CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KILL_NANCY

[Falsafah] [SYV 001] Perspektif Genocide

  [Copy link]
 Author| Post time 14-2-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 14-2-2019 04:59 PM
serius nye topik ni..nnt la baca

terima kasih ida.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
meisapoya replied at 14-2-2019 05:53 PM
Syusyurepris tu ape?

supriseeee!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 14-2-2019 06:40 PM
Mayat ramai2 dalam kubur tu betul ke mangsa pembunuhan perang atau sedutan dari filem. Ngeri sungguh ...

betul sis.ia dari arkib Nazi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 14-2-2019 07:24 PM
chesfa replied at 14-2-2019 04:19 PM
Bergantung kepada apa yang awak takrifkan sebagai genocide. Kalau genocide, sebagai pembunuhan b ...


satu konvensyen yang dianjurkan oleh UN atau pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB), di sini mereka menerangkan tentang definisi genocide ini.

dalam konvensyen ini, genocide bermaksud mana2 perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum dan agama, seperti :

(a) membunuh ahli kumpulan

(b) menyebabkan kecederaan fizikal atau mental yang serius kepada ahli kumpulan

(c) sengaja menimbulkan syarat2 dalam kehidupan pada kumpulan yang diterjemahkan sebagai membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan

(d) mengadakan langkah2 yang bertujuan untuk mengelakkan kelahiran dalam sesebuah kumpulan/castrate/pemandulan

(e) memindahkan anak2 dalam sesebuah kumpulan secara paksa ke kumpulan lain

ini termaktub di dalam konvensyen the prevention and punishment of the crime of genocide, artikel 2.

tapi ni bukan definisi pertama yang pernah dicadangkan oleh PBB.kalau nak ikutkan draf awal jauh lebih luas dalam definisi yang ini. artikel 2 ni disediakan dengan bantuan Raphael Lemkin (individu yang bertanggungjawab mencipta istilah Genocide), Henri Donnedieu de Vabres dan Vespasian Pella.

ini adalah definisi yang dibentuk oleh PBB tentang genocide.mungkin ini saja fungsi mereka kan?hero atas kertas.

tak lama lepas artikel 2 ini dibentangkan ada beberapa perubahan penting antara draf pertama, draf kedua dan keputusan akhir.

draf pertama :

(untuk kumpulan yang dilindungi) tujuan konvensyen ini adalah untuk menghalang kemusnahan kumpulan kaum, kebangsaan, bahasa, agama atau politik kemanusiaan

draf kedua disentuh dengan menekankan sedikit kefungsian PBB pada akhir ayat manakala kumpulan lingusitik disingkirkan :

genocide dari segi fizikal dan biologi, bermaksud mana2 perbuatan sengaja yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan kumpulan kebangsaan, kaum, agama atau politik, berdasarkan alasan kebangsaan atau kaum, kepercayaan agama, atau pandangan politik anggota PBB

teks akhir :

dalam konvensyen ini, genocide bermaksud mana2 perbuatan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum atau agama,

alamak ..... pelik kenapa kumpulan linguistik dan politik hilang?

apa yang berlaku kat sini? kenapa definisi genocide disempitkan begitu ketara sekali? kenapa kumpulan tertentu termasuk dalam definisi asal, tidak seperti kumpulan linguistik atau kumpulan politik?dibuang pada teks terakhir .... hmm

tak lama lepas tu jawatankuasa ini pecah kepada kemasukan kumpulan politik, daripada 4, 3 yang menyokong.jadi artikel ini dipolitikkan?semacam memberi lesen besar pada ahli politik .....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur tiada pemimpin2 gila semacam mereka di malaysia tercinta ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 08:25 PM | Show all posts
Kisah pembunuhan etnik antara Bosnia, Serbia dan Crotia?

Teori Hitler is a Muslim?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 14-2-2019 11:05 AM
satu konvensyen yang dianjurkan oleh UN atau pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB), di sini mereka me ...

Tak faham. Kalau sebab politik, benda ni halal?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 14-2-2019 06:47 AM
kak pah yang bijaksana bijaksitu, apa pendapat kak pah tentang ideologi marx?adakah komunism itu s ...

Ngeng, nganjing to the Z

Malas laa, bila saya start membaca, saya akan jadi antisocial

Rumor tu dapat dari mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 14-2-2019 12:25 PM
Kisah pembunuhan etnik antara Bosnia, Serbia dan Crotia?

