CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Remyda

[Tempatan] Aktiviti Melombong, Pengeksportan Bauksit Boleh Diteruskan Semula

  [Copy link]
Post time 20-2-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
LYNAS tiba2 dah jd suci murni...dulu fitnah blh jd mutant bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Otomatiklah semuanya jadi suci murni plak ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bauksit: Penduduk kembali bimbang, resah

20 Feb 2019

Nik Amirulmu’Min Nik Min
KUANTAN - Keputusan kerajaan membenarkan semula aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit selepas moratoriumnya tamat 31 Mac ini akan membangkitkan kembali kebimbangan penduduk.

Walaupun kerajaan memberi jaminan operasinya kelak akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, ia masih belum boleh meyakinkan penduduk terutama mereka yang pernah melalui pelbagai kesulitan dan masalah kesan daripada industri ini sebelum ini.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, kebimbangan itu ada asasnya kerana semasa aktiviti bauksit rancak berjalan, penduduk terdedah kepada pelbagai ancaman bahaya malah ada kes melibatkan nyawa terkorban.

Menurutnya, sekiranya moratorium ditamatkan, dan industri itu berjalan semula, persoalannya adakah segala isu yang timbul sebelum ini dapat diselesaikan dan tidak akan berulang semula?

“Banyak isu yang kita bimbang terutama pencemaran udara akibat debu bauksit sehingga menganggu aktiviti harian dan menjejaskan kesihatan penduduk.

“Kotoran debu merah dan tanah bauksit yang jatuh ke atas jalan ketika dipunggah ke pelabuhan mengotor dan melicinkan jalan. Kesannya ditanggung pengguna jalan apabila kenderaan mereka sentiasa dikotori dan terdedah kepada risiko kemalangan,” katanya.

Noor Jehan berkata, alam sekitar juga rosak teruk akibat perlombongan ini malah kesannya masih kekal hingga kini.




Perlombongan bauksit yang tidak terkawal sebelum ini merosakkan alam sekitar.


“Aktiviti lori memunggah bauksit juga memberi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan lebih-lebih lagi ada pemandu yang memandu laju dan berbahaya selain mengabaikan muatan hingga ada yang tertumpah ke atas jalan.
“Ia diburukkan lagi apabila waktu operasi sehingga tengah malam menyebabkan pemandu lori sibuk mengejar trip dan bekerja melebihi masa sepatutnya. "Keadaan ini menyebabkan banyak kemalangan melibatkan lori bauksit berlaku,” katanya.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan ada kes kematian akibat kecuaian operasi termasuk kes kematian guru yang terlibat kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan apabila kereta dinaiki terkena tayar lori bauksit yang tercabut.
“Agak memilukan apabila tiga kanak-kanak terkorban akibat lemas dalam kolam bauksit terbiar di Sungai Karang,” katanya.




Kejadian tiga-kanak-kanak lemas di kolam bauksit terbiar antara kejadian tidak diingini pernah berlaku.


Beliau berkata, selain itu, berlaku korupsi dalam kalangan pegawai agensi terlibat sehingga berlaku perlombongan bauksit secara haram menyebabkan ketirisan hasil dan cukai kerajaan.
“Pada masa sama, ketika itu tonto dan gangster turut cari makan dengan menjaga kepentingan pelombong.
“Kita juga bimbang, berulangnya kejadian dimana penduduk mengambil tindakan sendiri dengan membakar lori bauksit akibat terlalu marah,” katanya.
Menurutnya, segala isu dan permasalahan itu perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkepentingan supaya tidak ada lagi penduduk yang terpaksa menderita ketika pihak lain mengaut keuntungan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:54 PM | Show all posts
ramai dh jangka benda ni akan berlaku...tggu l lps 5tahun, mayb lesen ditarik balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuziah Salleh telah mencetuskan kontroversi apabila beliau meluahkan perasaan ragu-ragu untuk meneruskan perjuangan menangani masalah bauksit kerana kawasan yang terlibat di Pahang tidak termasuk dalam sempadan kawasan parlimennya Kuantan. Beliau dinasihatkan untuk terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat tidak kira kawasan persempadanan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Di harap YB jangan was was. Kami nak semangat menentang yang sama macam dulu dulu. Tak kan sebab keuntungan berpuluh puluh juta setahun. Mata dah berpinau

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 10:03 PM
Di harap YB jangan was was. Kami nak semangat menentang yang sama macam dulu dulu. Tak kan sebab keu ...

Naik memerintah jer Lynas jadi suci...bauksit pun jadi suci. Cerita nak tutup Lynas sbb bahaye takut ramai jd mutant tinggal kenangan hancing pakatan hancing
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:14 AM | Show all posts
lynas & bauksit menepati maqasid shariee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bauksit: Proses libat urus diadakan, tambah baik SOP

| 23 Feb 2019

A A
PUTRAJAYA - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan mengadakan sesi pendengaran awam dan libat urus bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pengurusan perlombongan dan pengeskportan bauksit di Pahang.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini proses libat urus itu akan diadakan sebelum 31 Mac dan akan mengambil kira kepentingan rakyat serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar.

Menurut kenyataan itu lagi, SOP tersebut merangkumi semua aspek termasuk perancangan perlombongan, pengurusan tapak perlombongan bauksit; pengangkutan dan penguatkuasaan; pengurusan tapak stok dan pelabuhan serta prosedur pengeksportan bauksit.

