CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3630|Reply: 4

Sejarah Jenama Kasut 'Power'

[Copy link]
Post time 15-2-2019 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by leblues at 15-2-2019 04:27 PM



Semenjak kecil dan sehingga kini, setiap kali kekedai kasut Bata pasti kita akan membelek kasut sukan jenama Power yang ada dipamerkan di semua kedai jenama tersebut.

Tidak dapat dinafikan kasut itu mempunyai rekaan yang agak menarik namun ada ketikanya seakan-akan diinspirasikan daripada jenama lain yang lebih besar, daripada segi rekaan serta corak yang digunakan.


Jenama Power merupakan antara kasut sukan mampu milik yang menawarkan produk berkualiti dengan harga yang rendah. Bagaimanapun, kita selalu tertanya-tanya; kenapa jenama ini selalu dipandang rendah berbanding jenama lain seperti jenama N, A atau P?

Sejarah jenama Power


Rasanya kita semua tahu kasut jenama Power memang hanya dijual melalui cawangan-cawangan kedai Bata. Berbeza dengan jenama-jenama sukan yang lebih gah, Power tidak mempunyai cawangan butik sendiri melainkan dibeberapa negara tertentu.

Ini kerana memang sejak mula lagi jenama Power dibangunkan sebagai salah satu cabang syarikat Bata meluaskan perniagaan mereka, cuba mengeluarkan produk sukan.


Pada awalnya, Bata International, syarikat induk kepada jenama Bata merancang untuk mengeluarkan kasut sukan dengan penubuhan Power Athletics pada tahun 1971.

Bagaimanapun, kasut keluaran Power Athletics ketika itu tidak menggunakan jenama 'Power' tetapi menggunakan nama yang berbeza iaitu 'Flash.' Lihat logo jenama Power yang ada sekarang - mungkin sekarang anda boleh faham dari mana datangnya logo tersebut.

Boleh dikatakan mendapat sambutan, Power Athletics merasakan mereka perlu melakukan penjenamaan semula produk mereka, dengan jenama 'Flash'dirasakan agak terhad dan kurang sesuai bagi membina identiti jenama itu. Pada tahun 1979, Power Athletics secara rasminya mula memasarkan produk dengan menggunakan jenama Power, seiring dengan nama asal syarikat mereka.

Menaja Piala Dunia


Produk kasut sukan keluaran Bata sebelum adanya Power sebenarnya sudah dikenali ramai, dengan beberapa produk mereka seperti Bata Wilson, kasut bola keranjang yang menjadi kegilaan ramai serta kasut berbasikal Bata Biker mendapat sambutan menggalakkan.

Jenama Power dicipta bagi meneruskan kesinambungan yang telah dibina sekian lama dan kasut-kasut keluaran Power mula mendapat tempat dikalangan atlit serta olahragawan, berikutan fungsinya yang baik, berkualiti dan yang lebih penting harganya yang jauh lebih murah berbanding jenama lain.


Penerimaan orang ramai semakin menggalakkan khasnya kasutbola sepak sehinggakan Bata dan Power menjadi antara 13 penaja rasmi kasut sukan untuk digunakan semasa temasya bola sepak Piala Dunia di Mexico padatahun 1986.

Rasa malu dengankasut Power?


Seandainya anda berbual tentang kasut, pasti ramai yang menyimpan stigma bahawa kasut Power tidak sebaik jenama-jenama lain. Realitinya kita semua tidak mengamalkan penggunaan yang sama dan sudah pastilah setiap orang mempunyai daya ketahanan kasut yang berbeza.

Kasut Power merupakan antara produk yang yakini sehingga kini dan beberapa pasang kasut yang dibeli, tidak banyakbezanya dengan jenama lain daripada segi ketahanan. Tak dapat dinafikan,pemasaran jenama lain berjaya membuatkan wujudnya kasta di antara jenama-jenamaitu dengan jenama seperti Power yang jarang dipopularkan.

Walaupun jenama Power di Malaysia boleh dikatakan sebagai 'kasut sukan untuk budak sekolah', di India lain pula kisahnya. Jenama Power mendapat sambutan hangat dengan Power menjadi antara jenama kasut paling terkenal di sana. Ini turut sama dibantu dengan pembukaan kilang yang mengeluarkan kasut jenama tersebut di sana.


Berikutan kedudukan India sebagai pasaran terbesar jenama Power, Bata mengambil keputusan melancarkan tiga siri baru produk Power diIndia pada tahun 2018 seterusnya merasmikan pembukaan butik eksklusif jenama Power di Uttar Pradesh pada bulan Mac 2018.

Adakah pembukaan butik eksklusif seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan orang ramai yang Power bukan sekadar jenama kasut sukan budak sekolah? Kita tungguh dan lihat kelak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 04:48 PM | Show all posts
bagus je kasut ni..mampu milik. bg yg bersenam ikut musim je tu xpayah lah berangan beli adidas. beli power dh cukup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 04:58 PM | Show all posts
matchstick replied at 15-2-2019 04:48 PM
bagus je kasut ni..mampu milik. bg yg bersenam ikut musim je tu xpayah lah berangan beli adidas. bel ...

Selain dari jenama ni, ada 2 jenama lain yg agak top gak masa tu

1. Aliph
2. North Star

Ingat2 lupa nama2 tu pasal dah lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 05:34 PM | Show all posts
Jenama Aliph tu...dlm 2017 ada designer dia dtg bg briefing kt aku. Silap dia tak mohon paten...kalau paten dia dah jadi jutawan. Tak payah nak kerja pensyarah AD sampai pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:38 AM | Show all posts
Power ? Hahah. Pprtnya nama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.698857 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list