Teori Hitler is a Muslim?

Karadzic dan Milosevic dah dihukum kan? Banyak rupanya kes genocides ni, tapi banyak juga yang disembunyikan, tak diwar-warkan especially di China dan used to be USSR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 14-2-2019 08:25 PM
Kisah pembunuhan etnik antara Bosnia, Serbia dan Crotia?

Teori Hitler is a Muslim?

yes cik seri..baca2 thread ni teringat puak bosnia..tu dikira genocide jugak la kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Palestine dengan Israel macam mana pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 02:53 AM | Show all posts
seribulan replied at 14-2-2019 08:25 PM
Kisah pembunuhan etnik antara Bosnia, Serbia dan Crotia?

Teori Hitler is a Muslim?
Teori Hitler is a Muslim?


Ramai pengkaji yg masih samar2 psl agama Hitler tp ahli sejarah bersetuju mengkategorikan dia sbg anti Kristian dan membenci hal2 berkaitan dgn spiritual. Hitler lebih cenderung dgn ideologi rasional dan sains.
Mungkin bukan Muslim tp Adolf Hitler menjalin hubungan yg sgt rapat dgn pemimpin2 Islam spt Hassan al Banna, Amin al husseini, Rashid al Gaylani - bersama2 gerakan Muslim Brotherhood berkongsi dgn Hitler kebencian ke atas Yahudi. Berpuluh2 ribu Muslims keturunan Bosnia dan Albania direkrut dan join SS Waffen Nazi. Tp tak lama sbb dia org hilang motivation utk berkorban demi Third Reich.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 03:20 AM | Show all posts
Holocaust di Jerman secara tidak langsung dipengaruhi oleh Armenian Genocide.
Max Erwin von Scheubner-Richter adalah duta Jerman di Turki sewaktu pembunuhan beramai2 bangsa Armenia. Dia mengutuk kekejaman tersebut dalam salah sebuah buku tulisannya.
Namun sekembalinya ke Jerman, Richter amat tertarik dgn gerakan Nazi. Malah dia ber-bff dgn Adolf Hitler, sebelum mati ditembak dlm 'tragedi' Beer Hall Putsch 1923.
Dikatakan kedua2nya saling mempengaruhi, Hitler sendiri arif dgn penulisan dan kisah2 pengalaman Richter. Selepas kematian rakan baiknya itu, Hitler mendedikasikan Mein Kampf utknya.
Menurut pakar sejarah, dlm salah satu ucapan Hitler sebelum melanggar Poland dan menjalankan pemusnahan ke atas negara tuh, dia ada menyebut pembunuhan beramai2 Armenia utk menjustifikasi rancangannya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 03:48 AM | Show all posts
Salah satu lg contoh pengaruh Armenian Genocide:

Raphael Lemkin adalah seorg peguam Yahudi kelahiran Poland. Dialah org pertama yg memperkenalkan perkataan 'genocide' pd 1944 melalui bukunya 'Axis Rule in Occupied Europe'.

“By ‘genocide’ we mean the destruction of a nation or of an ethnic group. This new word, coined by the author to denote an old practice in its modern development, is made from the ancient Greek word genos (race, tribe) and the Latin cide (killing)…. Generally speaking, genocide does not necessarily mean the immediate destruction of a nation, except when accomplished by mass killings of all members of a nation. It is intended rather to signify a coordinated plan of different actions aiming at the destruction of essential foundations of the life of national groups, with the aim of annihilating the groups themselves. Genocide is directed against the national group as an entity, and the actions involved are directed against individuals, not in their individual capacity, but as members of the national group”


Dia mula berminat utk berkecimpung dlm undang2 dan mendakwa penjenayah "arkitek2" pembunuhan beramai2 selepas membaca sejarah kekejaman Ottoman ke atas rakyat berbangsa Armenia, ketika sedang belajar di universiti.

Lemkin adalah antara org penting dlm persiapan Nuremberg trials - dialah yg memastikan perkataan 'genocide' dimasukkan ke dlm pendakwaan pemimpin2 Nazi. Ketika perbicaraan itu lah, Lemkin mendpt tahu seramai 49 ahli keluarganya termasuk kedua ibu bapanya meninggal dunia di dlm concentration camps, Warsaw ghetto dan death marches.

