CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 8

"Semenyih Ada Potensi Sebagai Kawasan Pelancongan Basikal" - YB Syed S

[Copy link]
Post time 15-2-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq berkata kawasan Semenyih berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan basikal kerana lokasinya yang strategik. Sambungnya lagi, kawasan itu mempunyai trek basikal dengan kemudahan yang baik dan mampu dimanfaatkan oleh penduduk Semenyih.



Sumber Gambar: Utusan Online



Beliau akan berbincang tentang pembangunan fasiliti rekreasi di Semenyih bersama kementerian yang berkaitan dan pihak yang berwajib. YB Syed Saddiq turut memberi pendapat bahawa kemudahan lain seperti padang bola dan gelanggang futsal turut akan dinaik taraf kerana terdapatnya atlet muda dari Semenyih dan juga berguna untuk penduduk di situ.


Dalam lawatan rasmi KBS itu, turut dianjurkan program seperti senamrobik, gunting rambut secara percuma dan penukaran minyak hitam secara percuma.



Sumber Gambar: Twitter @KBSMalaysia






Sumber Gambar: Twitter @KBSMalaysia






Namun, lawatannya itu mendapat kritikan segelintir rakyat Malaysia yang menyatakan agenda beliau hanyalah kerana akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Semenyih tidak lama lagi.


Namun, YB Syed Saddiq menyangkal dakwaan berkenaan dan berkata lawatan berkenaan tiada kena mengena dengan pilihan raya dan sudah dijadualkan sekian lama. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 12:38 PM | Show all posts
yele tu dgn lori bapak besaq pastu laju2 plak tu..seremm nak kayuh basikal
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 02:26 PM | Show all posts
Saddiq ni bendul ....dia sanggup buat apasaja janji ph menang ....tp rakyat dah meluat .


Hati rakyat sudah tidak terpujuk lagi setelah dikencing lencun hancingggggggggggg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 03:56 PM | Show all posts
dia ni dh ada GF blm eh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas woiii...ada treking elok ker? Kang mati katak plak mcm budak2 kat Johor dulu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 05:22 PM | Show all posts
yg aku tau geng beskal ni ride kat hiway lekas tu je la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2019 09:49 AM | Show all posts
agak2 kalo kampung aku ada PRK nnt ada potensi apa plak yer..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar2 lori kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman PH dan BN sama jer.

BN dulu berapa banyak hospital diorang janji nak buat tapi haprak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.536514 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list