CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Perlu ada kempen oleh media dan civil society agar semua menteri yg fake degree

  [Copy link]
 Author| Post time 17-2-2019 02:28 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 02:30 PM
orgsepang replied at 17-2-2019 02:12 PM
Banyaknya maklumat yang tt ada  
Tak boleh ke tt bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk dia ...

Information di hujung jari anda clue nya tu perlu di fahami baru misteri penipuan terdedah

Report polis terhadap marzuki dah di buat berkali2, tengok haaa bukti nyaaaa kat bawah ni dia pampang report tu truihhh ......

ada nampak marzuki kena tahan oleh MACC atau polis ?  Pihak yg boleh bertindak adalah AG ...tapi AG satu geng dgn menteri2 penipu tu semua . Jadi pihak mana lagi yg boleh bertindak ?

Nak bekerjasama dgn pihak berkenaan tu siapa dia apabila semua yg berkuasa memejamkan mata pada jenayah yg berlaku ?


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


Dakwaan sijil palsu, lagi laporan polis dibuat terhadap Marzuki


AKTIVIS politik, Muhsin Abdul Latheef menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berhubung dakwaan memiliki ijazah sarjana muda palsu. - UTUSAN ONLINE
07 Februari 2019 6:30 PM

PULAU PINANG 7 Feb. - Selepas membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berhubung dakwaan memiliki ijazah sarjana muda palsu minggu lalu, aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef hari ini sekali lagi membuat laporan berkait isu yang sama.

Laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis Daerah Timur Laut di sini bertujuan supaya siasatan dapat dijalankan selepas Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat kenyataan berbeza dan berubah-ubah dalam masa singkat berhubung kelayakan pendidikannya.
Menurut Muhsin, beliau berharap siasatan dapat dilakukan berhubung kesahihan kenyataan Marzuki itu kerana tidak mahu rakyat Malaysia terus tertipu.
"Laporan polis hari ini dibuat kerana saya berasa ragu-ragu dan keliru dengan kenyataan Marzuki sebelum ini.
"Adakah beliau pemegang ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dari Universiti Cambridge melalui program pengajian jarak jauh (PJJ) atau dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat.
"Selain itu, laman Wikipedia berkenaan Marzuki juga didapati telah disunting selepas isu ini hangat diperkatakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Minggu lalu, Muhsin yang juga lebih dikenali sebagai pengendali blog Mamu Parpu membuat laporan polis selepas beberapa pendedahan di media sosial mengenai sijil ijazah sarjana muda Marzuki yang didakwa palsu.
Sebagai reaksi kepada dakwaan itu, Marzuki dilaporkan berkata, ijazah dalam pentadbiran perniagaan beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat, bukannya Universiti Cambridge di United Kingdom.
Sementara itu, Muhsin berkata, tambah mengelirukan apabila carian di laman web mendapati Universiti Antarabangsa Cambridge Amerika Syarikat tidak tersenarai dalam institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Biritish.
Keadaan itu, katanya, menimbulkan persoalan sama ada sijil daripada universiti yang tidak diiktiraf oleh negara luar boleh diiktiraf dan sah diperakukan di negara ini.
"Lebih mengejutkan, di dalam laman web itu juga tertera cara pembelian sijil dengan harga AS$9,000 (RM37,000) bagi kelulusan doktar falsafah (PhD).
"Sehubungan itu, saya menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertimbangkan semula jawatan Marzuki di dalam kerajaan dan Bersatu.
"Adalah lebih baik juga untuk beliau meletak jawatan daripada terus menipu rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 03:02 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 03:04 PM

Laporan polis di buat pada 7 feb........ lihat kenyataan muhyidin di artikel bertarikh 12 feb yaitu SELEPAS LAPORAN POLIS itu .

Dia simply kata cukup dgn penjelasan yg marzuki beri pada dia dah memadai tak perlu pepe tindakan lanjut dahhhhh , soal jawatan serah kat tun .....errr hadir sama ketika tu adalah timbalan ketua polis negara hokayyy yg buat de je   .....

itu sama mcm muhyidin meletakkan diri dia sebagai hakim mahkamah laa kan kan kan , lalu dia melepaskan marzuki tu dari kesalahan tanpa perlu melalui proses mahkamah pepe pung .

