CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Perlu ada kempen oleh media dan civil society agar semua menteri yg fake degree

  [Copy link]
 Author| Post time 18-2-2019 01:01 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-2-2019 01:04 PM

Pemalsuan sijil boleh berdepan tindakan dibuang kerja serta tuduhan jenayah

Dr Muzaffar Syah Mallow
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Februari 10, 2019 12:05 MYT                                   

SEMUA pihak dalam negara kita perlu memastikan segala sijil ataupun dokumen yang dimiliki oleh mereka sama ada yang berkaitan dengan akademik ataupun kemahiran adalah sah dan diperakui pengunaannya dalam negara kita dan bukannya palsu.

Ini kerana sekiranya mereka menggunakan sijil ataupun dokumen yang palsu untuk melakukan atau menjalankan sesuatu perkara seperti untuk mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan ia akan menjadi satu perbuatan salah laku (misconduct) yang boleh digunakan sebagai alasan kukuh untuk dibuang dari kerja (dismissal).

Perbuatan terbabit juga boleh dikategorikan sebagai satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Semenjak akhir–akhir ini banyak kedengaran mengenai isu yang melibatkan penipuan pengunaan sijil atau dokumen palsu yang berlaku dalam negara kita.

Isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini bukanlah satu isu yang jarang kita dengari berlaku dalam negara kita. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini dilihat semakin menjadi–jadi berlaku.

Isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini bukan sahaja berlaku dalam negara kita, malah ia turut berlaku di serata dunia. Tidak dapat dipastikan punca utama berlakunya isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini.

Namun ia dipercayai berlaku kerana beberapa faktor seperti kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang mendesak seseorang itu untuk menipu serta memalsukan sijil ataupun dokumen bagi mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan, kemunculan pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini juga dikatakan banyak membantu dalam memudahkan proses pengeluaran sijil ataupun dokumen palsu untuk digunakan bagi tujuan menipu, serta untuk tujuan melakukan sebarang jenis perbuatan jenayah seperti penipuan serta bagi menjalankan aktiviti bagi mengelirukan orang awam untuk faedah diri pelaku itu sendiri.

Sekiranya seseorang itu disyaki mengunakan sijil ataupun dokumen palsu untuk menipu bagi mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan, pihak majikan boleh melakukan siasatan rapi dan terperinci terhadap tuduhan terbabit.

Sekiranya tuduhan berkenaan didapati benar, pihak majikan boleh mengenakan sebarang jenis hukuman terhadap pekerja terbabit termasuklah hukuman atau tindakan membuang pekerja berkenaan. Penipuan yang telah dilakukan ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan atau salah laku yang serius boleh membawa kepada pembuangan pekerjaan terhadap mana – mana pekerja yang telah didapati bersalah melakukan kesalahan penipuan terbabit.

Salah laku yang dilakukan oleh pekerja boleh terbahagi kepada salah laku kecil serta salah laku serius. Pekerja yang didapati bersalah melakukan salah laku kecil selalunya akan diberikan surat peringatan ataupun amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan lagi. Pekerja yang melakukan salah laku serius pula akan berdepan dengan hukuman yang lebih berat termasuklah dibuang dari kerja.

Terdapat pelbagai jenis salah laku serius yang boleh sebabkan seseorang itu dibuang terus dari kerja seperti kesalahan ponteng kerja dengan terlalu kerap tanpa adanya alasan yang munasabah, terlibat dalam sebarang aktiviti atau kegiatan yang jelas salah disisi undang – undang seperti pengambilan bahan terlarang seperti dadah serta melakukan penipuan besar seperti pemalsuan terhadap sijil atau dokumen milik diri mereka.

Selain daripada dibuang kerja, kesalahan penipuan sijil dan dokumen ini juga boleh dianggap sebagai salah satu kesalahan jenayah dan boleh disiasat dan didakwa dibawah Kanun Keseksaan [Akta 574].

