CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noor2

kisah Misteri Semasa Memancing

  [Copy link]
 Author| Post time 17-2-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Seterusnya kisah dari blog Rodlentuk di link

http://rodlentuk.blogspot.com/2012/02/kisah-kisah-seram-pemancing-dari-team.html?m=1


Cerita 1 - Kisah bunyi bayi mengerang di hutan bakau


Kisah ini diceritakan semula oleh 2 orang Team RL, Sham dan Shah. Mereka telah pergi ke sebuah muara di Tanjung Piandang, yang di katakan sebuah lubuk bagi ikan semilang. Tepat pukul 12.30 malam (fanatik memburu semilang), mereka sampai ke lubuk tersebut dengan hanya berlampukan cahaya bulan yang separa terangnya.


Perjalanan ke lubuk tersebut tidak memerlu menggunakan sebarang bot kerana dengan menaiki kereta mereka berjaya untuk sampai ke lubuk tersebut dan perlu berjalan kaki di dalam hutan bakau untuk sampai ke destinasi.


Mujur di waktu malam, lubuk tersebut tidak ada sebarang bot nelayan yang lalu, dan mereka mulakan menyiapkan joran untuk melemparkan umpan udang. Sebaik sahaja, umpan di humban ke lubuk, rod melentuk menandakan ikan menarik, wah... memang cepat. Tetapi ikan di situ hanya anak ikan duri, tidak ada tanda-tanda ikan semilang yang dicari.


15 minit berlalu, 5-6 ekor ikan duri telah dinaikkan, tiba-tiba terdengar sebuah bunyi yang pelik, datang dari hutan paya bakau. Bunyi tersebut seolah-olah seorang bayi yang sedang mengerang. Pada mulanya Sham dan Shah tidak mempedulikan bunyi tersebut kerana bunyinya agak jauh. Tetapi selang beberapa minit bunyi tersebut semakin kuat. Bunyi yang kuat dan menyeramkan seolah-olah memanggil Sham dan Shah.


"dengar tak apa yang aku dengar?" kata Shah

"biarkan, jum kita balik, ikan pun tak banyak, ada plak yang menganggu" balas Sham cuba untuk mengelakkan diri dari terus di belenggu rasa takut, walaupun mereka dua memang sudah merasakan perasaan yang seram.


Kedua-dua joran di tarik dan di simpan dan mereka terus balik, sebelum terjadi perkara-perkara yang tidak di ingini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
...............

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 2 - Mencari ikan tengas sampai gelap


Tengahari yang cerah, cuaca yang baik untuk pergi ke Lubuk Lakom, Air Kuning Taiping. Mat dan Bob dari Team RL menyiapkan persiapan mereka untuk memancing ikan tengas. Di Lubuk Lakom memang terkenal dengan ikan yang besar sehingga mencecah 1++Kg.


Perjalanan di mula dengan menaiki motosikal dan di sambungi dengan berjalan kaki di tepi jeram sungai mendaki bukit untuk sampai ke lubuk tersebut. Pada jam 2 petang mereka tiba ke Lubuk Lakom dan agak memenatkan, mereka pun merehatkan diri di tepi jeram sungai sambil menyiapkan kelengkapan untuk memancing tengas.


"letak sahaja dah lekat ikan tengas" Kata Mat pada Bob, memang lapar betul ikan tengas di sini. Mat dan Bob asyik menaikkan ikan tengas yang boleh tahan saiznya. Bob pula mula naik mencari "port" yang lebih sesuai lebih tinggi dari "port" yang di pancing oleh Mat.


Tidak sampai setengah jam, Mat melihat Bob berlari bergegas turun dari celah-celah batu sungai menuju ke arah Mat. Sebaik sahaja sampai di tepi Mat, Bob menepuk bahu Mat sambil menjerit "Mat jum blah!". Dengan tiba-tiba, selepas ditepuk oleh Bob, Mat melihat keadaan sekeliling menjadi gelap gelita, mereka memang terkelu melihat keadaan sekeliling, mereka merasakan keadaan baru jam 4 atau 5 petang, tetapi jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam.