Dah jelas muhyidin abuse kuasa dia utk melepaskan rakan menteri dia dari tindakan undang2 ...dan timbalan ketua polis negara tu pun complicit sama.  

Ini bukan soal jawatan dan status dlm PPBM semata2 , tapi ini mengenai perbuatan jenayah yg termaktub dalam kanun keseksaan yg perlu di siasat dan di dakwa. Kalau penjelasan dah memadai apa perlu di wujudkan akta dan mahkamah ? Apa perlu penghakiman segala ?






]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

Selasa, 12 Februari 2019 | 2:01pm



MUHYIDDIN diiringi Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar (kiri) bersalaman dengan pegawai dan anggota yang menyambut ketibaannya semasa lawatan kerja ke Jabatan Penjara Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia. - Foto Bernama

Marzuki kekal Setiausaha Agung BERSATU - Muhyiddin

  
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my


SEMENYIH: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan status Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung parti itu masih kekal.
Beliau berkata, walaupun Marzuki dipalit dengan dakwaan memalsukan status ijazahnya, penjelasan yang diberikan Timbalan Menteri luar itu sudah memadai dan mencukupi.
“Saya fikir beliau sudah memberikan penjelasan yang mencukupi. Orang boleh berkata apa-apa dan paling penting beliau sudah menjelaskan hakikat.
“Bagi saya (penjelasannya) cukup, memadai dan beliau kekal sebagai Setiausaha Agung (BERSATU), soal jawatan dalam kabinet, itu hak Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Kem batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Baru-baru ini, aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef tampil membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan ke atas Marzuki.
Ia susulan pendedahan seorang warganet dikenali Zulfarhan Pargon menerusi akaun Facebook kelmarin, yang mendakwa program Pengajian jarak Jauh (PJJ) yang diikuti Marzuki itu tidak wujud.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan (PH) khususnya BERSATU sentiasa berpegang kepada prinsip integriti dan kejujuran.
“Saya bersetuju bahawa prinsip kita ialah jangan berbohong. Mungkin ada orang yang tidak akan berpuas hati, yang penting penjelasan sudah diberi,” katanya

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/02/530015/marzuki-kekal-setiausaha-agung-bersatu-muhyiddin



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 03:05 PM | Show all posts
kalau penjelasan memadai , tutup sajalah semua penjara, hapuskan sistem keadilan runtuhkan mahkamah , biar tun dan muhyidin saja decide dgn dengar penjelasan semata2. End of the story.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 09:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 09:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 09:58 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 10:00 PM



menteri2 PH dan tun memperlihatkan sikap nih......

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2019 10:23 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 10:34 PM



Demo mcm ni satu permulaan lah tapi ia tak begitu efektif kalau tak di buat dgn lebih menyeluruh dgn guna cara yg lebih berkesan dan sistematk ,

yg lebih penting adik2 tuh sekelian perlu viralkan video ni ke semua facebook menteri2 dan tun ,  dan rakan2 pelajar seluruh malaysia , serta sesiapa saja yg adik2 kenal lah di kalangan masyarakat ......biar semua sedar mengenai apa yg berlaku .









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 10:41 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 10:42 PM

demo sekali tu je tapi apabila di viralkannya secara sistematik umpama demo di adakan di setiap phone dan laptop di seluruh malaysia .....itu baru kaw kaw dan lebih menyeluruh impaknya ....

hantar video tu tulis sama " penat2 belajar bayar ptptn seumur hidup utk dpt yg ori tapi yg ada fake degree yg kaut hasil lumayan seumur hidup "

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 10:49 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 10:50 PM

c'mon mahasiswa semalaysia..... semua ada phone ada laptop kan kan kan  ....buat serangan maklumat dgn lebih tersusun ......post to every facebook nation wide the demo and mesej yg memberi high impak pada minda seluruh rakyat malaysia agar mereka semua sedar apa yg berlaku ....

