CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18355|Reply: 73

[Falsafah] [SYV 001] Perspektif Genocide

  [Copy link]
Post time 14-2-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 20-2-2019 03:07 PM

Rasanya Rammstein kena dengan artikel kali ini .... Rasanyalah.



BOSS VS BOSS

Hilter adalah seorang pemimpin yang sangat berkarisma, memerintah sebuah kultus yang dipanggil sebagai "Keperibadian". Kultus yang sangat masyhur ini dibantu sebahagiannya oleh Goebbels, seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap propaganda dan menaikkan martabat Hitler kepada status superhuman yang pernah wujud di muka bumi ini, kononnya.

Namun begitu, lain pula dengan Stalin dan secara tidak langsung membawa sedikit sebanyak perbezaan antara dua bos yang ditakuti di seluruh dunia ketenteraan, CV kedua-duanya sangat mencalak ya. Tindak-tanduk Stalin lebih kepada terma sheer force atau berpaksikan kekuatan semata-mata. Berlainan pula dengan si misai kontot Adolf Hitler, terkadang tindak-tanduknya bukan didukung sepenuh oleh dirinya sendiri.

Mari saya bentangkan sedikit contoh sebagai menyokong kenyataan ini.

Syusyurepris ....

Pada November 1937, Hitler mengadakan satu pertemuan mengenai pembahagian sumber antara ketiga-tiga perkhidmatan ketenteraan. Walau bagaimanapun, ia membawa satu makna yang lebih besar iaitu dengan mengambil peluang ini untuk membaca satu memorandum yang panjang di mana Hitler menegaskan bahawa sekiranya dia meninggal dunia, memorandum yang disampaikan itu haruslah dianggap sebagai wasiat terakhirnya. Pada dasarnya, beliau sangat menekankan tentang kepentingannya sendiri dan pada masa yang sama mengatakan, Jerman perlukan lebih ruang (ini merupakan bahagian penting dari sudut pandangan Hitler).

Merujuk pada kehendak Hitler iaitu Jerman perlukan lebih ruang, Hitler bertekad untuk memaksa sekutunya, Austria bagi menghapuskan Czechoslovakia menjelang 1943-1945. Sememangnya kerja gila ini bukan sahaja telah mewujudkan konflik dalaman dengan Perancis tetapi juga dengan pihak British. Sambutan yang diperolehnya sangat negatif. Jeneralnya awal-awal lagi memaklumkan kepada Hitler bahawa Jerman ketika itu tiada upaya untuk mengalahkan Perancis dan British, begitu juga dengan menteri luarnya yang tidak setuju dengan rencana ini dan Hitler didesak untuk menghentikan misi ini.

Inilah perbezaan utama antara Hitler dan Stalin. Hitler berhujah dan mengira pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh penjawat tertinggi di dalam Nazi berbeza dengan Stalin. Jika Stalin kata A maka A lah jawapannya walaupun jawapan itu tidak rasional, tidak relevan. Jika ada ahli yang membantah, maka seluruh keluarga mereka akan dibunuh, mereka akan "menikmati" momen-momen ketika keluarga mereka dibunuh di hadapan mata sebelum mereka ditamatkan riwayat oleh Soviet Union (USSR).