Keadaan yang gelap di hutan tebal, yang tidak ada kampung yang berhampiran. Mereka pula tidak membawa sebarang lampu, dengan hanya pemetik api rokok yang di jadikan lampu untuk menyuluh mereka pulang ke bawah. Sehingga ke hari ini, Bob dan Mat masih mengatakan mereka baru sahaja tiba di Lubuk Lakom, tetapi hari sudah gelap dengan tiba-tiba.


Sebuah pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan.


Kisah-kisah dari pengalaman-pengalaman pemancing yang lain

kredit untuk:

http://rodlentuk.blogspot.com/2012/02/kisah-kisah-seram-pemancing-dari-team.html?m=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
............

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah-kisah dari pengalaman-pengalaman pemancing yang lain


Kisah 1 -

Kisah Seram Ketika Pancing


Kisah pertama ini berlaku di bulan Julai 2009 yang lalu. Saya suami isteri memang minat memancing. Pada waktu itu saya, suami dan seorang adik angkat saya telah pergi memancing di tepi pantai Changi. Kami tiba di sana di waktu petang. Biasalah bila dah sampai sana apa lagi, kami pasang khemah dan menyiap barang-barang pancing kami. Tapi rupanya pada hari tu hujan turun tak henti setelah 3 jam kami berada di sana. Hujan berlarutan hinggalah ke lewat malam. Kami memang berniat memancing 2 hari tapi keadaan begini mengundang kami pulang pada keesokan harinya.


Bila malam tiba, biasalah kalau dah kaki pancing, masih memancing walau pun hujan turun. Kami bertiga berteduh di dalam khemah dan kami biarkan kesemua 7 joran kami tersusun tegak di tepi pantai. Kami tidak tutup pintu khemah jadi kami boleh melihat hujan yang turun dengan lebat sekali. Walaupun hujan tapi suasana tak gelap sangat kerana pancaran dari lampu di jalanraya. Dari khemah, kami masih boleh melihat joran kami di luar dari jauh. Berlampukan lampu yang khas untuk khemah, kami semua duduk di dalam menghadap laut, sambil berbual dan berborak-borak, saya beralih pandangan ke joran kami.


Di dalam hujan, saya ternampak bahawa salah satu dari joran suami telah diangkat dan seperti seseorang sedang memancing ikan. Tetapi tidak kelihatan. Saya terus suruh suami dan adik angkat saya melihat, "Korang tengok kat joran tu. Korang nampak apa yang aku nampak?" Mereka terus diam. Suami pula lagi boleh buat lawak. Dia berkata, "Sudah biarkan. Tempat dah gelap. Harapkan lampu jalan. 'Dia' nak join pancing biarkan lah. Mana tahu dapat ikan. Mana tahu dia tak pernah 'try' pancing 'pakai' joran... Hehehe... Jangan tegur lah. Sekali dia jelma depan mata lagi satu kerja. Dah buat bodoh. Awak tu lemah semangat..."


Selepas suami kata begitu sambil kami memerhatikan joran itu, tiba-tiba seperti benda itu tahu yang kami melihat apa yang dia buat dan terus joran itu dia letak kembali semula ke tempat asal. Ingatkan dah berhenti. Rupanya selang setengah jam dari kejadian itu satu dari joran saya pula dibuat main. Tapi joran saya semua ada saya letak loceng. Jadi bila benda itu seperti bermain dengan joran saya, locengnya berbunyi. Selepas itu ia berhenti. Ia seakan-akan ingin mencuba semua joran itu. Kelakar tapi menyeramkan kerana tidak dapat melihat. Inilah satu kejadian yang saya alami ketika memancing.


darikisahmj12.blogspot.com

kredit ke:

http://rodlentuk.blogspot.com/2012/02/kisah-kisah-seram-pemancing-dari-team.html?m=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
.................

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 2 - Memancing itu seram


Salam semua pembaca..


Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku and the geng dengar ada dengar citer banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. Kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.


Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. Kira penghujung jalan dan last punya lombong la kan..Sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)


Sampai jer terus, semua ambil port memancing. Lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik seekor jelawat lebih kurang 3 kilo. Wow! sangat lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.


Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng….


2 orang kawan aku tengah pasang unggun api.. nak bagi terang kawasan memancing situlah kan.. Walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..Betol tak?


Aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dengan kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.


uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……


Kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yang tak makan umpan. Huh! Hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap dah nih, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. Aduh.. ini dah lebih..dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. Bunyi tu masih lagi berlanjutan..


Tiba2 kawan aku yang lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii…uuuiiiiiii berselang seli dengan tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti punya…Hohohoho


Tak boleh jadi ni, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yang tengah pasang unggun api tak nak balik pasal dorang kata baru sampai. Gila ke apa?! Hampeh betul.. Aku cakap kat dorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh..baru perasan bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siot betul.


Tapi apa nak buat, kena lah lalu jugak kan. Takkan nak tunggu situ lagi..hehe,..Kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe…


Masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yang tau..bulu roma ni dah meremang sakan dah oii… Masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai….Apa lagi? Kita orang semua lompat masuk dalam kereta la. Aku try start kereta, Alhamdulillah..boleh start. Terus masuk gear satu dan jalan..tak tengok belakang dah… hehe.. takut siott..


Tapi…………Ingatkan gangguan dah habis, masa turun dari puncak bukit tu..ada 2 kejadian aneh.


1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu…


2. masa turun kami bertembung dengan dengan teksi. Teksi tu menuju ke puncak bukit. Kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. Syyyyhhhh!..jangan tegur..biarkan je dia. Adui..masa berselisih dengan teksi tu, aku menjeling tengok apa yang ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau..orang yang bawak teksi tu warna hijau…nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. Kami semua masuk dalam rumah..Semua mandi dan sembahyang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah..huhu…


Inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar.. hehe… agak menyeramkan.. kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe

Kredit ke:

dari kisahwww.akufakhrul.com


http://rodlentuk.blogspot.com/2012/02/kisah-kisah-seram-pemancing-dari-team.html?m=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
............

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry kak baru nak share cerita dari mak saya apa yg diceritakan oleh arwah ayah dulu


Ayah saya ni pun masa muda masa abang & kakak masih kecik lagi jenis suka memancing (tapi bukan kaki pancing just hobi suka2 waktu lapang) waktu malam2 juga. Bayangkan zaman 70an dulu kampung suasana memang gelap takde lampu jalan hanya lampu suluh je.

Disebabkan ayah & mak dah pindah subang waktu tu, jadi jarang balik kampung hanya hujung minggu je balik. So ayah lepas gian suka pergi sungai waktu2 malam lepas isyak sebab udang banyak juga kat sungai tu. Banyak juga hasil, mak cakap arwah nenek suka buat masak lemak cili api campur timun nyum2

Jadi ada satu malam hujan, ayah nak keluar tapi masih hujan, so ayah tunggu sampai hujan reda then ayah pergi lah ke sungai agak lewat juga dalam pukul 11 (ingat2 lupa) sungai dengan rumah nenek dalam 10 ke 15 minit jalan kaki.

Ayah pun mula tebar jala & baling joran (tamaknya hehe) atas jambatan situ, tak lama lepas tu macam respond kat jala tu ayah pun tarik tengok2 berapa ekor je udang & anak ikan yg sangkut, yg ada ranting2 kayu je. Ayah pun tarik je stop menjala sebab rasa lain macam.

Then masa ayah tunggu joran dia, belakang dia macam kena baling batu2 kecil, ayah macam tak layan ingat macam batu terpantul ke kot2 lah kan sebab taknak fikir bukan2. Then makin lama makin kerap pulak batu2 kecik lantun belakang ayah, ayah nekad tarik joran walau takde hasil.