Dia gigih berkempen dan melobi agar 'genocide' dimasukkan ke dlm undang2 antarabangsa. Usahanya berjaya dan diluluskan oleh PBB. Lemkin tak berhenti di situ saja. Sehingga ke akhir hayatnya dia menggesa sebrapa byk negara yg boleh utk menyokong konvensyen Prevention and Punishment of Genocide.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 14-2-2019 09:26 PM
yes cik seri..baca2 thread ni teringat puak bosnia..tu dikira genocide jugak la kan

tapi kalau ikutkan, based on actual events, genocide semasa bosnian war adalah usaha yang terancang dan sangat sistematik bagi pihak tentera serbia dan tentera awam, walaupun pada masa tu ia berlaku secara organik.sebab tu penting untuk kita fahamkan tentang genocide dalam konteks ini, di mana genocide ni tidak semestinya ditakrifkan sebagai pembunuhan kem yang diatur seperti yang dibuat oleh Nazi atau Holokus walaupun kebanyakan sesetengah penjara telah lama wujud dalam kem2 tertentu.

sebilangan besar genocide ni dilakukan melalui pembersihan etnik, corak pembunuhan yang ketara, rogol dan penangkapan secara rambang, pasti bukan disasarkan kepada orang2 serbia.srebrenica 1995, seramai 8373++ rakyat bosnia mati, mereka dibunuh oleh bosnian serb army of republika srpska (VRS) sebab2 sentimen anti bosnia, greater serbia,islamophobia dan serbianisation.

kenapa saya memilih srebrenica genocide dan bukan bercakap tentang keseluruhan bosnian war?saya memilih skop yang lebih kecil untuk memudahkan kita berbincang tentang perbezaan genocide dan massacre.

tapi ada sesetengah pihak mengatakan peristiwa ni sebagai srebrenica genocide, ada yang mengatakan ianya srebrenica massacre ....

genocide boleh ditakrifkan sebagai perancangan jangka panjang kebanyakannya oleh sesebuah kerajaan atau pegawai pemerintah yang lain dengan niat untuk menghapuskan setiap individu dalam sesebuah kumpulan atau jaringan yang mereka takrifkan sebagai musuh, tanpa mengenal usia dan sebagainya.jadi tanpa apa2 pengecualian dan walau sesiapa sekalipun yang mereka tidak kenal di dalam sesebuah kumpulan itu, mereka akan tetap mentakrifkan kumpulan tersebut sebagai musuh.

massacre ditakrifkan sebagai niat membunuh secara spontan.dalam massacre bukan setiap individu perlu diburu atau dibunuh.contohnya dalam massacre wanita hamil dibunuh secara kebetulan atau tidak sengaja, tetapi lain pula dengan genocide, janin tersebut perlu dibunuh, kerana dia akan menjadi musuh kelak yang berpotensi untuk membalas dendam.

jadi persoalannya di sini adakah peristiwa di srebrenica 1995 ditakrifkan sebagai genocide atau massacre?

kalau nak tentukan jumlah mangsa korban atau total number of casualties dalam peristiwa pembunuhan beramai2 ni sangat sukar berbanding dengan jumlah mangsa peperangan yang terkorban.pun begitu, kita masih boleh mendapatkan pengiraan yang baik berdasarkan faktor berapa banyak orang awam meninggal dunia, kerana kebanyakannya meninggal dunia sebelum atau selepas pembersihan etnik, jumlahnya menjadi satu garis panduan yang boleh dikatakan baik dan seimbang.faktor ini telah digunapakai oleh mao zedong, seperti mana yang saya tulis di page sebelah.

mengikut *ICTY, kira2 25 000 orang awam muslim-bosnia terbunuh semasa konflik di bosnia (bosnian war).daripada angka tersebut, hanya 8000 orang muslim yang terbunuh di srebrenica.angka2 ini sering diperdebatkan, tetapi saya fikir ICTY mungkin merupakan salah satu sumber yang boleh dipercayai dalam peristiwa ini kerana mereka mempunyai alasan yang paling sedikit untuk menyingkirkan angka2 yang terlibat.oleh itu, jumlah secara keseluruhannya, termasuk tentera bosnia yang terkorban, muslim-bosnia kehilangan kira2 3.1% daripada jumlah penduduknya dalam peristiwa ini, berbanding 1.4% di kalangan orang serbia dan 1% di kalangan orang croatia.<<<nampak tak peristiwa ini dijalankan tanpa memilih2 kumpulan atau bangsa.jadi pendapat peribadi saya, saya takrifkan peristiwa hitam di srebrenica ini sebagai srebrenica genocide.tak faham kenapa dunia playsafe dalam hal ni.