Kemudian, Blomberg, Menteri Peperangan Nazi, terlibat dengan satu skandal .... sehingga membawa kepada perkahwinan bersama seorang wanita yang penuh kontroversi, seorang wanita yang digelar oleh Hitler sebagai jalang kerana terlibat dengan pornografi di sekitar Jerman. Hitler membuat keputusan drastik, dia memutuskan untuk membuka semula kertas siasatan ke atas Fritsch, Jeneral Tentera Nazi, yang sebelum ini dituduh sebagai gay, tetapi Fritsch menafikannya. Lantas Hitler mengambil alih jawatan Blomberg dan Fritsch dikeluarkan daripada pejabat Ahli Tertinggi Nazi, manakala Neurath, Menteri Luar Negeri ketika itu, diletakkan ke posisi lain. Apabila struktur ini dirombak, Hitler dengan segera menyusun semula hierarkinya sebagai tindak balas kepada masalah yang disebabkan olehnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Stalin adalah seorang yang sangat agresif. Dia secara peribadi menyebabkan pembunuhan beramai-ramai (iaitu kira-kira 700,000 orang <<<< Gan Nin Na Beh) pada tahun 1930 an. Suatu hari, salah seorang tenteranya yang paling cemerlang telah ditangkap oleh pihak polis Soviet. Selepas pihak polis Soviet melepaskan tentera tersebut daripada tahanan, Stalin amat curiga terhadapnya, jadi dia telah menyeksa lalu kemudian menembak tentera kesayangannya itu di kepala. Mayat tentera itu dibedah bertujuan untuk melunaskan rasa was-wasnya bahawa tiada alat pengintip dipasang oleh polis Soviet pada badan si mati. Pernah menonton filem The Autopsy of Jane Doe?



Tetapi Hitler tidak sekejam itu. Ketika Marshall Field Blomberg disabitkan kesalahan, dia diberikan golden goodbye dengan pencen yang lumayan sehinggakan dia dan isterinya dapat mengembara ke seluruh dunia. Tiada seorang Nazi pun yang tidak bersetuju dengan Hitler apabila dia berlaku demikian kerana mereka takut akan penyeksaan atau kematian. Stalin hanya tahu menggunakan kekerasan atau keganasan untuk membuli penentang pendapatnya, berbeza pula dengan Hitler yang akan cuba memujuk ahli untuk menerima visinya.

The Night of Broken Glass

Berikut adalah perkara yang menjadikan superhuman Nazi ini lebih menarik. Reichkristallnacht, atau, The Night of Broken Glass, pada 9 November 1938, tentera Nazi terlibat dalam beberapa serangan terhadap orang Yahudi. Sebelum itu pada 7hb, seorang remaja Yahudi di mana keluarganya telah mendapat kerakyatan dari Poland, yang pernah ditinggalkan di sempadan oleh pihak Nazi, telah membalas dendam dengan menembak seorang lelaki bernama Vom Rath di Kedutaan Jerman di Paris.

Vom Rath meninggal dunia pada 9 November lantas Goebbels menggalakkan Hitler untuk membenarkan pembalasan terhadap orang Yahudi di Jerman. Serangan terhadap orang Yahudi berlaku dalam peristiwa ini, tentera Nazi membalasnya sehingga mereka rasakan peristiwa ini berada pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini, lebih daripada 20 000 lelaki Yahudi yang dipenjarakan, lebih daripada satu ribu Synagogue atau Kuil Yahudi dimusnahkan, stormtroopers Nazi meranapkan kediaman-kediaman keluarga Yahudi, mereka membakarnya dan dilayan seumpama binatang!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 14-2-2019 12:27 PM



Pemimpin-pemimpin tertinggi Nazi mencadangkan dan mensintesis idea-idea yang mereka fikir akan membantu menjayakan ideologi Hitler. Oleh itu, Hitler tidak perlu memberitahu mereka secara langsung untuk melakukan gerakan-gerakan seperti ini. Walaupun benar bahawa kekejaman terhadap orang-orang Yahudi dalam beberapa cara dirancang oleh kuasa-kuasa yang lebih tinggi di dalam rangkaian Nazi, secara tidak langsung mereka ini juga termotivasi untuk menyerang orang-orang Yahudi mengikut kepercayaan peribadi mereka sendiri.





Ahli-ahli tertinggi Nazi ini memegang keyakinan anti semitik sebelum Hitler muncul di sekeliling mereka. Apa yang Hitler cuba praktikkan adalah membenarkan mereka bertindak, memberikan lesen kepada Nazi untuk mengintepretasikan bentuk kemarahan mereka terhadap orang Yahudi. Dalam erti kata lain, Hitler menggalakkan perilaku mereka dan akhirnya, apa yang sebenarnya dilakukan Hitler adalah seperti melepaskan rantai daripada anjing yang rabun.