Masa ayah tengah jalan nak pulang tu, dengar suara macam kanak2 gelak2 tapi halus je bunyi umpama macam gelakkan ayah sebab tak dapat apa2 hasil kot hihi , sambil2 tuh air dalam sungai berkocak kocak (saya cerita tak seram tapi masa mak saya cerita kat kami terus bulu roma meremang huhu).

Mak cakap balik tu ayah tak cerita apa2 pun macam takde apa yang berlaku. Petang nak balik subang dalam perjalanan tu ayah cakap "malam tadi saya kena ganggu kat jambatan kita lalu tadi (jambatan tu memang laluan utk ke jalan besar), then ayah saya pun cerita semua apa jadi kat mak.

Sejak dari tu mak tak benarkan ayah menjala atau memancing situ lagi waktu malam. Sampai kami dah besar aktiviti pergi sungai tu ramai2 dengan cousins waktu petang je, pulang sebelum maghrib. Sekarang semua dah ada keluarga dah jarang pulang kampung lagipun tok nenek semua dah takde. Jambatan tu pun dah cantik & dibesarkan. Sungai itu pun dah tak misteri mana pun lagi sekarang hihi.

Pernah juga tanya mak kenapa dulu sungai tu macam angker, mak cakap sebab dulu2 ramai orang buang segala macam tangkal lah, saka lah, santau lah macam2 lagi. Tapi tak sure kesahihannya.

Wallahuallam;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 18-2-2019 12:11 AM
Sorry kak baru nak share cerita dari mak saya apa yg diceritakan oleh arwah ayah dulu



Menariknya cerita dari mulut ke mulut dari pengalaman sebenar ayah cik bondeh. ..mmg dulu dan sekarang orang ada buang iblis ni dlm sg melalui macam2 cara. ...jgn lah kalau kita jumpa botol kita buka atau mcm.kain bungkusan kecik ke..atau batang pisang yg diikat. ....akak pun masa kecik2 mmg ada juga gangguan sebab asyik mandi sg dan cari udang dan ikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 18-2-2019 12:11 AM
Sorry kak baru nak share cerita dari mak saya apa yg diceritakan oleh arwah ayah dulu



Nanti akak rate bila kantung kredit akak diisi semula..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-2-2019 08:30 AM
Menariknya cerita dari mulut ke mulut dari pengalaman sebenar ayah cik bondeh. ..mmg dulu dan seka ...

Itulah dulu saya kecik2 taktau kenapa sungai ke laut macam ada sesuatu yg seram. Tapi saya jarang mandi sungai sebab sejenis takut tenggelam. Hehe setakat main tepi2 je. Kakak saya masa kecik masatu dia belum tadika, yg dia kaki pernah kena sedut dengan selut kat lombong sebab ikut abang cari serangga. Dia cakap dia rasa ada tangan tua yg tarik huhu. Itulah akibat keluar rumah senyap2 tanpa beritahu mak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-2-2019 08:30 AM
Nanti akak rate bila kantung kredit akak diisi semula..hihi

Hehe ok je kak ;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 10:13 AM | Show all posts
tengok gambar hantu air tt letak tu teringat kisah masa budak2 dulu, memancing kat sungai tiba2 mata kail tesangkut kat dasar sungai, pelik gak sebab sungai tu memang tmpt kitorang mandi hari2...takde kayu atau batu pun dalam sungai tu dasar sungai memang pasir semata mata, disebabkan nak tau apa benda yg sangkut akupun terjun dlm sungai  tu ikut je tali pancing tu.....nak smpai dasar sungai tu tiba2 nampak rambut panjang beserabai.....tak sempat nak tengok muka dia, aku pun melompat la keluar dari sugai tu...hahaha, balik umah demam seminggu      

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 18-2-2019 10:13 AM
tengok gambar hantu air tt letak tu teringat kisah masa budak2 dulu, memancing kat sungai tiba2 mata ...

Tq kisah menarik dari mod zulka.....seram tu siap nampak rambut. ..terfikir juga kes mati lemas ada kaitan dengan hantu tak....mungkin. juga kan. ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 18-2-2019 10:09 AM
Itulah dulu saya kecik2 taktau kenapa sungai ke laut macam ada sesuatu yg seram. Tapi saya jarang  ...

