CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1560|Reply: 16

[Tempatan] Tiga Pelajar Hilang Di Sekolah

[Copy link]
Post time 16-2-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Nishanty Nantha Gopal (kiri) dan Amira Anisa bersama Nirosha hilang sejak semalam. FOTO Ihsan Pembaca
TIGA remaja perempuan dari Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka, Arau dilaporkan hilang apabila tidak pulang semula ke pusat jagaan itu selepas menjalani latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau semalam.

Mereka ialah dua beradik Nishanty Nantha Gopal dan Nirosha Nantha Gopal, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun berasal dari Tanjung Malim, Perak dan rakan mereka, Amira Anisa Aziman, 16, dari Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mereka didapati tidak pulang ke pusat itu selepas tamat latihan sukan di sekolah mereka di Arau pada jam 6.00 petang semalam.

“Pemandu di pusat jagaan itu tiba di sekolah untuk mengambil mereka bertiga namun tidak muncul di tempat kebiasaan pemandu menunggu mereka.

“Pemandu terbabit turut mencari ketiga-tiganya bersama pelajar lain di dalam sekolah dan kawasan berdekatan tetapi tidak menemui mereka,” katanya hari ini.

Menurut Nanda, kali terakhir mereka dilihat oleh pusat jagaan berkenaan adalah ketika menghantar mereka keluar dari pusat jagaan untuk ke sekolah bagi menghadiri latihan sukan di sekolah itu.

“Nishanty memakai t-shirt biru gelap lengan pendek dengan tertera perkataan ‘Polis’ di hadapan baju manakala adiknya bersama seorang lagi rakan mereka memakai t-shirt biru gelap berlengan pendek dipercayai baju sukan sekolah.

“Polis giat mencari mereka dan orang awam yang terlihat mereka boleh menghubungi Balai Polis Arau di talian 04-9861222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 5:42 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nishanty Nantha Gopal (kiri) dan Amira Anisa bersama Nirosha hilang sejak semalam. FOTO Ihsan Pembaca

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Check semua segi. Kemungkinan ada penderaan n all. Banyak kes now pusat penjagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
lostfaith replied at 16-2-2019 08:10 AM
Check semua segi. Kemungkinan ada penderaan n all. Banyak kes now pusat penjagaan.

Ni sek bebudak nakal.....dorang memang nakal....tiap masa nk kena pantau, mcm banduan....leka sikit mcm ni lah jadinya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai anak2...if betui2 la larik dr sekolah...kat luar nie lagi byk org zalim n munafik...harap anak2 semua berada dlm keadaan selamat dan sihat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kebetulan pulak tu nama ketua polis arau dekat nak sama dengan nama 2 beradik india yg hilang tu. terkonfius pulak masa baca. moga mereka ditemui segara dalam keadaan selamat. jangan dah lepas ke siam sudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2019 08:37 AM | Show all posts
UPDATE : Dah ditemui di Taiping

TIGA remaja yang hilang selepas tidak pulang ke pusat jagaan Rumah Kanak-Kanak Arau (RKK Arau) daripada latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau semalam sudah ditemui polis.

Mereka dipercayai dalam perjalanan ke rumah saudara salah seorang daripada mereka, Amira Anisa Aziman, 16, di Taiping bagi melawat saudara Anisa.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mereka ditemui di dua lokasi berasingan iaitu seorang di Perlis manakala dua lagi di Taiping, Perak.

Katanya, hanya Amira dan Nishanty Nantha Gopal, 17 yang sempat ke Taiping hari ini manakala Nirosha Nantha Gopal, 14, sedang menunggu seorang lagi rakan mereka di sebuah sekolah petang tadi.

“Nirosha ditemui seorang guru di sebuah sekolah rendah di daerah ini hari ini sebelum guru terbabit memaklumkan kepada RKK Arau dan menjemputnya pulang ke pusat jagaan berkenaan.

“Dia (Nirosha) memaklumkan kakaknya bersama Amira dalam perjalanan ke Taiping dengan menaiki kereta api dan polis di Taiping menunggu mereka di stesen KTMB Taiping,” katanya.

Nanda berkata, mereka sudah merancang untuk melawat saudara Amira sejak kelmarin.

“Mereka rancang pergi berempat tetapi si adik tidak sempat menemui seorang lagi rakannya sebelum rancangan mereka terbongkar dan kes ini tiada unsur penculikan atau lain-lain jenayah.

