sumber : mhe.tv
Mohon maaf dalam tempoh tujuh hari – Misha Omar
Rentetan penyebaran fitnah kononnya menggunakan ilmu sihir ketika malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) penyanyi Misha Omar bertindak membuat laporan polis. Dalam satu sidang media, penyanyi lagu Sampai Bila ini meminta agar beberapa individu terlibat penyebaran fitnah di media sosial itu meminta maaf dalam tempoh tujuh hari. “Perkara ini menjejaskan reputasi saya kerana ramai yang bertanya akan kebenarannya. Walaupun dalam nada bergurau, ia memberi kesan kepada saya. “Saya tidak minta wang. Cuma jumpa saya dan mohon maaf dalam tempoh tujuh hari. “Ini juga menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik orang ramai supaya menggunakan media sosial sebaik mungkin,” jelas Misha. Dalam sidang media tersebut, Misha turut hadir bersama peguam dari Amelda Fuad Abi & Aidil. Laporan polis telah pun dibuat dan pihak Misha telah menghantar laporan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. Pada malam AJL33 lalu, Misha memenangi anugerah Vokal Terbaik selain tempat ketiga menerusi lagu ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri. – MHE TV
|