Bahayanya. ..kira dipanggil tanah jerlus lah kan. ..makin kita meronta ..makin kita disedut ke dalam....tulah masa kecik2 mmg degil. .kebanyakan anak2 mmg gitu...hehe..sebab belum tahu menilai sepenuhnya buruk baik ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 17-2-2019 06:24 PM
.................

yihhhhhhh kak noor2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 18-2-2019 10:59 AM
yihhhhhhh kak noor2 ni

Kena ada gambar. ..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah seterusnya dari Taulani Tukiran di blogtaulani di link http://blogtaulani.blogspot.com/2009/05/serampemancing-diganggu-hantu-kisah.html?m=1

SERAM...Pemancing Diganggu Hantu (Kisah Benar)


Di sini dipaparkan satu kisah benar tentang gangguan makhluk terhadap pengail yang memancing tanpa mengenal waktu. Begitulah yang diceritakan oleh kawan kepada kawan saya. Kalau bohong kawan kepada kawan saya, maka bohonglah saya...

Kisah terjadi di muara sungai Tuaran. Saya sendiri pernah memancing di sini tetapi hasilnya hanyalah seekor belukang. Tetapi menurut kawan kepada kawan saya, sesekali jika air cantik, berbondong-bondong ikan gelama atau ikan putih masuk ke muara dan pengail yang bertuah akan dapat menaikkan berpuluh-puluh ikan yang datang secara bermusim itu. Dan kejadian usikan yang akan saya ceritakan ini berlaku semasa air cantik sehingga ikan yang dipancing sungguh banyak sekali. Saya sengaja tidak mahu mendedahkan identiti pemancing kerana tidak mahu orang yang terlibat merasa malu.

Pemancing A telah bertandang ke muara Tuaran dengan berbekalkan udang hidup dan sedikit ikan basung sebagai umpan. Sejak memulakan pancingan pada jam 4.00 petang, tiada sebarang ikan mencuit umpan buat 2 jam pertama. Apabila hari semakin gelap, sekonyong-konyong satu sambaran yang kuat hampir menarik joran kesayangannya ke dalam sungai. Selepas bertarung hampir 7 minit, ikan putih anggaran 1.5 kilogram dinaikkan. Lontaran kali kedua bersambut dengan kadar segera dan ikan anggaran sebaya dinaikkan, kali ini perlawanan lebih singkat selepas drag diketatkan. Sambaran demi sambaran menyebabkan Pemancing A leka dan selepas umpan habis, jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Sekonyong-konyong, semacam bau harum semerbak menusuk hidungnya. Tiba-tiba sahaja bulu romanya berdiri. Cepat sahaja dia mengemas barang-barang dan barulah dia menyedari, dia sedang keseorangan memancing di sebuah muara sungai yang sunyi.

Dalam perjalanan menuju ke motosikal cup, bau harum menjadi semakin kuat. Mulut kumat-kamit membaca sesuatu. Berseorangan memancing di lubuk sunyi bukan menjadi satu perkara asing buat pemancing A. Namun kali ini suasananya cukup berlainan. Bulu roma terus tegak berdiri walaupun dia menguatkan bacaan ayat-ayat suci sebagai penguat semangat. Sebaik engin motor dihidupkan, dia memecut dengan tergesa-gesa meninggalkan muara sungai dengan berbekalkan 10 ekor ikan putih berbagai saiz.

Tiba-tiba...di suatu selekoh, dia terlihat kelibat manusia. "Ahh...bagus juga ada orang...sekurang-kurangnya ada orang yang menemani menghadapi suasana sunyi dan gelap", bisik hatinya. Apabila menghampiri lembaga itu, Pemancing A terpaksa memberhentikan motosikalnya kerana rupa-rupanya seorang gadis yang sangat cantik berbaju putih rambu-ramba telah melambaikan tangan ke arahnya. Bagai terpukau dengan kecantikan gadis itu, mata Pemancing A tidak berkedip langsung. Sayup-sayup sahaja suara gadis itu menerobos gegendang telinganya.."Bang, boleh tumpang bang? Rumah saya tak jauh dari sini, dekat hujung simpang depan tu aje..". Segala-galanya berlaku begitu pantas. Tidak lama selepas itu, Pemancing A membayangkan sedang memboncengkan seorang gadis cantik berbaju putih dengan haruman menawan ke simpang yang dimaksudkan.