Dia membenarkan ahli Nazi ini menuntut kepercayaan dan kebenciannya seolah-olah ideologi ini milik mereka sendiri dan mereka dituntut untuk melakukannya. Malah, dia tidak pernah sedikit pun menyebut tentang peristiwa The Night of Broken Glass, secara terbuka mahupun secara peribadi kerana dia tidak mahu namanya dikaitkan dengan serangan itu. Tetapi, harus diingatkan bahawasanya peristiwa ini tidak akan berlaku jika bukan Adolf Hitler yang menggerakkannya!!!



Insya Allah, saya boleh teruskan untuk beberapa poin lagi, tetapi perkara penting di sini ialah saya melihat ini pada sesuatu yang agak jelas mengenai pemerintahan Hitler. Hitler pada pendapat peribadi saya, bukanlah seorang yang berjiwa bos, dia lebih kepada memimpin, Hitler adalah seorang ketua, dia semacam segerombolan serigala, di mana ketuanya berada di belakang, memastikan tiada serigala lain yang tertinggal, ia sebagai pemerhati kawanannya, ia sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk berlari ke mana-mana arah bagi melindungi dan berkhidmat sebagai 'pengawal peribadi' kepada seluruh kawanannya. Itu perspektif saya dan saya kagum dengan kepimpinan Hitler.

Hitler adalah Fuhrer sejati, Hitler bukan seperti Stalin, yang hanya bijak menggunakan kekerasan kepada ahlinya. Hitler tidak sesekali menggunakan kekerasan kepada ahli-ahli Nazi seperti mana yang dilakukannya terhadap bangsa Yahudi. Holocaust terjadi disebabkan oleh individu-individu yang yakin dengan kekuatan karisma daripada pemimpin yang satu ini. Namun begitu, Holocaust bukanlah sesuatu ideologi yang boleh dihormati kewujudannya. Holocaust merupakan suatu peristiwa penting bagi kita untuk memahami peradaban barat, mengenal konsep negara dan bangsa serta sifat-sifat kemanusiaan dalam masyarakat birokrasi moden.

Digerakkan oleh ideologi rasis yang menganggap kaum Yahudi sebagai "hama parasit" hanya layak untuk dimusnahkan, Nazi melaksanakan genocide pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya. Mereka menjadualkan kehancuran terhadap seluruh kaum Yahudi di Eropah, baik yang sakit mahu pun yang sihat, yang kaya mahu pun yang miskin, yang taat beragama mahu pun yang sudah berpindah kepercayaan pada agama Kristian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 14-2-2019 12:29 PM

Apakah perbezaan di antara Holocaust dan genocide yang lain?

Secara peribadi saya fikir semua genocide yang wujud dalam sejarah adalah sama buruknya. Tidak ada yang baik tentang peristiwa seperti genoside, ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang maha dahsyat!!! Sekiranya anda sendiri merungkainya hanya dari segi angka dan peratusan populasi yang terbunuh, mungkin orang-orang Mongol layak memenangi tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan mungkin tempat kelima untuk menjadi bangsa yang paling berbahaya dalam sejarah peradaban manusia. Mereka memusnahkan bangsa-bangsa lain seperti bangsa Dzungar dan Nishpur, menjalankan penghapusan etnik dengan hanya menggunakan bantuan kapak, pedang dan api.

Menurut karya sejarawan dari Iran, Rashid al-Din (1247-1318), orang Mongol telah membunuh lebih 700 000 orang di Merv dan lebih daripada satu juta di Nishapur. Jumlah penduduk Parsi menurun daripada 2 500 000 hingga 250 000 akibat pembunuhan besar-besaran dan kebuluran!!! Holiset! Pakingset!





