Liyana Jasmay menegaskan dia bukan jenis yang akan menikam belakang sahabat. Malah, menurut Astro GEMPAK, pelakon dan pengarah itu sangat menghargai nilai sebuah persahabatan.
Bercerita mengenai filem terbaru arahannya iaitu Bella & Jammy, Liyana akui teruja dapat bekerjasama dengan kawan baiknya, Cik Puan Juliana Evans.
"Saya gembira dapat berkerjasama dengan Juliana. Kami lama berkawan rapat, sudah tentu kami punyai keserasian untuk berlakon bersama," katanya.
Ada sesiapa bercakap buruk mengenai persahabatan mereka? Kalau ada, jangan percaya kerana menurut Liyana, dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah dan bermasam muka dengan Juliana, malah mereka memahami antara satu sama lain.
Kredit foto: IG Liyana Jasmay
"Saya tidak pernah cari pasal dengan kawan-kawan saya. Bukan dalam filem sahaja, realitinya pun saya tak pernah tikam belakang," ujarnya. - CARI |