View: 4212|Reply: 52
|
[Tempatan]
Najib teruk ditroll netizen
[Copy link]
|
|
Netizen ‘troll’ Najib'
“Troll” Najib Razak yang menyasarkan kerajaan Pakatan Harapan bertukar menjadi “senjata makan tuan” apabila netizen bertindak “menyerang” akaun Twitter bekas Perdana Menteri itu.
Najib menerusi ciapan di laman sosial miliknya berkata “RM50 tak penuh troli pun” sambil memuat naik gambar beliau memegang troli di sebuah pasar raya.
Bagaimanapun, ciapan berkenaan menjadi bahan jenaka netizen yang mencipta pula “troll” dengan ayat yang lucu serta menyinggung cara Najib mentadbir negara sebelum ini.
Seorang pengguna Twitter @Sultan Melaka menjawab ciapan berkenaan:
“Hang beli quinoa memang la mahal, tak penuh troli.
“Tapi masa dulu hang ada RM2.6 bilion mesti la penuh troli. Kah kah kah”
Najib sewaktu masih Perdana Menteri dan ketika seni ‘troll’ sangat asing buat dirinya, mendedahkan bahawa beliau tidak makan nasi tetapi quinoa, iaitu sejenis bijiran mahal yang berharga sekitar lebih RM500 untuk 10kg.
Seorang lagi pengguna Twitter, @luf_kin berkata:
“Dari zaman kau dulu RM50 troli tak penuh lahai”
Pengguna Twitter @bumilangit pula memuat naik foto rampasan barangan dari hartanah yang dikaitkan dengan Najib tahun lalu.
jon (jown bukan john)
@bumilangit
“Shopping kat Tesco memang la tak penuh troli, bossku. Beli la Birkin, Bijan, barulah melimpah limpah troli, bosku..,” katanya.
Birkin dan Bijan adalah jenama beg tangan mewah yang dirampas pihak berkuasa.
Najib ketika ini dikenakan lebih 40 pertuduhan di Mahkamah atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang.
Pengguna Twitter juga menulis #PencuriKu #TakTahuMalu pada ciapan berkenaan.
Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) selepas gabungan itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
BN meninggalkan legasi hutang yang besar iaitu dianggarkan mencecah RM1 trilion.
Walaupun menghadapi situasi kewangan yang mencabar, kerajaan PH tidak meminggirkan rakyat yang memerlukan.
Menerusi inisiatif Bantuan Sara Hidup (BSH), kerajaan PH telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi fasa pertama program tersebut yang memanfaatkan 4 juta isi rumah. – Roketkini.com
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Najib sendiri yang bawa level dia ke taraf yang boleh di troll rakyat. ..hidupnya hari2 troll PH. ..padahal dia lupa masa dia memerintah dulu ...PH pun mmg banyak kelemahan dan macam.gali Kubor sendiri. ....cuba perbaiki cara memerintah demi untuk rakyat dan pedulikan kata2 dari pembangkang. ...ni isu sijil pun tak.abis2. ...dah tahu hang x de sijil degree cubalah tunjukkan hang bagus dalam pemerintahan. ...ni bila pembangkang yg x de kerja mcm najib tu suka troll ...sibuk lah pemimpin PH ni melayan isu sijil da masing2 duk cuba tunjuk bukti. ..rakyat nk perubahan bukan isu2 merepek ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
wowww..1trillion hutang negara ye |
|
|
|
|
|
|
|
cubaan counter troll najib.
satu kemajuan. |
|
|
|
|
|
|
|
cmni pun kira boleh la
asal dapat menyedapkan sementara hati mahachai taik yg sdang luka parah
|
|
|
|
|
|
|
|
Biashe biashe je trollnya..x da fakta..kalo pickup line juri cakap tak sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar profile tbaru najib..x sampai 24 jam cecah 128k like !! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
1 triliyun tu chartered accountant tu ke yg kira? |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya zaman dia xpernah pun totok dia gebang RM50 penuh troli
tu yg berpusu undi ubah nak dapat balik RM50 penuh troli
xcaya tanya tony phua chu kang
budak twitter pun level bangang dorang pun setaraf budak wechat skrg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AbukRokok at 16-2-2019 12:14 AM
ulang siar
time gst
RM-USD RM4.15
telur 10's RM3.6- Rm3.7
time sst
RM-USD RM 4.10
telur 10's RM4.20 -RM4.40
cc tony phua chu kang
sorry time GST RM-USD RM4.3-4.4
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 15-2-2019 06:29 PM
masalahnya zaman dia xpernah pun totok dia gebang RM50 penuh troli
tu yg berpusu undi ubah nak dapa ...
Kalau undi umno atau najib balik jadi PM boleh dapat balik rm50 penuh satu troli kut. ..... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm undi PH hari tu la ingat nak trunkan halege balang... habis je gst 0 nan hado...naik pulak
kne game dgn tauke tauke
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman najib
Gst - harga barang naik - pendapatan negara naik
Zaman guanjeng
Sst - harga barang lagi naik - pendapatan negara menurun - taukeh banyak suka |
|
|
|
|
|
|
|
Ni je la modal nak troll najib. Ye la nak harap apa, muntri semua level spm pun tak ambik. Sedihhh troll macam ni pun mahacai dah climax
Pahlawan bugis relaks je troll muntri hancing with fakta bukan auta. |
|
|
|
|
|
|
|
Setau aku Najib tak pernah canang RM50 satu troli...aku cukup ingat hal ni...takkan org mcm Najib tak faham pasal inflation... |
|
|
|
|
|
|
|
wah...netizen ni semakin pandai menilai...kalau salah mmg tetap salah dan kena kaw2...satu kemajuan ni...
semakin seronok lak tgk peel pak mentri , ex pak menteri dan netizen.. |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 15-2-2019 05:33 PM
Gambar profile tbaru najib..x sampai 24 jam cecah 128k like !!
ini yg buat mahacai mengelupor kepanasan kena heat stroke terus meracau meraban. mcm kene sawan babi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|