View: 1318|Reply: 0
|
Mesin ATM-BERAS Pertama Di Malaysia Bantu Golongan Asnaf
[Copy link]
|
|
Edited by URUHA at 16-2-2019 01:35 PM
Tindakan pengurusan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur menyediakan mesin ATM beras untuk kemudahan asnaf buat penduduk sekitar kawasan itu dipuji ramai. Mesin ATM-BERAS ini merupakan mesin yang pertama di Malaysia.
Di negara Indonesia sudah menyediakan mesim ATM-BERAS ini untuk golongan kurang berkemampuan dan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat telah menyediakan mesin ini buat pertamanya di Malaysia.
Mesin ATM-BERAS ini juga mempunyai fungsi lain termasuk tabung derma dan sumbangan jemaah yang datang ke masjid. Hasil wang derma dari orang ramai ini akan digunakan untuk membeli bekalan beras buat golongan asnaf.
Cara menggunakan mesin ini adalah golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad pada sensor yang ada pada mesin, kemudian bekalan beras sebanyak 2Kg akan dikeluarkan pada saluran dan ruang bawah mesin ini.
Cara menggunakan mesin ATM-Beras :
https://youtu.be/rQM-1wEby-k
Sumber : Masjid Al-Akram |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|