lapang pada hujung minggu.
“Saya mula serius dalam sukan ini apabila ayah membelikan suit baju pelumba lengkap dan menjalani latihan bersama rakan lain,” katanya.
Anak tunggal itu berkata, dia kemudiannya memberanikan diri untuk menyertai kejohanan motosikal dan lebih menggembirakan apabila sebahagian besarnya berakhir dengan kemenangan.
Antara kejayaan diraih adalah juara kategori bawah 13 tahun Kejohanan 1MYC Fiesta Motorsport di Tanjung Malim, Perak, Malaysian Superbike Championship (johan), Perak Extreme Games Champion (johan) dan tempat kedua Malaysian Cub Prix Round 1.
“Saya berazam untuk melakukan yang terbaik ketika menjalani latihan bersama SIC nanti kerana ia adalah platform terbaik untuk melangkah jauh dalam sukan ini.
“Saya menyimpan impian untuk membawa nama negara ke persada dunia, jadi saya harus menggunakan peluang ini sebaiknya,” katanya yang menjadikan pelumba terkenal dunia, Valentino Rossi dan pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin sebagai idolanya.
Sementara itu, Zamri berkata, dia memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhammad Harith untuk aktif dalam sukan itu selepas melihat kesungguhannya.
Katanya, dia tidak kisah berhabis duit untuk melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal anaknya bagi memastikan ia berada pada tahap terbaik.
“Saya melakukan sendiri pengubahsuaian terhadap motosikal Muhammad Haziq dengan merujuk kepada mereka yang mempunyai pengalaman terbabit dalam sukan ini.
“Biasanya saya mendapatkan peralatan dan alat ganti motosikal ini dari Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 9:42 PM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh jd rider motogp nnt jgn asik nk claim harta intelek je tau dik
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah thread haziq pun ada.
Btw dia baru lps jatuh dlm trek masa sesi latihan asia talent cup baru ni.
Tangan patah.
Get well soon dek!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 13-2-2019 04:28 AM
Dh jd rider motogp nnt jgn asik nk claim harta intelek je tau dik


Masih pending lagi tak boleh claim kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
shara154 replied at 13-2-2019 07:59 AM
Masih pending lagi tak boleh claim kan?

Harap rejekted..sama kes dgn y register shellout tu tp kes tu berjaya

Dhh org len xle pakai pkataan shellout plak
Cmtu punya hati jgn harapla dpt championship. Podium pn bole mimpi je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2019 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
shara154 replied at 13-2-2019 07:58 AM
Wah thread haziq pun ada.
Btw dia baru lps jatuh dlm trek masa sesi latihan asia talent cup baru ni ...

Chuols ni abang dia ke? Siap tau patah tgn bagai ni
Sedara terdekat? Gelpren?

Patah hati mesti tau jgk kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 13-2-2019 08:04 AM
Chuols ni abang dia ke? Siap tau patah tgn bagai ni
Sedara terdekat? Gelpren?


Iols ada kat trek masa tu.
Kesian terpaksa missed race la bulan depan tak sempat nak recover.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 13-2-2019 08:03 AM
Harap rejekted..sama kes dgn y register shellout tu tp kes tu berjaya

Dhh org len xle pakai pka ...

Gp lepas dia taknak gamba tau dgn siapa yg pakai baju tiruan bukan baju official dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
shara154 replied at 13-2-2019 08:15 AM
Gp lepas dia taknak gamba tau dgn siapa yg pakai baju tiruan bukan baju official dia

Poyo

Dari nak sapot terus menyampah
Rossi y lejen tu pn xkisah baju, topi, flag bkn ori dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:26 AM | Show all posts
tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 13-2-2019 08:19 AM
Poyo

Dari nak sapot terus menyampah

Mana kau tau sis rossi tak kesah.. Ntah2 dia lagi menyampah.. Kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 13-2-2019 10:20 AM
Mana kau tau sis rossi tak kesah.. Ntah2 dia lagi menyampah.. Kah kah

Xkisah..iols suh dia sign helmet ms88 tapi design soleluna rileks sajork dia
Iols jmpe siap pakai topi monster 30 hengget je
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 13-2-2019 10:35 AM
Xkisah..iols suh dia sign helmet ms88 tapi design soleluna rileks sajork dia
Iols jmpe siap pakai ...

Bagus la mcm tu dengan peminat tak sombong.. Tapi kalau dengan pelumba nampak agak bongkak sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 11:38 AM | Show all posts
Syabas moga lebih ramai bakat muda dalam sukan pada masa hadapan bukan setakat dalam bidang permotoran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.071381 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list