CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11565|Reply: 125

[Tempatan] Update : Penyamun MRT Berjaya Ditangkap

  [Copy link]
Post time 16-2-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 19-2-2019 07:26 AM

SABTU, 16 FEBRUARI 2019 @ 9:42 AM

SEORANG wanita dibelasah sebelum disamun seorang lelaki dalam kejadian di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada Khamis lalu.


Kejadian jam 6.45 pagi itu dirakamkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan dan tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman berdurasi 55 saat itu, mangsa berusia 48 tahun yang menggalas sebuah beg dan memegang beg tangan dilihat masuk ke dalam lif disusuli seorang lelaki.

Belum sempat pintu lif ditutup, suspek terus menyerang mangsa dengan menumbuknya di muka menyebabkan wanita itu jatuh.

Suspek terus membelasah mangsa tanpa belas kasihan walaupun mangsa dilihat merayu dan cuba mempertahankan dirinya.

Suspek yang memakai baju-T berwarna gelap itu kemudian merentap beg tangan mangsa sambil memegang bahagian bahagian belakang baju wanita itu.

Biarpun pintu lif sudah terbuka pada saat ke-24 video berkenaan, suspek dilihat menekan semula butang tutup pada lif berkenaan sebelum terus membelasah wanita itu dan menendangnya beberapa kali.

Sebaik lif tiba di aras bawah, suspek meluru keluar dari lif berkenaan dan mencampakkan semula beg tangan wanita itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kejadian mengakibatkan wanita itu mengalami bengkak di dahi serta kesakitan pada bahagian badan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“Barangan milik mangsa yang hilang dalam kejadian itu adalah kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.

“Kita juga sudah merakam percakapan tiga orang saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
SEORANG wanita dibelasah sebelum disamun seorang lelaki dalam kejadian di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada Khamis lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohmaiii!!! Scarynyaaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:39 AM | Show all posts
ekonomi merosot jenayah menjadi-jadi....ape kata menteri2 yang ada ijazoh dan yang takde ijazoh? wakakakakkaakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:43 AM | Show all posts
gile babi punye perangai


kalu ada taser, taser kt kat anu dia aja
biar terus mandul seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2019 10:43 AM | Show all posts
sial betul, dah la merompak, ko siap belasah ahso tu... cepat la dpt tangkap nak nya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:47 AM | Show all posts
CharlesDera replied at 16-2-2019 10:39 AM
ekonomi merosot jenayah menjadi-jadi....ape kata menteri2 yang ada ijazoh dan yang takde ijazoh? wak ...

Daripada sibuk jadi keyboard warrior 24/7, why not sumbangkan buah fikiran tentang bagaimana nak tingkatkan ekonomi negara dan cegah jenayah daripada berleluasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 11:04 AM | Show all posts
Pixie902 replied at 16-2-2019 10:47 AM
Daripada sibuk jadi keyboard warrior 24/7, why not sumbangkan buah fikiran tentang bagaimana nak t ...

teman dah sumbangkan dah...kome yang tak bace....dan kome ingat kerajaan nak dengor ke pandangan rakyat? deme lagi berbangge dengan pendapat deme sendiri....tamboh pule kerajaan kite ni mempunya gejale "we know better than all of you people" dan "you people know nothing", dan idok lupe "kome jangan nak memandeimandei".....jadi..tak payoh le menyumbang nyumbang...takkan dididengor nye.....melainkan keme tu keroje kerajaan pangkat 44 dan keateh....mungkin idea keme buleh pakai disebabkan pangkat keme tu....paham? wakakakakkakakakakaka
teman main internet dekat sini pun teman cerite bende yang betui...yang ilmiah dan yang saintifik...tak macam penjubo2 etis kawan mike tu...bowdow sains...ade ke asei manusie berasei daripade jubo beruk...tu dwdrum aka dwdumbass dan abangbikerz aka abangberukz tu...wakakakkakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:12 AM | Show all posts
setakat 400 belasah perempuan
dgn perempuan org tua kanak2 berani pukul
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ah so. Sebagai manusia mana hati kau yenna? Sanggup pukul perempuan. Harap cepat polis dapat tangkap. Kena kat perempuan ada anak kecik? Wey tak dpt bygkn.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg celaka tak guna punya kelakuan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh sial nya. Ko tumbok berkali2 muka perempuan. Ko terajang lagi. Takziah utk amoi tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Woiii..jantan xguna...sdp ko tendang ye..ni klu dpt tangkap mmg syok ni..elok diterajang oleh abam polis..melayu ke tu...awal bgun pg cari rezeki ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 16-2-2019 11:20 AM
Kesian ah so. Sebagai manusia mana hati kau yenna? Sanggup pukul perempuan. Harap cepat polis dapat  ...

Yenna kuil.ke.. temgok muka cam.mulayu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati hati la hangpa. Mana mana pun tak selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita tikam penjahat tu. Kita pulak masuk jail. Emm. Kena standby pepper spray
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:35 PM | Show all posts
Kenapa blur kan muka..?? Dah tu cemana org nak cam kasi belasah patah kaki tangan. Bongok tul...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk rompak, rompak je la. Amik beg pastu blah. Yg beriye belasah pompuan tu da kenape. Siap pijak2 pulak. Dendam ke ape sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:52 PM | Show all posts
takutnya, dh la aku slalu gak naik lift kt stesen mrt ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.094096 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list