CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] Pegawai menteri tak puas hati liputan RTM. Kemungkinan RTM mensabotaj kerajaan

[Copy link]
Post time 19-2-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
GalileO replied at 19-2-2019 09:27 AM
hancur tm dan rtm bawah mangkuk ni

Rtm dah 60 tahun ancurr dah pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 10:58 AM | Show all posts
bukan ke malam tu dah ada siaran langsung.. smbutan tahun baru cina kt seremban..
nak liputan cmno lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 19-2-2019 10:04 AM
Jepun tu negara yg dah.biasa tukar gomen, cuba baca ayat aku balik baik2 ...

Mana biasa, jepon baru 1 kali tukar gomen lepas perang dunia (1950 1st election) iaitu tahun 2009 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 09:56 AM | Show all posts
Gobind: RTM tak salah

https://m.malaysiakini.com/news/465007

21 Feb 2019, 2:48 tengahari (Dikemaskini 21 Feb 2019, 5:23 petang)



RTM tidak boleh dipersalahkan apabila tidak menyiarkan ucapan menteri pengangkutan, Anthony Loke dan menteri besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di sebuah majlis baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Gobind berkata, prosedur operasi standard RTM menyatakan dengan jelas bahawa hanya ucapan perdana menteri disiarkan secara langsung melalui stesen berkenaan.

"RTM tidak boleh dipersalahkan kerana tidak mengudarakan ucapan seorang Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan di majlis berkenaan, memandangkan YAB Perdana Menteri turut hadir dan berucap di majlis berkenaan.

"Maka RTM dalam mematuhi SOP, dengan tepat hanya menyiarkan ucapan perdana menteri secara langsung dalam majlis tersebut.

"Saya juga dimaklumkan, ini dilakukan dengan persetujuan pihak penganjur, iaitu Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan pegawai menteri pengangkutan, Lim Swee Kuan yang mempersoalkan sama ada wujud cubaan sabotaj kerajaan apabila RTM tidak menyiarkan ucapan Anthony Loke dan Aminuddin dalam siaran langsung program rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Seremban.

Loke kemudian kemudian berkata beliau tidak mengarahkan setiausaha akhbarnya itu supaya mendesak tindakan diambil kepada kakitangan RTM.

Bagaimanapun beliau berkata program tersebut sepatutnya disiarkan secara langsung termasuk ucapannya dan Aminuddin.

Mengulas lanjut, Gobind berkata meskipun terdapat SOP, masih ada ruang bagi pihak penganjur berbincang dengan RTM untuk membuat perubahan kepada perkara-perkara yang perlu disiarkan secara langsung di sesuatu acara.

"Ini termasuklah memberikan liputan secara langsung bagi individu lain, lebih daripada apa yang tertera dalam SOP, berdasarkan nilai berita bagi sesebuah acara tersebut.

"Malangnya, dalam kes ini, tiada permintaan sebegitu dibuat," katanya.

Gobind berkata sekiranya terdapat sebab kukuh beliau tidak akan teragak-agak untuk memberi teguran kepada sesiapa pun, dengan niat memperbaiki perkhidmatan di RTM.

"Namun dalam hal ini, RTM tidak melakukan apa jua yang salah," tambah beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha si Lim swee Kuan nak buat apa skang?

Tak tahu Tanya. Bukan asal boleh buruk sangka.

Tak pasti, saluran Ada. Yg pegi pakai fesbuk tu kenapa?


So apa tindakan aras Lim swee Kuan utk tohmahan Dan perbuatan memburukkan RTM neh?

Media tanak pulaukan dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 23-2-2019 07:26 PM
Ha si Lim swee Kuan nak buat apa skang?

Tak tahu Tanya. Bukan asal boleh buruk sangka.

Dah la bodoh..x retk btanya lak..main hembur..

Tp biasa la..open secret kot..agensi gomen slama ni dikaitka.ngan bn..lembab x reti wt keja..smentara belah satu lg set set urban btamadun...rupanya hazab..dari bos smpai ke pegawai khas aka khadam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 22-2-2019 09:56 AM
Gobind: RTM tak salah

https://m.malaysiakini.com/news/465007

Nasib la Rtm memang dah ada SOP itu perkara sebegini da. Menteri pun firm menyokong..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 09:50 AM | Show all posts
eh hello, nak salahkan rtm plak.

salahkan diri sendiri kalau tak sediakan surat panggilan utk rtm cover berita. Ingat wartawan ade masa ke hulu ke hilir ke nak kejar uol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 22-2-2019 09:56 AM
Gobind: RTM tak salah

https://m.malaysiakini.com/news/465007

Betul la kata najib menteri2 PH xde wasap grup. Jadi mcm kes azmin vs nobita. Sorang kata ecrl batal sorang lagi kata belum batal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.126116 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list