Antara seksyen yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi tujuan siasatan dan pendakwaan sebarang kes yang melibatkan jenayah pemalsuan sijil ataupun dokumen ini adalah Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574] menyatakan tentang kegiatan jenayah pemalsuan ini dengan jelas iaitu “Barang siapa membuat sesuatu surat atau sebahagian surat palsu dengan niat hendak menyebabkan kerosakan atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau hendak menyokong apa - apa tuntutan atau hak, atau hendak menyebabkan seseorang melepaskan harta atau membuat apa - apa kontrak yang nyata atau yang disifatkan ada, atau dengan niat hendak melakukan tipuan atau supaya tipuan boleh dilakukan, adalah melakukan pemalsuan”.

Seksyen 465 Kanun Keseksaan [Akta 574] pula memperuntukkan hukuman terhadap kegiatan jenayah pemalsuan ini dengan menyatakan bahawa “Barang siapa melakukan pemalsuan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua – duanya”.

Oleh yang demikian, adalah penting supaya isu penipuan pengunaan sijil ataupun dokumen palsu ini dipandang serius oleh semua pihak dalam negara kita. Ia bagi mengelakkan diri mereka yang terlibat daripada menyesal dikemudian hari kerana boleh berdepan dengan hukuman yang berat.

Pihak majikan perlu memainkan peranan mereka dengan meneliti segala sijil ataupun dokumen yang diberikan kepada mereka. Pihak majikan tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini kerana ia melibatkan reputasi organisasi mereka.

Bahagian sumber manusia disetiap sektor pekerjaan perlu menjalankan proses pengesahan teliti terhadap semua jenis sijil ataupun dokumen yang telah diberikan oleh pekerja bagi memastikan setiap sijil ataupun dokumen yang telah diberikan oleh setiap pekerja mereka adalah sah serta diperakukan untuk pengunaannya dalam negara kita.

Tidak boleh wujud sebarang kompromi dalam soal pengesahan sijil ataupun dokumen akademik ataupun kemahiran yang dimilik oleh seseorang individu dalam negara kita.


   * Dr Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemalsuan-sijil-boleh-berdepan-tindakan-dibuang-kerja-serta-tuduhan-jenayah-198124




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 01:13 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-2-2019 11:59 PM
Laporkan kepada PBB supaya beri tekanan terhadap kerajaan yang x demokrasi skang neh!!!

Soalan cepumas ....apa kuasa di tgn rakyat paling ampuh yg free je tanpa tunggu PRU 15 pungg utk memaksa kerajaan dan pihak berkuasa bertindak terhadap menteri2 penjenayah sijil fake degree ?


Jeng jeng jeng

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamek kawww.

Ada peruntukkan undang2.

Apsal tindakan undang2 Tak diambil?


Hipokrit sangat sial
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:15 PM | Show all posts
iosl setuju dgn kempen mcm tu, bkn menteri je, prof or doktor yg ada fake degree pon patot kene resign gak dr institusi memasing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 01:23 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-2-2019 01:25 PM

Jawapan pada soalan cepumas tu adalah

SEMUA RAKYAT berhenti bayar segala bentuk tax dan hutang ptptn kepada kerajaan sehingga semua menteri2 fake degree lepaskan jawatan dan di dakwa di mahkamah .

Sebab duit gaji dan elaun menteri2 tu semua kerajaan ambil dari income tax rakyat malaysia , so samalah mcm kerajaan memaksa rakyat memberi rasuah (menyamar sebagai gaji dan elaun) pada penjenayah sijil . Perbuatan kerajaan tu merupakan kesalahan di bawah akta MACC .

Jadi kalau kerajaan nak dakwa di mahkamah rakyat yg tak bayar cukai dan hutang ptptn, kerajaan perlu heret berpuluh juta rakyat malaysia lah ....semua perlu mengaku tak bersalah dan minta di bicarakan ....depan hakim nanti bagi tahu lah tak mahu bayar cukai kerana tak mahu duit tu jadi rasuah utk bayar gaji dan elaun menteri2 penjenayah fake degree.