Saya fikir asbab utama untuk persepsi yang berbeza mengenai Holocaust adalah bagaimana ia dilakukan dan siapa melakukannya. Nazi menjalankan Holocaust dengan cara yang sangat birokrasi. Ia sangat teratur. Sangat sistematik diimplementasi oleh individu-individu pintar. Tahanan-tahanan yang tiba di kem-kem mereka, mereka akan arahkan berbaris dan ditandakan seperti lembu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Izinkan saya berkongsi pengetahuan bagaimana kaum Mongol menjalankan kegiatan barbarik mereka. Pada tahun di mana menantu lelaki Genghis Khan terbunuh dalam peperangan, dia, Genghis Khan membunuh hampir 100 000 penduduk bandar. Isteri kepada jeneral yang dibunuh itu, diberi penghormatan berdiri di atas podium yang tinggi untuk menyaksikan pembunuhan beramai-ramai bermula.

Setiap unit berkapasiti 10 orang tentera Mongol ditugaskan untuk membunuh sejumlah orang atau musuh.

Seseorang hamba, diarahkan untuk memotong telinga daripada setiap mangsa dan memberikannya kepada tentera mongol.

Tentera tersebut kemudian memperlihatkan kepada pegawai atasannya dan kemudian dikemukakan kepada seorang pegawai untuk mengukur telinga yang dikumpulkan samada cukup kuota yang ditetapkan oleh setiap unit.

Jika didapati telinga yang dikumpulkan oleh seorang tentera itu tidak mencukupi, seluruh unitnya (iaitu 10 orang tentera) akan dihukum mati. Sekiranya 10 orang tentera tidak mencukupi kuota yang ditetapkan, maka 100 orang tentera dihukum mati, begitulah seterusnya.

Kita tinggalkan Mongol, sekali lagi, bagaimana pula (genocide) dengan orang yang dihantar ke ruang gas di Birkenau?

Malangnya ini mungkin menjadi titik perbalahan, kita seakan-akan dilobi agar sentiasa menekankan penderitaan orang Yahudi, sambil menurunkan setiap kejahatan, ya kejahatan yang menimbulkan kejahatan terhadap kemanusiaan.

Bagaimana pula dengan Israel yang masih tidak mengiktiraf pembunuhan Turki di Armenia sebagai pembunuhan beramai-ramai (Genocide? Kes yang lain pula, pembunuhan beramai-ramai kaum gipsi, homoseksual, orang cacat yang hanya menjadi korban pembunuhan Jerman (bukan Holocaust Nazi ya, Jerman Holocaust). Hairan tidak ramai yang bercakap mengenainya.

Sekiranya anda bertanya kepada saya mengapa pembantaian Yahudi dilihat sebagai sejarah terburuk di dunia... ia semata-mata disebabkan oleh media yang berat sebelah memberikan tumpuan kepada peristiwa itu secara berterusan.

Sumber:

Genocide and Gross Human Rights Violations: In Comparative Perspective by Kurt Johansson

The History of the Mongol Conquests by Joseph Saunders

Genocide by Mark Friedman

Eyewitness to the Holodmor by Gareth Jones

Hell on Earth : Brutality and Violence Under the Stalinist Regime by Ludwik Kowalski

Stalin, the court of the Red Tzar

Reorienting The East by Martin Jacobs

The Last Days Of Stalin by Joshua Robenstein

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 14-2-2019 01:07 PM
@fixit

@NamaKuMawar

thanks kak kumari.

apa pendapat kak tentang genocide ini?adakah holocaust sahaja yang kita perlu tahu?nak tau juga apa pandangan kak kumari tentang bos dan leader?apa perbezaannya ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 01:17 PM | Show all posts
@Foxey

@matkpop

@Catpaw

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 01:18 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 14-2-2019 12:28 PM
Izinkan saya berkongsi pengetahuan bagaimana kaum Mongol menjalankan kegiatan barbarik mereka. Pada  ...