Yg paling ditakuti oleh tun dan PH adalah sokongan menjunam ....dgn serangan maklumat ittew sokongan PH pasti terjejas apabila ramai rakyat mula sedar penipuan yg di buat PH tu ..... you must understand their fear to use that to your own advantage.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 10:56 PM | Show all posts
Apply strategic information warfare because we live in the cyber age  ....tun minda dia masih di zaman tok na doq mana dia faham mende2 nih .....dia ingat dia boleh tipu sapa pun tak tawwww mcm zaman pm4 dulu2 iayayaaaa betoi2 ketinggalan zaman lah haih.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Laporkan kepada PBB supaya beri tekanan terhadap kerajaan yang x demokrasi skang neh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-2-2019 11:59 PM
Laporkan kepada PBB supaya beri tekanan terhadap kerajaan yang x demokrasi skang neh!!!

Pbb involve campurtgn negara luar yg amat bahaya kerana nak target pemimpin tapi seluruh rakyat yg jadi mangsa kerana sekatan ekonomi selalunya jln yg pbb suka guna ...biar rakyat negara ni berjuang dgn cara aman damai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 12:11 AM | Show all posts
sapa la yang tongong sangat undi penipu2 ni jadi wakil rakyat

undi pakai kaki lettew

tolol



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada demo depan sogo smlm.. Ramai mahasiwa bw Replika sijil palsu Cambridge & sijil Barchelor in Kulinari
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodol sokong jah utk turunkan menteri2 hanat fark degrees bagai ni. Kau ingat senang ke nak belajar dpt degree bagai? Ujong2 kau beli degree dan berlagak cam punyai degree walhal bodoh sial kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:03 AM | Show all posts
menarik. baru tahu SPRM pon ada buat kes pasal fake degree.


so now SPRM apsal tak keja munturi2 and timbalan2 munturi kaki kencing neh semua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 01:01 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-2-2019 01:04 PM

Pemalsuan sijil boleh berdepan tindakan dibuang kerja serta tuduhan jenayah

Dr Muzaffar Syah Mallow
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Februari 10, 2019 12:05 MYT                                   

SEMUA pihak dalam negara kita perlu memastikan segala sijil ataupun dokumen yang dimiliki oleh mereka sama ada yang berkaitan dengan akademik ataupun kemahiran adalah sah dan diperakui pengunaannya dalam negara kita dan bukannya palsu.

Ini kerana sekiranya mereka menggunakan sijil ataupun dokumen yang palsu untuk melakukan atau menjalankan sesuatu perkara seperti untuk mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan ia akan menjadi satu perbuatan salah laku (misconduct) yang boleh digunakan sebagai alasan kukuh untuk dibuang dari kerja (dismissal).

Perbuatan terbabit juga boleh dikategorikan sebagai satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Semenjak akhir–akhir ini banyak kedengaran mengenai isu yang melibatkan penipuan pengunaan sijil atau dokumen palsu yang berlaku dalam negara kita.

Isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini bukanlah satu isu yang jarang kita dengari berlaku dalam negara kita. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini dilihat semakin menjadi–jadi berlaku.

Isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini bukan sahaja berlaku dalam negara kita, malah ia turut berlaku di serata dunia. Tidak dapat dipastikan punca utama berlakunya isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini.

Namun ia dipercayai berlaku kerana beberapa faktor seperti kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang mendesak seseorang itu untuk menipu serta memalsukan sijil ataupun dokumen bagi mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan, kemunculan pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini juga dikatakan banyak membantu dalam memudahkan proses pengeluaran sijil ataupun dokumen palsu untuk digunakan bagi tujuan menipu, serta untuk tujuan melakukan sebarang jenis perbuatan jenayah seperti penipuan serta bagi menjalankan aktiviti bagi mengelirukan orang awam untuk faedah diri pelaku itu sendiri.

Sekiranya seseorang itu disyaki mengunakan sijil ataupun dokumen palsu untuk menipu bagi mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan, pihak majikan boleh melakukan siasatan rapi dan terperinci terhadap tuduhan terbabit.

Sekiranya tuduhan berkenaan didapati benar, pihak majikan boleh mengenakan sebarang jenis hukuman terhadap pekerja terbabit termasuklah hukuman atau tindakan membuang pekerja berkenaan. Penipuan yang telah dilakukan ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan atau salah laku yang serius boleh membawa kepada pembuangan pekerjaan terhadap mana – mana pekerja yang telah didapati bersalah melakukan kesalahan penipuan terbabit.

