CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2795|Reply: 9

Misteri Hutan Aokigahara Yang Menyeramkan. Pemandangan Cantik Tapi..

[Copy link]
Post time 18-2-2019 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Terdapat banyak tempat yang sentiasa berada dalam misteri dan sentiasa kelihatan ngeri apabila dilihat. Untuk sebab-sebab yang tertentu, kawasan sedemikian sentiasa bercampur dengan unsur-unsur yang gelap dan merosakkan pemikiran kita.





Namun, di sebalik misteri yang berlaku di seluruh dunia, salah satu tempat misteri tempat yang kaya dengan landskap adalah Hutan Aokigahara di Jepun.








Di kaki gunung Fuji, beradanya salah satu tempat yang mempunyai pemandangan yang paling indah di Jepun. Bahagian tapak kawasan tersebut terletaknya hutan Aokigahara yang sentiasa dipanggil tempat berkumpulnya roh-roh manusia oleh rakyat Jepun sendiri. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan yang penuh dengan jin dan syaitan yang sentiasa menghantui kawasan tersebut.


Kredit foto: google images





Hutan Aokigahara terletak di bahagian utara tapak Gunung Fuji. Kawasannya yang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dengan landskap yang amat tersohor kerana keunikannya. Namun bagaimanapun, pemandangannya yang cantik boleh menipu pandangan mata.


Apabila seseorang itu menjejaki kawasan tersebut, akan jelas bahawa ada sesuatu yang  macam ganjil tentang hutan tersebut. Cahaya matahari tidak menembusi kawasan hutan tersebut sebaliknya, hanya kelihatan pada kedudukan atas sahaja, angin juga tidak melalui kawasan tersebut dan cuaca yang menyeramkan.


Tiada juga bunyi burung-burung yang berkicauan di kawasan tersebut menyebabkan kawasan ini menjadi kawasan yang ditakuti oleh orang lain dan juga rakyat negara Jepun.


Kredit foto: google images





Kompas biasa juga tidak berfungsi di kawasan tersebut. Jarum kompas akan sentiasa bergerak secara rawak dan pandu arah di dalam hutan ini boleh menyesatkan sesiapa yang pergi ke sana. Banyak pendaki dan pelancong yang cuba datang ke tempat tersebut mengakui bahawa hutan ini sangat gelap dan sunyi menyebabkan ramai orang sesat.


Masih juga terjadi kes pendaki yang berjalan jauh dan menyedari dia masih berjalan di bulatan yang sama di kawasan itu. Disebabkan demikian, majoriti sesiapa yang pergi ke hutan ini mengambil langkah selamat dengan membawa penanda ke mana sahaja mereka pergi dalam hutan tersebut.


Berdasarkan kajian juga, hutan ini adalah tempat sesetengan rakyat Jepun yang ingin membunuh diri dan pergi ke tempat tersebut. Kelihatan banyak selipar, kasut, khemah, dan tinggalan barang manusia tanpa berpenghuni di Hutan Aokigahara.
Walaupun dengan keadaan seram, masih ramai pelancong yang cuba datang ke hutan itu untuk mengalami situasi yang seram dan mnerokai alam di sekitar gunung Fuji. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..tgk je cite the forest...psl hutan ni juga...

Tp cite hantu la...ada 1 lg japanese movie...psl hutan bunuh diri ini juga...

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru semalam tengok 'sea of trees'.
Psl matthew mconeghey nak suicide sini
Tapi muvi ni more to sadness than horror
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal tahun lepas ada kontroversi pasal youtubers upload video nampak org mati bunuh diri. Memang x sensitif la kan up benda gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg setahun 3-4 kali ke nk kena buka benang pasal hutan ni?? Ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:13 AM | Show all posts
smeetasmitten replied at 18-2-2019 07:23 PM
Baru semalam tengok 'sea of trees'.
Psl matthew mconeghey nak suicide sini
Tapi muvi ni more to sa ...

best citer tu
tp xfemes pun






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 11:39 AM | Show all posts
Thread yang dah diulang tayang beberapa kali sebelum ni saban tahun ada je
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 03:01 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 18-2-2019 10:22 PM
Mmg setahun 3-4 kali ke nk kena buka benang pasal hutan ni?? Ke camne?

entah.... rsa mcm dh kerap sgt baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 06:20 PM | Show all posts
pichee replied at 18-2-2019 06:43 PM
Ala..tgk je cite the forest...psl hutan ni juga...

Tp cite hantu la...ada 1 lg japanese movie...p ...

Oh yeke? Apa ya nama movie tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:10 AM | Show all posts
hahaha.. ulang tahun thread hutan ni ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.385124 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list