CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

ALL ABOUT ZAHIRAH MACWILSON [RUMAH 9]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 15-2-2019 10:21 PM | Show all posts
Kata2 Ira kt sini menjadikan aku lebih bersemangat. N tenang sket la... baik la... tak sabar nak tunggu 2019. Sbb nak tgk Ira kat tv n layar perak.

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2019 10:25 PM | Show all posts

FENOMENA JANGAN BENCI CINTAKU

#Fika
#RafeeqaHuda
#TeamFikaChu
#TeamFika

  

  

Jangan Benci Cintaku raih 12 juta tontonan
Oleh Feride Hikmet Atak
feride.hikmet@bh.com.my
credit to: bharian online



KUALA LUMPUR: Episod cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna yang melatari drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku mengakhiri siarannya, kelmarin dengan cemerlang apabila mengumpul 12 juta penonton.

Menghiasi slot Akasia di TV3, drama lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun itu turut meraih lima juta tontonan di YouTube dan portal video, Tonton , sekali gus membuktikan produksi terbitan Suhan Movies itu memiliki tarikan tersendiri.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, lakonan mantap ketiga-tiga pelakon utama itu turut meninggalkan kesan sehingga mempengaruhi emosi penonton yang memberikan pelbagai maklum balas di media sosial.

“Sering jalan cerita drama yang disiarkan menerusi slot Akasia dilabel sebagai klise. Namun, kejayaan Jangan Benci Cintaku yang berakhir tayangannya Selasa lalu ternyata membanggakan kami.

"Drama ini mengasak emosi penonton hingga ia menjadi tular dan trending di media sosial ketika bersiaran gara-gara keberkesanan lakonan tiga pelakon utamanya itu," katanya.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:25 PM | Show all posts
Tak kaut semua tawaran

credit to: hmetro online.

najiy.jefri@hmetro.com.my



KEMBARA seni aktres berusia 23 tahun ini bagaikan magnet yang pantas menarik perhatian khalayak untuk mengikuti perkembangannya.

Impak persembahannya sentiasa menjadi perbualan penonton drama Melayu malah ramai memuji kemampuannya menjiwai apa saja watak.

Tidak hairanlah pelakon jelita bernama Zahirah MacWilson ini sering menjadi buruan syarikat produksi dan pengarah.

Meskipun dihujani pelbagai tawaran Zahirah bagaimanapun tidak terburu-buru memilih karya yang bakal dibintanginya.

Katanya, setiap tawaran yang datang perlu diteliti karakter dan jalan ceritanya agar apa dipersembahkan punya standard tinggi.

“Alhamdulillah, setakat ini karier saya berjalan dengan baik. Sebenarnya saya tidak akan terburu-buru menerima tawaran.

“Saya bukan individu yang kaut semua tawaran kerana penting untuk saya mengenali karakter bakal dibawa supaya lakonan sampai ke hati penonton.

“Biarpun banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya pemilihan watak yang berbeza beri ruang kepada saya untuk belajar ilmu baharu.

“Saya mahu bertahan lama dalam bidang ini. Malah, kalau boleh biarlah kehadiran saya dihargai dan diiktiraf,” katanya.

Tambah Zahirah, dia juga bimbang sekiranya terlalu kerap muncul di kaca TV akan membuatkan penonton bosan.

“Saya kena rancang kerjaya dan pastikan diri ini terus diterima dan relevan.

“Justeru, saya ambil pendekatan untuk pilih naskhah yang bagus dan berkualiti. Soal kerap atau tidak muncul di kaca TV itu bukan perkara utama kerana apa yang lebih dipentingkan adalah persembahan saya melekat di hati penonton,” katanya.

Filem

Siapa sangka, tiga tahun mencanai bakat Zahirah akhirnya terpanggil untuk membintangi filem aksi.