kaum mongol ni macam yakjuj dan makjuj je kan....kejam tanpa batasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacita dimaklumkan thread ini bukan menjurus pada holokus sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening sabotaj, stabbed in the back, stalin dan hitler dulu kawan baik, musuh sana-sini, sebab semua nak jadi kuasa besar. Sila sila bentangkan pendapat anda

Pol pot cambodia, darfur, rohingya, genocides by empayar ottoman - armenian, assyrian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hi cik Nancy..saya tak baca lagi sebenar nya..hanya speed reading sahaja..

so apa pendapat cik Nancy tentang apa yang berlaku antara kerajaan China dan puak Ughyur sekarang..boleh kah kita kategori kan sebagai halacaust moden?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 14-2-2019 01:40 PM
Pening  sabotaj, stabbed in the back, stalin dan hitler dulu kawan baik, musuh sana-sini, seb ...

sepanjang2 tu pendapat saya ....

bentang pendapat awak.your turn kak pah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 14-2-2019 01:42 PM
hi cik Nancy..saya tak baca lagi sebenar nya..hanya speed reading sahaja..

so apa pendapat cik Na ...


meg ughyur adalah satu bentuk genocide pada saya.jika awak berpandangan bahawa ini adalah holokus moden, mengapa tidak saya?

tibet is mostly tibetan and uyghurstan is mostly uyghur, jadi saya melihat mereka ada hak untuk itu.jadi saya fikir mereka harus memilikinya.jika PRC mengubah demografi tersebut, maka dengan menyokong kebebasan mereka bertindak di luar kawalan, saya rasa tidak masuk akal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain perbezaan jelas antara pembunuhan beramai-ramai dan kematian besar-besaran disebabkan oleh dasar ekonomi yang kurang baik, nombor ini sangat meragukan dan sebenarnya tidak diterima di kalangan sejarawan akademik yang sebenar.

Bilangan kematian yang dicatatkan dalam "Mao : The Untold Story" adalah 38 juta orang semasa Great Leap Forward. Jumlah itu dikira dengan membandingkan jumlah bancian penduduk dari tahun 1953 dengan bancian dari tahun 1964.



Masalahnya, bancian dari tahun 1953 didirikan menggunakan kaedah yang berbeza dan bukan sumber yang boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu fakta yang menyeluruh, mereka juga mendakwa bahawa terdapat kadar kematian yang bertambah dan itu adalah sesuatu angka yang realitistik.

Kemudian mereka menambah data daripada berapa banyak bayi-bayi yang telah dilahirkan (faktor ini diambil berdasarkan pada kajian kesuburan retrospektif dari tahun 1982). Perbezaan di antara angka-angka tersebut ditambah dari semasa ke semasa supaya ianya seimbang.



45 Juta Kematian Dalam Masa 4 Tahun!!!

Penangan komunism!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 14-2-2019 01:40 PM
Pening  sabotaj, stabbed in the back, stalin dan hitler dulu kawan baik, musuh sana-sini, seb ...

kak pah yang bijaksana bijaksitu, apa pendapat kak pah tentang ideologi marx?adakah komunism itu satu bentuk ideologi?betul ke rumour mengatakan di mana karl marx "menjual" ideologinya kepada mao zedong untuk diimplementasi pada masyarakat di China?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 14-2-2019 08:35 AM
KILL_NANCY replied at 14-2-2019 05:47 AM
sepanjang2 tu pendapat saya ....

bentang pendapat awak.your turn kak pah.


Bergantung kepada apa yang awak takrifkan sebagai genocide. Kalau genocide, sebagai pembunuhan besar-besaran yang disengajakan, ada propaganda tersendiri, sebab nak bunuh mereka, so Holocaust is in a different league, dengan 6 juta, angka yang sebenar tak diketahui, boleh jadi lebih ramai. Sistematik, dan well-known sebab ada banyak tinggalan sejarah dikekalkan, ada simpan rekod, memorials semua. Genocide? Ke holocaust tu term yang lebih specifik?