Sesampai di simpang yang dimaksudkan oleh gadis itu, yang kebetulan tidak berapa jauh dari tempat gadis itu mula menaiki motosikalnya, Pemancing A memperlahankan motor. Matanya meninjau ke sekeliling simpang dan terpandang batu nesan berceracak berkilat-kilat disinari bulan purnama. Serentak dengan itu, dia menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada sesiapa membonceng di belakang motornya. Bagaikan menghadapi satu trauma maha hebat, dia memecut meninggalkan simpang misteri itu...

Kejadian Pemancing A disakat gadis cantik di simpang kuburan tersebar luas di kalangan kaki pemancing. Muara Sg. Tuaran tidak lagi didatangi pemancing buat satu jangka masa yang lama. Tetapi dua bulan selepas kejadian itu, muncul seorang pemancing yang baru sahaja bertukar ke daerah Tuaran dari semenanjung. Akibat ketagih memancing, tanpa usul periksa, Pemancing B telah memancing di muara berpenunggu itu berseorangan sahaja. Kebetulan pula musim ikan gelama sedang masuk muara. Sejak jam 5.00 petang, tidak menang tangan dia melayan dua batang joran. Semakin menghampiri maghrib, semakin rancak ikan mematuk umpan. Akhirnya Pemancing B kehabisan umpan dan mula meninggalkan muara Tuaran pada jam 12.30 tengah malam.

Kejadian yang dialami oleh Pemancing A berulang semula. Seorang gadis berbaju serba putih dengan wangian semerbak telah melambaikan tangan untuk menumpang motornya. Pemancing B yang tidak pernah mendengar gangguan hantu sebelum ini telah dengan senang hati menumpangkan seorang gadis yang tersangat cantik pada pandangan matanya.

Sesampai di simpang kuburan, Pemancing B memberhentikan motor. Gadis cantik itu memberi sebuah senyuman yang cukup manis. Sambil mengucapkan terima kasih, si gadis berkata... "Abang bagus.. Dulu saya cuba menumpang motor pemancing macam abang...TETAPI,...BELUM SAYA NAIK, SUDAH DIA JALAN!".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah dari pemancing  tegar borneo  di blog link beliau

http://pemancingtegarborneo.blogspot.com/2010/02/cerita2-seram-memancing.html?m=1

*Disakat Lembaga Terbang*

Hujung minggu sudah semestinya tidak aku biarkan berlalu begitu sahaja.
Inilah masa terbaik untuk aku mencurahkan segala skill memancing yang aku
miliki. Dan minggu ini setelah berbincang dengan teman seangkatan, Che Din
kami sepakat memilih Tasik Bera sebagaimedanmenguji kehebatan.

Apabila mempastikan semua barangan keperluan seperti joran, mata kail, batu
ladung, lampu suluh, pisau,limabatang joran dan sebagai sudah siap aku dan
Che Din mula berangkat meninggalkan rumah sewa. Kami bercadang untuk mencari
umpan atau membelinya di dalam perjalanan nanti.

Setelah beberapa jam perjalanan aku melihat Che Din sudah lena dibuai mimpi.
Suasana sunyi mengundang kebosanan, walaupun kiri kanan jalan kaya dengan
keindahan alam semulajadi, bagi aku sebagai budak kampung ini semua sudah
menjadi perkara biasa. Untuk menghilangkan kesunyian aku menghidupkan radio,
tetapi agak perlahan sebab aku tidak mahu mengganggu mimpi Che Din.