Simple je kannn....bersatu rakyat teguh , bercerai roboh institusi keadilan negara.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 01:27 PM | Show all posts
Weyy.... menggelupor la tun kalau duit cukai tak dapat di kutip ....lala tu jugak dia akan pecat sesiapa saja menteri2 yg fake degree tu laaa, takkan tun nak depend kat telaga petronas je kot

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2019 01:31 PM | Show all posts
kene laa.. kalau kakitnagan guna sijil pelesu kene tatatertib bagai.. yg jadi menteri menipu kenapa xkene hukum... yg ni lebih dari zalim...

menzalimi golongan2 marhaen yang mmg x berkuasa... semoga menteri2 or siapa2 yg menipu sijil untuk dapat kuasa atau jawatan dilaknat tuhan..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 01:32 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-2-2019 01:34 PM
baghal_bortuqal replied at 18-2-2019 11:03 AM
menarik. baru tahu SPRM pon ada buat kes pasal fake degree.


C'mon rakyat malaysia, berhenti bayar segala bentuk tax dan ptptn pada kerajaan until menteri2 penjenayah fake degree di pecat dan  di dakwa di mahkamah .......it's your right to refuse to make any kind of payment indirectly or directly to those ministers who are criminals



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumbanggg pakatan bottomm!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 17-2-2019 05:32 PM
C'mon rakyat malaysia, berhenti bayar segala bentuk tax dan ptptn pada kerajaan until menteri2 p ...

Ai agree, yang!!! Ai refuse kerajaan pakatan bottom gay macam skang neh!!! No homo, no syed bottomi please!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 02:37 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 18-2-2019 02:39 PM

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
        

                                                                
    Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD                                                                                                                              
   
                    By MT Webmaster                                        On Feb 15, 2019                                                                                                                                
                                
(Abu Leman) – Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh.
Aiman Zainali, calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seorang anak muda yang lahir pada tahun 1989.
Calon berusia 30 tahun ini merupakan anak jati Semenyih dan bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta. Aiman adalah menantu kepada penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pencalonannya mendapat tentangan dari pimpinan setempat apabila jawatan hanya diberi kepada ahli keluarga yang tidak berjasa di kawasan, menurut mereka.
Namun tentera bawang tidak mudah tertipu dengan biodata yang diberikan oleh pihak PH yang sudah pasti selama ini hanya menipu untuk mengaburi masyarakat.
Setelah diperiksa, Aiman dilihat pertama kali menipu kelayakan akademiknya di halaman Linkedin.com apabila mendakwa memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang ‘Mobile Communication’ pada tahun 2016.

https://www.malaysia-today.net/2 ... ntoi-dakwa-ada-phd/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 02:42 PM | Show all posts
Adakah cukup dgn penjelasan haprak pada muhyidin dan tun utk calon PH ni dilepaskan dari pendakwaan ?

Apa saja excuse yg di beri tetap tak boleh justify jenayah palsukan sijil yg dia dah pun mengaku dia buat tu ....period.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:48 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 16-2-2019 12:33 PM
Malaysia ni undang2 longgar...lapuk...Salah BN Masa dulu biarkan benda ni..Tak gubal akta utk banter ...

dia yang fake degree... BN pulak salah....
dah tahu salah usah lah di ikut....buat undang2 baru....jgn la BN terjung lombing pastu PH pulak nak ikut terjun lombong...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 02:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:58 PM | Show all posts
muka tak malu sahja yang  tak akan resign
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 02:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 03:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 03:04 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 18-2-2019 02:48 PM
dia yang fake degree... BN pulak salah....
dah tahu salah usah lah di ikut....buat undang2 baru.. ...

undang2 ada dah utk dakwa semua jenis kesalahan fake degree ..... sekarang ni PH bagi excuse mcm2 utk tak mahu melaksanakannya pada menteri2 dan calon PH kat semenyih tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 03:12 PM | Show all posts
demand agar calon semenyih tu di batalkan kelayakan kerana menipu sijil ...... mana boleh penjenayah jadi calon plakk, dakwa di mahkamah , apa saja alasan yg dia nak guna sila cakap depan hakim nanti lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 03:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 1.226700 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list