CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11524|Reply: 191

[Tempatan] Tabung Haji batal subsidi jemaah rayuan, pengiring. Perlu bayar penuh.

  [Copy link]
Post time 16-2-2019 02:33 PM | Show all posts |Read mode



TH batal subsidi haji jemaah rayuan, pengiring tahun ini
Jemaah perlu membayar penuh RM22,900 kali pertama tunai haji

BANGI, 10 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Lembaga Tabung Haji (TH) membatalkan pemberian subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan mana-mana individu yang menjadi pengiring mahram, bagi mengerjakan haji tahun ini.

Dengan tindakan TH yang kali pertama dibuat tahun ini, bermakna semua jemaah haji yang berjaya dalam rayuan mereka, dan mana-mana mahram yang menjadi pengiring perlu membayar penuh RM22,900, walaupun kali pertama mereka mengerjakan haji.

Pengumuman mengenai langkah terbaharu TH itu dijelaskan dalam laman Facebook ‘Official-Lembaga Tabung Haji’, semalam sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan netizen.

Seorang pengguna Facebook, yang menggunakan nama Sufikau mengemukakan soalan: “Bagaimana pula subsidi untuk yang membuat rayuan dan peneman mahram walaupun kali pertama juga pergi haji? Adakah kos yang sama?”

Menjawab soalan itu Official: Lembaga Tabung Haji berkata:

“Untuk makluman subsidi haji hanya diberikan kepada bakal haji yang terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun ini 1440H/2019M dan yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.

“Bagi pengiring atau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji. Terima Kasih.”



Menjawab persoalan dibangkitkan Ana Sabrina Ab Rahim, yang mengatakan pada tahun-tahun sebelum ini jemaah rayuan dan pengiring kali pertama diberi subsidi, Official: Lembaga Tabung Haji berkata:

“Untuk makluman, ini sejajar dengan peningkatan kos langsung pengendalian haji seperti kos penerbangan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, penginapan, sajian dan kos masyair. Tabung Haji memilih tahun ini kerana setelah berpuas hati bahawa syarat istitoah yang ditekankan beberapa tahun difahami oleh sebilangan besar umat Islam.”

Sebelum ini, bakal haji termasuk jemaah rayuan dan pengiring hanya perlu membayar RM9,980 sahaja untuk mengerjakan ibadah haji buat kali pertama, dan jumlah itu tidak pernah berubah sejak 2009.

Bagaimanapun, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini, kemudahan itu tidak lagi diberikan kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan pengiring mereka, walaupun tahun ini adalah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, kerajaan menanggung RM12,920 subsidi untuk setiap mereka yang menunaikan haji kali pertama.

Katanya, subsidi itu diberi walaupun dalam keadaan tertekan berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh Tabung Haji.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi pengiring mak ayah pun bukannya senang. Anak beranak kena daftar haji tahun yang sama. Giliran aku 30 tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih pengundi ph
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
PH menang, rakyat senang     wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian penyokong ph. ada yg ingat subsidi haji tu dtg dpd kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:30 PM | Show all posts
pakat naik beskal je la g haji gayanya ni....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka ini merasa tenang bila menyusahkan urusan haji org lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut announce like 6mth back. Bukan dan2 org dah confirm. Jenuh nak cekau the balance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang gila lah. Patutnya kalau perayu dan pengiring kali pertama.... bg je lah subsidi. Lain citer kalau dah 2.3,4 kali pergi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bace kat twitter kata bukan arahan menteri..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri hal ehwal agama islam takda authority ke dalam pengurusan TH?

Honest question
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih penyokong ph terutama melayu islam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 05:17 PM | Show all posts
celaka tul la

ni semua angkara bila si bahlol undi semata2 nak umno tumbang

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 05:26 PM | Show all posts
gujiwa replied at 16-2-2019 04:27 PM
Bace kat twitter kata bukan arahan menteri..

nanti kalau menteri over rule boleh lah dikatakan u turn

kalau aku menteri aku buat senyap ja.... tolong salah, tak tolong salah...



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 05:56 PM | Show all posts
bagus...  kerajaan sepenggal
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 06:15 PM | Show all posts
murahnya nak potong queue...

halal ka ni....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 06:21 PM | Show all posts
hopefully arahan ni ditarik balik segera
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 06:26 PM | Show all posts
lostfaith replied at 16-2-2019 05:15 PM
Terima kasih penyokong ph terutama melayu islam.


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-2-2019 06:15 PM
murahnya nak potong queue...

halal ka ni....

Kalau kau nak bayar mahal sila kan la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 06:33 PM | Show all posts
gujiwa replied at 16-2-2019 06:31 PM
Kalau kau nak bayar mahal sila kan la..

aku rasa kos haji di malaysia ni dah murah dah pun. kalau ko tanya orang negara lain buat haji, lagi mahal.
yang pengiring tu pun belum sampai turn dia lagi. off course la kena bayar penuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075467 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list