Sebaik sampai di tempat yang dituju dan membeli umpan daripada penjual yang
terdapat di situ. Tanpa berlengah lagi kami terus mencari 'port'
masing-masing. Aku memilih untuk duduk di bawah rimbunan pokok bakau yang
terletak betul-betul di tepi tebing tasik. Begitu juga dengan Che Din juga
memilih 'port' yang baik tidak jauhdariaku. Selang beberapa minit dua
joran aku sudah sedia terendam di dalam tasik menunggu mangsa.

Tasik Bera memang terkenal dengan ikan-ikan air tawarnya, jadi tidak
hairanlah kalau pada hari itu agak ramai juga kaki pancing yang lain turut
leka dengan joran masing-masing. Tetapi ada juga antara mereka hanya datang
sekadar menonton gelagat pemancing bertarung dengan ikan-ikan di sini.

Zuuuupppp......, zuuuuppppp......, dua lagi pancing aku lepaskan. Cukup
kelima-lima pancing aku sedia menanti mangsa. Aku sedia menunggu dan mula
memasang angan-angan. Moga-moga pancing aku disambar kelah. Aku lihat Che
Din juga sudah mula menyandarkan badannya ke pokok bakau sambil menyedut
rokok gudang garam kegemarannya.

Matahari mulai terbenam, tetapi peliknya satupun joran aku tidak terusik,
Setelah beberapa kali mengganti umpan ternyata pada hari tersebut ikan
seolah-olah terlalu kenyang. Begitu juga dengan Che Din, aku lihat dia juga
gelisah menanti, satu demi satu rokok disambung, ikan tidak dapat-dapat.

Perut pun sudah mula menyanyi minta di isi, apa lagi akupun makanlah beb!
Sambil makan mata aku tak lepasdariterus memandang gigi air, entah macam
mana ada sesuatu yang menarik perhatian aku seolah-olah sedang menari-nari
di atas permukaan air tidak jauhdaritempat aku duduk. Aku amati objek
tersebut betul-betul untuk pastikan apakah bendanya. Sekali pandang macam
ikan terbang pun ada. Tapi hati kecil aku berkata sendiri mana ada ikan
terbang dan kalau adapun takkan bercahaya macam lampu pula.

Aku semakin mengamatinya tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah objek
tadi tiba-tiba berubah menjadi lembaga seperti kepala manusia dengan rambut
panjang menghurai dan muka yang cukup menggerunkan. Ia semakin menghampiri
dan aku dapat melihat dengan jelas wajahnya yang buruk serta dipenuhi ulat
tersebut.

Dalam keadaan ketakutan dan menggigil ini akucubamelaung nama Che Din
tetapi mulutku terkunci. Dalam pada itu, lembaga tersebut terus terbang
menuju ke arahku semakin lama semakin hampir. Aku terpaku dan tidak tahu nak
buat apa yang aku dapat rasakan ialah seluarku mulai basah. Aku rasa semakin
lemah dan akhirnya tidak sedarkan diri.

Apabila aku membuka mata, aku sudah berada di rumah sewa dan jiran-jiranku
ada di sebelah. Seribu satu persoalan bermain di benak ku, tetapi aku masih
lemah untuk bertanya itu semua kepada Che Din. Che Din hanya memberitahu
yang aku disampuk. Apabila mengenang semula apa yang berlaku aku masih tak
dapat nak bayangkan rupa sebenar lembaga tersebut.

Che Din mengatakan dia melihat aku seolah-olah dipukau oleh sesuatu dan
langsung tidak menghiraukan panggilannya. Melihat keadaan aku yang semakin
tidak terarah, Che Din kemudiannya mengemaskan semua kelengkapan memancing
dan dengan bantuan beberapa orang pemancing lain di situ, aku telah
diusungnya ke kereta dan di bawa pulang.

Sebaik sampai di rumah Che Din telah meminta bantuan Pak Imam, (jiran kami)
barulah keadaan aku kembali pulih. Bagaimanapun hingga kini aku masih lagi
tidak dapat membayangkan apakah lembaga yang mengganggu aku ketika itu, aku
menjadi serik untuk memancing di waktu senja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.126547 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list