*ICTY = The International Criminal TribunalYugoslavia adalah mahkamah PBB yang ditubuhkan untuk menangani jenayah perang yang terjadi pada konflik di balkan pada tahun 1990 an.

sumber : ICTY Demographics Unit

formula pengiraan populasi dari ICTY






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Komunism satu ideologi? Ya. Sedikit-sebanyak dah diubah-ubah mengikut negara, zaman, campuran ideologi politik dan sosial yang berbeza, tapi masih berpaksikan ideologi Marxism oleh Karl Marx dan sorang lagi yang tulis buku The Communist Manifesto, Frederick Engels

Rumor dari mana? Perspektif rumor tu dari sisi mana?

I flipped the coin, maka saya bentangkan pendapat dari sisi kepala

Kita kembali ke berabad, berdekad yang lampau....

1. Teori Marxis percaya komunis hanya boleh dicapai once in the whole world. Ni adalah teori sains mengenai evolusi manusia. Marx meramalkan bahawa masyarakat akhirnya akan menjadi masyarakat komunisme mengikut reasoning dia dalam Historical Materialism. Teori paling terkenal Marx adalah teori Surplus Value, semua nilai ekonomi dihasilkan oleh tenaga kerja. Ada orang buat kerja, ada lah ekonomi nya. More worth...lagi produktif, lagi menyumbang ke arah pendapatan ekonomi, berbanding masa yang digunakan untuk buat kerja tu

Berdasarkan teori Marx, tujuan utama gerakan sosial di Eropah, is to push the history faster untuk mencapai komunisme. Teori ni juga cakap modal mengeksploitasi pekerja (capital exploits workers). Marx percaya komunisme hanya dapat direalisasikan jika seluruh dunia bekerja untuk itu

Berpuluh tahun selepas itu, Lenin pula ada teori mengatakan bahawa walaupun komunisme hanya dapat direalisasikan di dunia secara keseluruhan, pekerja juga dapat memiliki kuasa mereka di satu negara. Dan Lenin berjaya menubuhkan negara pertama yang diperintah oleh parti komunis, parti pekerja (Russian Social Democratic Labour Party tahun 1898–1912) dan kemudian mengolah Leninism berasaskan teori Marxism untuk buat Russian Communist Party pada tahun 1912 dan buat rampasan kuasa melalui revolusi Bolsheviks

Kenapa Lenin buat macam tu tanya @dani-rox

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 14-2-2019 11:14 PM

Kita pergi ke China pula...

2. Idea Barat mula tersebar ke China selepas Opium Wars. China cuba mempelajari idea Barat. Mereka cuba dengan buat reformasi Perlembagaan Monarki, seperti yang dibuat oleh Britain dan Jepun, tapi gagal. Kuasa-kuasa besar dunia menyerang China bukan sahaja ketika Opium Wars, tetapi berulang kali, pada masa lain-lain, atas sebab yang lain. 1895, Jepun mengalahkan China dan China kena bayar ganti rugi besar. 1900, lapan kuasa dunia bersama-sama menduduki Peking, ibu negara China, dan kena bayar pampasan lagi

Why China's Blue Republic Achieved Nothing

China tak mampu untuk membangun secara kapitalisme kerana semua kekayaan mengalir ke Barat sebab kena bayar pampasan secara berterusan. Jika China berjaya bayar satu pampasan, kuasa Barat akan buat perang lain lagi dan kutip pampasan lain pula. Kapitalis kebangsaan Cina tidak dapat mengumpul modal untuk membangunkan industri kapitalisme moden