Pembunuhan orang Armenia dalam Perang Dunia I, around 1.5 juta, - mengerikan, tetapi orang Turki nak hapuskan orang Armenia dari muka bumi ker? Tutsis di Rwanda juga dibunuh kerana etnik mereka, around 800,000 hingga satu juta orang. Genocide?


Pembunuhan beramai-ramai di Kemboja oleh Pol Pot (yang lebih menyasar golongan minoriti): 1.5 hingga 3 juta (sehingga satu pertiga daripada populasi). Genocide?


Penghapusan etnik Rohingya di Myammar sekarang sebab military conflict, genocide?


Tapi...if you define genocide as pembunuhan orang ramai dalam perang sebab nak menang, by hook or by crook, yang berperang, yang diperangi, nyawa manusia tak bernilai, a crime against humanity...


Bagaimana Rome memusnahkan Dacia dan Carthage (Punic Wars) boleh masuk dalam kategori ni. Rome terus lawan sampai Punic War III sebab nak menang, berapa ramai yang terkorban (buka kitab sejarah ye, bukan google wiki semata), tu genocide?


Semua yang terkorban dalam Perang Dunia II atau penglibatan Jerman atau Jepun masa tu, they are also crimes against humanity, ni genocide?


Penaklukan Mongol: 30 hingga 40 juta (pada abad ke-13, ketika populasi penduduk dunia jauh lebih kecil). Beberapa tempat, seperti Iran dan Iraq hari ini, buat populasi mereka berkurangan sebanyak 90%, sebab kaum Mongol turut memusnahkan bidang dan sistem pengairan. Peta dunia berubah sebab ni. Genocide?


Penaklukan Sepanyol di benua Amerika: sama ada Americans dibunuh oleh orang Sepanyol atau sebab penyakit, tetapi dianggarkan sehingga 90% penduduk seluruh Amerika telah dihapuskan selepas diteroka oleh orang Eropah. Yang ada sekarang ni, ramai kacukan   Genocide??


Kebuluran beramai-ramai di Soviet pada awal 30-an (holodomor di Ukraine, tapi dekat Soviet pun ada kebuluran juga sebab kemarau teruk) dan di China pada lewat 50-an (Great Chinese Famine) adalah sangat kejam sebab dasar mereka yang gagal, kolektiviti, polisi Mao Zedong -- Great Leap Forward and such. Kebuluran membunuh 2 - 7 juta di Soviet (dan Ukraine) dan di China 40-50 juta, menjadikannya bencana bukan buatan manusia terbesar (bukan sebab perang) dalam sejarah. Tapi ni genocides?


How do you define genocide? Apa tu genocide? Bunuh beramai-ramai sebab perang? Bunuh tanpa sengaja sebab nak buat polisi baru, tapi hak rakyat terabai?


Dulu, CCP cuba menghapuskan penganut FLG, after Cultural Revolution (bilangan mereka lebih ramai dari ahli CCP), diketuai oleh Zhu Rongji. Sebab CCP nak kekalkan state atheism, jadi semua yang 'beragama' cuba dihapuskan, ni genocide?


Sekarang bawah pemimpin baru, parti baru CPC (both are same, more or less) - PRC tu negara, Xi Jinping, hapuskan etnik Ughyur pula dalam concentration camps, nama serupa dengan kem masa holocaust, tapiiiii berkali-kali ganda lebih teruk keadaannya. Sebab apa? Ada polisi baru pula, One Belt One Road selepas Great Leap Forward. Genocide?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:59 PM | Show all posts
serius nye topik ni..nnt la baca

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syusyurepris tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mayat ramai2 dalam kubur tu betul ke mangsa pembunuhan perang atau sedutan dari filem. Ngeri sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090819 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list