View: 1300|Reply: 6
|
[Tempatan]
Remaja Dipukul, Dicium Dan Diliwat
[Copy link]
|
|
Muhaamad Hafis Nawawi
DIPUKUL, dicium dan diliwat. Itu nasib malang menimpa remaja lelaki yang menjadi mangsa nafsu songsang penghuni asrama sebuah pusat pemulihan dadah di Karangan, Kulim.
Dalam kejadian terbaru jam 12 tengah malam Isnin lalu, mangsa berusia 18 tahun yang sedang tidur di asrama pusat pemulihan dadah terbabit didatangi lelaki berusia 21 tahun yang mengejutnya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, sebaik mangsa terjaga, suspek kemudian terus bertindak melampiaskan nafsu songsang dengan meliwatnya.
Menurutnya, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek turut mengugut memukulnya jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
“Malah sebelum ini mangsa turut pernah dipukul, dipeluk dan dicium beberapa kali.
“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil memberitahu pihak pusat pemulihan terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob semalam,” katanya hari ini.
Ahmad Nasir berkata, suspek kemudian ditahan jam 7.30 malam tadi di perkarangan IPD Kulim selepas dibawa pihak pengurusan.
“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 6:39 PM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setan |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Technically its a prison.
Liwat meliwat perkara biasa walaupun peliwat sebelum tu dah declare 'no homo'.
Ini kira nasib baik kes dia masuk paper siap polis kata nak ambil tindakan.
Kebanyakkan tak bernasib baik jadi belaan abang T-Bag sampai keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanatnya gayah penagih ni |
|
|
|
|
|
|
|
golongan penjubo lgbt ni memang penjenayoh....elok le dihumban ke dalam penjare bior die begesel dengan dinding...wakakakakakkakaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|