Peluang bekerja dengan Ghaz Abu Bakar serta pelakon Zizan Razak dan aktres seberang, Luna Maya antara tarikan untuknya menerima tawaran menjadi sebahagian daripada karya yang belum diputuskan judul itu.

“Sebelum ini saya pernah beritahu belum bersedia untuk menjayakan filem walaupun ada banyak tawaran.

“Barangkali watak yang ditawarkan itu kurang sesuai dengan saya selain faktor kekangan masa.

“Namun apabila dilamar membintangi filem aksi ini, saya rasa sayang untuk tolak kerana wataknya mencabar.

“Tak sabar rasanya nak masuk set penggambaran filem ini bulan depan dan bekerjasama dengan barisan tenaga kerja yang hebat,” katanya.

Belum sedia bercinta

Pengakhiran kisah cinta dengan seorang pelakon bukan satu episod mudah buat Zahirah melupakan kenangan suka duka.

Masa berlalu, Zahirah bagaimanapun enggan terus mengenang kisah cinta yang sudah lama terkubur itu.

Zahirah berkata dia kini semakin matang dan bahagia melayari hidup tanpa cinta yang jauh lebih indah.

“Saya lebih mengenali diri saya yang sebenar. Meski bukan mudah untuk ‘move on’, saya belum terfikir untuk mencari pengganti.

“Buat masa ini fokus saya kerja. Lagipun, saya masih muda dan tiada apa yang ingin dikejar. Jika ada yang datang untuk kenal saya okay saja,” katanya.

Tambah Zahirah, dia akui ramai jejaka cuba mendekati, namun dia pula belum bersedia untuk bercinta.

“Memang ada yang nak berkawan dan cuba mendekati tapi nantilah dulu.

“Saya mahu kukuhkan karier seni selain bercadang membabitkan diri dalam dunia perniagaan fesyen,” katanya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:28 PM | Show all posts
Ira cantik sgt. Mekap pun cantik.
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:29 PM | Show all posts
credit to: @jajamis






























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:31 PM | Show all posts
credit to: @jajamis  




























Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2019 10:35 PM | Show all posts
welcome...
ke thread ZM.
leh membawang kat cni pula.

klu la @Zmacwilson
log in, leh la join sekaki kat cni.


dan sesape jek yg nak join. join la kitaorg kat sni.



Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:39 PM | Show all posts
Tq hijau..check in..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:48 PM | Show all posts
Mari undi Ira utk Aktress Pilihan JBC, DFKL2019.

click cni -->AKTRESS PILIHAN DFKL2019 - ZM_JBC

Kita fokus undi Ira kat kategori AKTRESS PILIHAN JBC yach.

  

Hi zmsquad!
.
.
Anugerah DFKL 2019 | Zahirah Macwilson
.
.
SWEETIE tercalon utk Kategori 🔽 :
.
1) Aktress Pilihan (Zahirah Macwilson)
2) Drama Pilihan (Jangan Benci Cintaku & Cinta Koko Coklat)
3) Pasangan Pilihan (Zahirah Macwilson & Saharul Ridzuan | Zahirah Macwilson & Aqasha
.
.
Team drama Jangan Benci Cintaku & Cinta Koko Coklat turut tercalon..Korg boleh undi juga utk kategori lain yg tertera dibawah🔽 :

1) Aktor Pilihan
2) Lagu Pilihan
3) Pengarah Pilihan
4) Penulis Skrip Pilihan
5) Antagonis Pilihan
.
.
Layari https://www.xtra.com.my/ms/dfkl/undi/aktres-pilihan# untuk mengundi,atau boleh klik link dekat bio😘
.
.
Undian boleh dibuat setiap 2jam 10kali sehari..Ayuh squad..kita kecil tp padu❤️..letsss vote for ur sweetie ❤️ @zahirahmacwilson
.
.
.
#dfkl2019
#aktresspilihan
#pasanganpilihan
#dramapilihan
#janganbencicintaku
#cintakokocoklat
#zahirahmacwilson
#zmfc
#zmsquad


Ikut je arahan kat caption ni. Pulun undi Ira banyak2. Tq.