3. Sun Yet-sen (akak pakcik semua familiar kan dengan nama ni, ada dalam buku teks sejarah form 5 berpuluh tahun dulu haha) melancarkan revolusi kapitalisme dan menggulingkan Maharaja Qing pada 1911. Tapi kuasa barat tak suka kebangkitan kapitalisme Cina. Kuasa barat menyokong warlords (pemimpin lama, panglima, jeneral, tuan tanah kaya) China, sebab mereka lebih sukakan ekonomi berasaskan pertanian, bukan kapitalisme. Dr Sun dibuang negeri dan cuba nak buat revolusi kedua. Dr Sun, selepas gagal revolusi kapitalis, percaya China harus menyingkirkan dominasi kuasa Barat kalau nak buat kapitalisme China. Untuk menghalau kuasa-kuasa besar dari Barat ni, Dr Sun meminta bantuan Rusia untuk menubuhkan akademi tentera, Akademi Tentera Huangpu, dan bekerjasama dengan parti komunis Lenin

4. Mengikut teori Marx dan teori Lenin, China tidak akan berjaya jadi komunis kerana China belum mempunyai industri, tak de kelas pekerja. Rusia, dengan itu, meminta Parti Komunis China mematuhi kepimpinan Parti Nasionalis aka Kuomintang, sebuah parti kapitalis yang diketuai oleh Dr. Sun dan kemudian oleh Chiang Kai-shek. Parti komunis tidak mempunyai tentera, mereka menyokong tentera Parti Nasionalis. 1926, kempen Ekspedisi Utara dibuat untuk melawan warlords ni, setiap daripada warlords ni ada satu atau lebih kuasa Barat di belakang mereka

Ekspedisi Utara sangat berjaya sehingga tahun 1927, selepas Ekspedisi Utara menakluki Wuchang dan memulihkan konsesi kekuasaan asing di sana. Chiang Kai-shek mengkhianati revolusi kapitalisme pada tahun 1927, membunuh ribuan komunis yang tidak bersenjata dan tidak mempunyai tentera. Chiang Kai-shek menjadi tali barut British dan Amerika di China

5. Komunis selepas penindasan berdarah pada tahun 1927, mula bersenjata dan pada 1949, tentera Nationalis Kuomintang juga boleh dikenali sebagai tentera komunis, mengalahkan Chiang Kai-shek dan mengusirnya ke Taiwan, Jabatan Negara Amerika Syarikat menerbitkan sebuah kertas putih https://archive.org/stream/VanSl ... txt]Who Lost China?. Ia menunjukkan AS dah takde minat kat China

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 15-2-2019 02:00 AM

Dr Sun ni founding father, Father of the Nation to PRC

Parti Kuomintang beralih arah pergi ke Taiwan ikut Chiang Kai-shek, kita pergi kepada Mao Zedong dengan Parti Komunis China tu...

6. Tentera Mao adalah tentera petani. Menurut ideologi Marx dan Lenin, Parti Komunis China (CPC atau CCP) tu tidak boleh menjadi parti komunis kerana majoriti mereka adalah petani. Bagi Mao Zedong, yang ikut teori Marxisme, China perlu mencapai revolusi modal, membangunkan industri, kemudian buat revolusi proletariat (revolusi buruh). Deng Xiaoping (pemimpin besar China lain masa tu) mengembangkan industri di China, dan petani Cina berubah menjadi kapitalis dalam satu generasi. Siapa yang akan membuat revolusi untuk menentang mereka, kalau semua menjadi kapitalis kaya?


As Mao said: ‘win over the majority, oppose the minority and crush all enemies separately.’

Tengok dokumentari ni...

[youtube]kkQYiupa5b4[/youtube]

7. Tapi tradisi lama masih ada, untuk melindungi kekayaan Cina daripada dirampas kuasa Barat. Deng kata, mari kita menjadi kaya, benarkan seseorang untuk jadi kaya terlebih dahulu. Menurut janji ini, adalah tanggungjawab kapitalis Cina untuk membawa golongan miskin menjadi kaya seperti sekarang. China tidak akan melaksanakan sistem Barat sebab dalam sistem Barat, kapitalis tidak bertanggungjawab terhadap golongan miskin, ia adalah tanggungjawab mereka sendiri untuk menjadi kaya

8. Pencerobohan dan eksploitasi Barat yang buat China jadi negara komunis, remember Parti Kuomintang, Dr Sun Yut Sen? Kuasa Barat tidak pernah membantu menjadikan China menjadi negara kapitalisme. Parti Komunis China yang buat China mengamalkan kapitalisme hari ini. Dan kuasa Barat tidak pernah menginginkan demokrasi di China, sebab mereka menguasai China selama 100 tahun tanpa cuba memperkenalkan demokrasi. Mereka menentang gerakan demokrasi Cina oleh Dr Sun