"Orang awam akan dapat akses serta meneliti SOP tersebut pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu bauksit, perlombongan: PPMNP hasrat berdialog dengan menteri
Menurut KATS, sesi libat urus itu diadakan susulan keputusan kabinet pada 18 Februari lepas bahawa moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang ditamatkan pada 31 Mac.

Susulan itu, semua aktiviti melombong dan pengeksportan bahan mineral berkenaan boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan SOP baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.
Menurut kenyataan itu lagi, KATS komited untuk memastikan segala keluhan rakyat terutama mereka yang terkesan secara langsung dengan aktiviti perlombongan bauksit itu didengari selaras dengan visi kementerian sebagai peneraju pengurusan air, tanah dan sumber asli secara mampan demi kesejahteraan negara.

Usaha giat sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta kerajaan negeri Pahang. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 21-2-2019 11:14 AM
lynas & bauksit menepati maqasid shariee

"Lynas adalah nuklear !!" kata guan eng sebelum pru14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang awam akan dapat akses serta meneliti SOP tersebut pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," menurut kenyataan itu.

Bila tarikh tu yb. Jangan sembang ja


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri ludah. Sendiri jilat ludah sendiri
Apo la YB ni

Memalukan & agak hina di situ
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm berkait dgn Agong baru je, mane fuziah salleh boleh bantah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kjaan negeri BN buat derk je, macai2 bn pi menyalahkan ph je, istana Pahang pun xkate ape2
Bauksit 3 - rakyat 0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
400,000 penduduk Kuantan kembali resah

SHAHRULANOOR ISHAK
21 Februari 2019 2:59 PM

KUANTAN - Bermula April depan, jalan raya menuju Pelabuhan Kuantan di sini akan kembali dipenuhi lori-lori pengangkut bauksit dan keadaan itu sekali gus mencetus kebimbangan kira-kira 400,000 penduduk di daerah ini.

Kebimbangan itu kini kembali menghantui penduduk daerah ini apabila Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar baru-baru ini mengumumkan moratorium dikuatkuasakan bermula Januari 2016 bakal ditamatkan 31 Mac depan.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar mempersoalkan keputusan kerajaan yang membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini.


Noor Jehan berkata, standard prosedur operasi (SOP) yang mensyaratkan bijih bauksit bercampur tanah harus dicuci sebelum dieksport seperti ditetapkan kerajaan juga sewajarnya dinyatakan secara telus kepada penduduk daerah ini.

"Di mana (bijih bauksit) akan dicuci dan ke (sungai) mana air sisa cucian akan mengalir, ini semua mesti diberitahu kepada penduduk.

"Pada 2015 lalu, kita telah hadapi pelbagai jenis pencemaran dengan kekotoran yang merosakkan kawasan sekitar disebabkan debu tanah dari lori yang dipandu secara berbahaya.

"Ada pula beberapa kejadian kanak-kanak lemas di lombong bauksit. Masalah apa yang boleh diselesaikan melalui penamatan moratorium ini?" soal beliau.

Mengimbas sepanjang 2015 lalu, beberapa laluan utama sekitar Bukit Goh dan Jalan Kuantan Bypass menuju Pelabuhan Kuantan di sini pernah dicemari debu-debu yang berterbangan jatuh daripada ratusan lori pengangkut bauksit.

Keadaan itu juga mengakibatkan kedai makan, premis runcit, rumah serta tanaman diselimuti debu-debu merah yang disifatkan penduduk di sini sebagai tidak ubah seperti permukaan 'Planet Marikh'.

Sehubungan itu, Noor Jehan menuntut penguatkuasaan tegas dan berkesan serta mengambil tindakan segera ke atas mana-mana pihak termasuk penjawat awam sekiranya cuba melindungi pelombong yang melanggar peraturan ditetapkan.

"Sebelum ini (2015), berleluasa tonto yang diupah menjaga kepentingan pelombong. Korupsi (rasuah) melibatkan penjawat awam juga pernah berlaku.

"Akhirnya penduduk hilang sabar dan membakar lori-lori bauksit seperti yang pernah berlaku disebabkan terlalu marah kerana masalah dihadapi mereka tidak didengari pada masa itu," tegasnya. -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bauksit beri pulangan lumayan

NORAWAZNI YUSOF & AIMAN SADIQ ABDULLAH | 25 Feb 2019

Bauksit memberi pulangan tinggi kepada pemilik tanah dan kerajaan negeri. (Gambar kecil: Md Sohaimi)
A A

KUANTAN - Jumlah bauksit di daerah ini dianggarkan seberat 18.5 juta tan matrik bauksit dengan nilai RM2.59 billion mampu memberi pulangan tinggi kepada pemilik tanah dalam kalangan peneroka Felda.

ADUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, pulangan terbabit diperolehi oleh pemilik tanah itu dalam tempoh lapan tahun kerja mengorek bahan mineral itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga memperolehi royalti sebanyak RM259 juta hasil daripada aktiviti terbabit.

“Semua jumlah itu diperolehi jika aktiviti perlombongan bauksit berjalan semula selepas tamatnya tempoh moratorium pada 31 Mac ini.

“Jadi, saya mahu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membantu melancarkan operasi perlombongan itu dengan syarat memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Ini bagi memastikan aktiviti terbabit tidak tidak mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan penduduk seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media mengenai isu bauksit di pejabatnya hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hala tuju songsang betui hangpa ni

Dasar tahi lembu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni penduduk kuantan tidak perlu lagi ke Saloon untuk mewarnakan rambut mereka dengan warna merah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.561541 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list