  


Musim senaman jari sudah bermula. Marilah kita bersama2 mengundi @zahirahmacwilson
utk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di https://www.xtra.com.my/ms/dfkl/undi/aktres-pilihan#

Boleh vote Ira utk kategori aktress pilihan, pasangan pilihan & drama pilihan. Utk tiga2 kategori ni Ira tercalon utk 2 drama Jangan Benci Cintaku (JBC) & Cinta Koko Coklat (CKC). Sy personally 💯 fokus kat kategori aktress pilihan & vote Ira utk JBC. Sy menyeru kawan2 semua utk buat perkara yg sama, please fokus utk JBC utk mengelak dari berlakunya perpecahan undi. Ampun maaf kpd sesapa yg terlibat dlm drama CKC (& fans CKC jugak) tp we must admit that JBC ada peluang lbh besar.

Bg memaksimumkan undian boleh guna lain2 browser (mozila, chrome, ie, etc), boleh undi di pc, hp, hp bf, hp parents, hp jiran etc. Yg paling senang selain mengundi secara normal, boleh undi guna private window (incognito) seberapa banyak yg boleh. Tolong buat yg ni bila2 ada masa lapang please.
Undian boleh dibuat smpai 25 Mac.
#zahirahmacwilson
#dfkl2019
#donekempen

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku ira x payah reply komen mcm ni..x bes lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 11:08 PM | Show all posts
jajamis replied at 15-2-2019 10:53 PM
Pada aku ira x payah reply komen mcm ni..x bes lah

What say u @monitor4 ?


ngehngeh.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe la. Komen dah lesap. Hihik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 15-2-2019 11:15 PM
Xpe la. Komen dah lesap. Hihik.


Yess dh lesap sbb ramai yg komen x puas hati dgn jawapan ira
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:23 PM | Show all posts
Check-In semanis madu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 15-2-2019 11:08 PM
What say u @monitor4 ?



Aku setuju dgn @jajamis, pd aku better Ira ignore je.

Aku baru lps DM Ira psl ni. Suruh dia ignore je. Xpun ttp je ruangan komen. Ntah bila dia akan baca or mmg xkan baca ke DM tu... X kesah la. Kalau dia baca semoga X buat lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 15-2-2019 11:15 PM
Xpe la. Komen dah lesap. Hihik.

Ohh... Patut aku nampak komen2 kata Ira delete komen. Biarla... Better la delete dr jd punca gaduh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
monitor4 replied at 15-2-2019 11:27 PM
Aku setuju dgn @jajamis, pd aku better Ira ignore je.

Aku baru lps DM Ira psl ni. Suruh dia ig ...

Well, Ira kan degil orgnya.

Bagus, ko dah dm dia kan.
Aku klu nak dm. Aku kopipes je la ayat aku bfore ni. Spy dia lebih hadam.
Tp, nnti jadi mcm adik ko pula. Merata tmpt komen ayat yg sama. Hahahhaha.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 15-2-2019 11:29 PM
Well, Ira kan degil orgnya.

Bagus, ko dah dm dia kan.

Hahahahahah. Ala... Kalu ko DM ayat yg sama pun Ira sorang je yg tau. Kalau adik ko tu, semua org nampak komen copy paste dia lol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
monitor4 replied at 15-2-2019 11:37 PM
Hahahahahah. Ala... Kalu ko DM ayat yg sama pun Ira sorang je yg tau. Kalau adik ko tu, semua org  ...

Aiks. Malu2 kucen lak nak mengaku dia tu adik ko. Motip ko pass kat aku pula?

Hanya mendoakan agar Ira n #zahirAH baik2 sj. Pandai2 la dorg nak handle netizen.
Bila perlu kita dm Ira. Haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.593481 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list