Britain memerintah Hong Kong selama 150 tahun dan tak pernah satu tahun pun bagi orang Hong Kong mengundi gabenor mereka. Gabenor Hong Kong sentiasa dipilih oleh Britain untuk memerintah dan membuat undang-undang di Hong Kong

9. Tapi sekarang, PRC tu nama saja diperintah oleh CPC atau CCP, komunis. Itu hanya atas nama saja. Hari ini, ideologi baru menggantikan manifesto komunis Mao. Ada yang cakap China adalah negara kapitalis sosialis, negara autoritarian, negara meritokrasi tapi...

Bersambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 15-2-2019 12:57 AM

Apa itu China?

Pada pendapat saya, China adalah negara meritokratik Kapitalis-Sosialis. Pemerintahannya dikendalikan oleh pegawai profesional melalui sistem 'berasaskan merit', likened to sebuah syarikat kapitalis. Sangat serupa dengan perbadanan, pemimpin tertinggi dipilih oleh beberapa orang, sama seperti 'lembaga pengarah' dalam sebuah syarikat

Adakah sebuah syarikat Amerika tu komunis? Orang akan cakap tak, itu adalah model kapitalis. Jadi, apa yang membezakan pemerintahan kerajaan PRC ni dengan negara kapitalis yang lain, kenapa masih panggil PRC negara komunis?

Pada masa China cuba berubah dari terus terikat dengan Mao dan visi komunis nya, Deng Xiaoping adalah pemangkin yang menggerakkan China dari satu arah yang lain ...kapitalisme. Deng melihat rakyatnya, dengan kebangkitan dan tenaga dalam perusahaan swasta. Dia melihat ini melalui orang China yang bekerja di luar negara dan mereka yang bekerja di Hong Kong di bawah pemerintahan British

Walaupun China masih mempunyai dasar dari negara sosialis, kebangkitan ekonomi China yang pesat didorong oleh sektor swasta dan transformasi syarikat-syarikat kerajaan yang lebih banyak mengikuti model kapitalis

Jadi, secara rasmi China masih guna perkataan 'Komunis', tapi kejayaan ekonomi China digerakkan oleh ideologi sosialis dan kapitalis. Mereka masih berselindung di bawah nama KOMUNIS, even menyambut hari jadi Karl Marx, kononnya mereka ni masih lagi pengikut setia ideologi komunism pffft. Don't judge the book by its cover. But, how I wish PRC is more transparent to the world... Sudah2 laa menipu dunia, cakap awak komunis lagi, mula2 pun ideologi Marx tu dah diolah mengikut acuan awak lol

*Redundant sebab nak tegaskan PRC bukan negara komunis punnnnn sekarang   Bukan Mao Zedong, tapi Sun Yut-sen yang mula-mula berurusan dengan negara komunis Soviet, Russia atau whatsoever nama negara dia masa tu. Mao Zedong berpaling arah lepas tengok kejatuhan komunis di Rusia dan bankrupt...

TT, boleh bagi sumber rumor tu?

Gambar:



Translation: "Firmly excute system of democracy centralism, be sure that everyone have the right to know, right to vote, right to be a voter, right to supervise." <---- ni banner dari mereka yang masih mendokong manifesto komunism? Tidak!

Pendapat anda?

Rujukan
1. Buku2 teks sejarah berdekad yang lalu
Europe: A History - Norman Davies
The Long March: The True History of Communist China's Founding Myth - Sun Shuyun
Soviet Marxism-Leninism: The Decline of an Ideology - Alfred B. Evans

2. Wikipedia, Google, of course

3. Crash course about Asian and European History oleh cikgu sejarah saya, dengan ucapan, keep your cikgu2 closer and appreciate them. You won't be who who you are now, without their tunjuk ajar

4. Revisiting nota sejarah lama dalam kotak pandora

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 14-2-2019 11:12 PM
Kita pergi ke China pula...

2. Idea Barat mula tersebar ke China selepas Opium Wars. China cuba m ...

Dekat mana salah bbcode niiiiiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.090854 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list