“RKK Arau kini sedang mengambil dua lagi remaja yang berada di Balai Polis Taiping dan kes ditutup selepas mereka tampil ke Balai Polis Arau malam ini,” katanya.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan tiga remaja perempuan dari Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka, Arau hilang apabila tidak pulang semula ke pusat jagaan itu selepas menjalani latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau semalam.

Kehilangan mereka disedari pemandu RKK Arau yang mendapati ketiga-tiganya tidak menunggu pemandu terbabit di tempat biasa di sekolah itu selepas habis latihan rumah sukan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 17-2-2019 08:37 AM
UPDATE : Dah ditemui di Taiping

TIGA remaja yang hilang selepas tidak pulang ke pusat jagaan Ruma ...

Thank you

Comments

sesamer :)  Post time 17-2-2019 08:41 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 08:40 AM | Show all posts
KANGAR, 15 Feb (Bernama) -- Ketiga-tiga penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka yang dilaporkan hilang semalam ditemui selamat di Stesen Keretapi Taiping pada kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata seorang daripadanya Nirosha A/P Nantha Gopal, 14, sudah pulang ke Rumah Kanak-kanak Arau manakala kakaknya Nishanty, 17, dan rakannya Amira Anisa  Aziman, 16, masih lagi berada di Balai Polis Taiping.

"Menurut keterangan mereka mahu ke rumah saudara kepada Amira Anisa di Taiping untuk  menghilangkan rasa bosan," katanya.

Kes akan ditutup apabila Balai Polis Taiping mendapat pengesahan lanjut daripada ketiga-tiga mereka, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas mengikuti latihan rumah sukan di ?? Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.

Ketiga-tiga mereka ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau atas perintah mahkamah kerana diabaikan keluarga.

BERNAMA

**gedik suingguh .. hanya sebab bosan huh


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusat penjagaan or sekolah takde buat rombongan bawa budak2 ni berjalan ke?
Kesian depa bosan duduk kat tempat sama je...
Depa pun nak jalan2 tengok tempat orang..
Jangan la kata depa gedik....
Budak2 gini umur muda dah duk asrama memang kurang kasih sayang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah semua selamat takde kejadian buruk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik takde pape. Ingat kena culik bawak masuk thai dah. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 01:17 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 16-2-2019 08:50 AM
Ni sek bebudak nakal.....dorang memang nakal....tiap masa nk kena pantau, mcm banduan....leka siki ...
selepas menjalani latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau semalam


Sekolah Menengah Kebangsaan Arau?...




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula ingat nak hencap. Tapi lepas baca yg mereka terdampar di rumah kanak2 tu sebab diabaikan keluarga masing2 timbul pulak rasa belas. Pulak tu mereka bersekolah harian biasa & bergaul dgn pelajar2 yg complete keluarganya, sudah tentu student lain galak bercerita tentang percutian mereka bersama family setiap kali cuti sekolah. Sedang mereka pulak hanya duduk terperuk di asrama mengadap dinding & syiling. Bertabahlah dik. Moga Allah jadikan mereka anak2 yg cemerlang & direzkikan dengan takdir2 yg baik. Aamiin Ya Rabb
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 02:06 PM | Show all posts
Mujurlah selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 17-2-2019 03:20 PM
Decaffeinated replied at 17-2-2019 01:17 PM
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau?...




Bkn.....sek men keb arau tu sek biasa....bebudak yg ada masalah sosial ni ditempatkn kat asrama & di pantau...tapi bersekolah kat sek biasa bg bercampur dgn bebudak lain
..tapi kena pantau ketat lah sbb dorang ni terlebih nakal sikit....dorang ni akal panjang...bkn mcm anak anak kita....anak jantan aku...umor 14,15 tak reti lg naik public transport.....

Selalunya yg dihantar ke sini dari negeri lain yg jauh dari perlis.   .yg org tak kenal asal usul dia.....

Ada sorang kakak ni...ank dia kwin dgn budak bekas asrama ni.....dah kawin...dah umor dua puloh lebih pun perangai minah rempit tak hilang lagi....gaduh dgn laki..lari tumah...gaduh dgn mak mertua...lari rumah....setahun ntah berapa kali larirumah...bahasa pun blh tahannnn....nk buat mcmana ..dah ank dia sayang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.268233 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list