Salah laku yang dilakukan oleh pekerja boleh terbahagi kepada salah laku kecil serta salah laku serius. Pekerja yang didapati bersalah melakukan salah laku kecil selalunya akan diberikan surat peringatan ataupun amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan lagi. Pekerja yang melakukan salah laku serius pula akan berdepan dengan hukuman yang lebih berat termasuklah dibuang dari kerja.

Terdapat pelbagai jenis salah laku serius yang boleh sebabkan seseorang itu dibuang terus dari kerja seperti kesalahan ponteng kerja dengan terlalu kerap tanpa adanya alasan yang munasabah, terlibat dalam sebarang aktiviti atau kegiatan yang jelas salah disisi undang – undang seperti pengambilan bahan terlarang seperti dadah serta melakukan penipuan besar seperti pemalsuan terhadap sijil atau dokumen milik diri mereka.

Selain daripada dibuang kerja, kesalahan penipuan sijil dan dokumen ini juga boleh dianggap sebagai salah satu kesalahan jenayah dan boleh disiasat dan didakwa dibawah Kanun Keseksaan [Akta 574].

Antara seksyen yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi tujuan siasatan dan pendakwaan sebarang kes yang melibatkan jenayah pemalsuan sijil ataupun dokumen ini adalah Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574] menyatakan tentang kegiatan jenayah pemalsuan ini dengan jelas iaitu “Barang siapa membuat sesuatu surat atau sebahagian surat palsu dengan niat hendak menyebabkan kerosakan atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau hendak menyokong apa - apa tuntutan atau hak, atau hendak menyebabkan seseorang melepaskan harta atau membuat apa - apa kontrak yang nyata atau yang disifatkan ada, atau dengan niat hendak melakukan tipuan atau supaya tipuan boleh dilakukan, adalah melakukan pemalsuan”.

Seksyen 465 Kanun Keseksaan [Akta 574] pula memperuntukkan hukuman terhadap kegiatan jenayah pemalsuan ini dengan menyatakan bahawa “Barang siapa melakukan pemalsuan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua – duanya”.

Oleh yang demikian, adalah penting supaya isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini dipandang serius oleh semua pihak dalam negara kita. Ia bagi mengelakkan diri mereka yang terlibat daripada menyesal dikemudian hari kerana boleh berdepan dengan hukuman yang berat.

Pihak majikan perlu memainkan peranan mereka dengan meneliti segala sijil ataupun dokumen yang diberikan kepada mereka. Pihak majikan tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini kerana ia melibatkan reputasi organisasi mereka.

Bahagian sumber manusia disetiap sektor pekerjaan perlu menjalankan proses pengesahan teliti terhadap semua jenis sijil ataupun dokumen yang telah diberikan oleh pekerja bagi memastikan setiap sijil ataupun dokumen yang telah diberikan oleh setiap pekerja mereka adalah sah serta diperakukan untuk pengunaannya dalam negara kita.

Tidak boleh wujud sebarang kompromi dalam soal pengesahan sijil ataupun dokumen akademik ataupun kemahiran yang dimilik oleh seseorang individu dalam negara kita.


   * Dr Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemalsuan-sijil-boleh-berdepan-tindakan-dibuang-kerja-serta-tuduhan-jenayah-198124




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 01:13 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-2-2019 11:59 PM
Laporkan kepada PBB supaya beri tekanan terhadap kerajaan yang x demokrasi skang neh!!!

Soalan cepumas ....apa kuasa di tgn rakyat paling ampuh yg free je tanpa tunggu PRU 15 pungg utk memaksa kerajaan dan pihak berkuasa bertindak terhadap menteri2 penjenayah sijil fake degree ?


Jeng jeng jeng

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamek kawww.

Ada peruntukkan undang2.

Apsal tindakan undang2 Tak diambil?


Hipokrit sangat sial
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:15 PM | Show all posts
iosl setuju dgn kempen mcm tu, bkn menteri je, prof or doktor yg ada fake degree pon patot kene resign gak dr institusi memasing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.112950 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list