CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 15

[Tempatan] Marry young, it’s better than free mixing of sexes, says PAS man.

[Copy link]
Post time 19-2-2019 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-2-2019 07:12 PM

Marry young, it’s better than free mixing of sexes, says PAS manMinderjeet Kaur -

February 19, 2019 10:45 AM


PETALING JAYA: A Kelantan MP’s view on teen pregnancy and underage marriage reveals the vast difference between some conservative Muslims and rights advocates in addressing the problems.

Che Abdullah Mat Nawi, a PAS MP representing Tumpat, the northernmost constituency in Kelantan which borders Thailand, blames teen pregnancies and baby-dumping on the authorities’ failure to stop what he terms the free mixing of the opposite sexes.


“I see this a lot in Kuala Lumpur,” he told FMT.

“They go riding on motorbikes but I know they are not married. They go to islands and beaches. They have babies, and then throw them away.”


Abdullah disagrees with calls to raise the minimum legal age of marriage to 18, which have gained momentum following a series of cases of young girls married off to men twice or three times their age.

He also said getting married at a young age should not be seen as an obstacle for men and women to further their studies.

“How many people got married and still furthered their education? I got married when I was 23 years old. I did my masters in accounting when I was 32. I had four children already.


“So I don’t think marriage stops anyone from continuing their education,” said Abdullah, who is now the father of 12 children.

Yesterday, Muslim women’s empowerment group Sisters In Islam criticised the Kelantan government for not supporting Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s call to raise the minimum legal age for marriage to 18 years.


“We are disappointed that Kelantan and Terengganu have opted to retain child marriage in the states, with Kelantan citing last November that the practice is regarded as a ‘necessity’ in the state,” it said.



Underage marriages have been widely debated in the media since June last year when a 41-year-old Kelantan man took an 11-year-old girl as his bride.

The following month, Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail said the government would amend the laws to raise the marriageable age for girls from 16 to 18.


Mahathir also reportedly urged state governments during a meeting of menteris besar and chief ministers in October to raise the minimum age for marriage to 18 years for both Muslims and non-Muslims.

Abdullah said the main problem was the free mixing of genders.


He said unmarried couples caught for khalwat, or close proximity, should be married off as they would become more responsible after that.

“To me, we should not stop kids from getting married yet allow them to mix around. It is better for them to get married,” he said.


Abdullah also dismissed concerns that young parents would be unable to support their children.

“We believe we give birth and God gives sustenance. I have 12 children. I never worry about how I am going to feed the babies.

“Every time I have a baby, it is fed,” he said.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/02/19/1080405/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 11:16 AM | Show all posts
Apa kata dia kawinkan anak dia yang umur 11 tahun sekarang juga ? talk the talk and walk the walk gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:32 AM | Show all posts

sex itu fitrah, tapi manusia spesis lemah berbanding haiwan, haiwan beberapa hari hidup dah boleh cari makan, manusia 18 tahun hidup masih tak mampu cari makan sendiri, jadi manusia tak boleh ikut haiwan kawin muda
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:41 AM | Show all posts
Edited by brego at 19-2-2019 11:42 AM

teringat aku budak lelaki 20 tahun n budak pompuan 12 tahun kawin hari tu.
tak sampai setahun, dah cerai talak 3.

kahwin ni bukan setakat menghalalkan sex jer.
lobai kena ajar pasal nafkah zahir (batin sendiri tau).
lobai kena ajar pasal peranan & tanggungjawab laki bini.
lobai kena ajar apa cost yang lelaki kena tanggung lepas kawin, n bila ada anak.

lobai kena sedarkan pasangan, yg anak tu amanah & tanggungjawab.
bukan nya beranak ramai2 atas konsep "anak itu rezeki".
sedangkan bapak dia keje tetap pun takde.
keje pong malas. tau nak memipit jer bila nampak bini.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 12:01 PM | Show all posts
Kahwin muda lebih baik daripada bergaul bebas, kata ahli Parlimen PASMinderjeet Kaur -

February 19, 2019 11:50 AM





Che Abdullah Mat Nawi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pandangan seorang ahli Parlimen Kelantan mengenai perkahwinan bawah umur dan kehamilan remaja mendedahkan perbezaan ketara antara sesetengah umat Islam konservatif dan penyokong hak asasi dalam menangani masalah itu.


Datuk Che Abdullah Mat Nawi, ahli Parlimen Tumpat di Kelantan yang mewakili PAS, menyalahkan kehamilan remaja dan kes pembuangan bayi ke atas kegagalan pihak berkuasa menghentikan apa yang disifatkannya pergaulan bebas antara jantina berlainan.


“Saya nampak ini banyak berlaku di Kuala Lumpur,” katanya kepada FMT.

“Mereka menaiki motosikal bersama, tetapi saya tahu mereka belum berkahwin. Mereka pergi ke pulau dan pantai. Mereka mempunyai bayi dan kemudian membuangnya.”



Abdullah tidak bersetuju dengan gesaan menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun yang semakin mendapat sokongan susulan beberapa kes kanak-kanak dan remaja perempuan dikahwinkan kepada lelaki yang usianya 2 atau 3 kali ganda lebih tua daripada mereka.


Beliau berkata, berkahwin pada usia muda tidak patut dianggap penghalang untuk lelaki atau wanita melanjutkan pelajaran.

“Berapa ramai yang berkahwin dan masih melanjutkan pelajaran mereka? Saya berkahwin pada usia 23 tahun. Saya mengambil Sarjana Perakaunan ketika berusia 32 tahun. Saya sudah mempunyai 4 anak ketika itu.

“Jadi, saya tidak rasa perkahwinan menghalang sesiapa daripada meneruskan pelajaran mereka,” kata bapa kepada 12 anak itu.


Semalam, kumpulan memperkasakan wanita Islam, Sisters In Islam mengkritik kerajaan Kelantan tidak menyokong gesaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun.

“Kami kecewa Kelantan dan Terengganu memilih untuk mengekalkan perkahwinan kanak-kanak di negeri berkenaan, dengan Kelantan pada November lalu berkata, amalan itu dianggap ‘keperluan’ di negeri itu.”



Perkahwinan bawah umur hangat dibincangkan dalam media sejak Jun tahun lalu, apabila seorang lelaki Kelantan berusia 41 tahun mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Bulan berikutnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, kerajaan akan meminda undang-undang untuk menaikkan had umur kanak-kanak perempuan dibenarkan berkahwin dari 16 tahun kepada 18 tahun.


Dr Mahathir dalam satu mesyuarat menteri besar dan ketua menteri pada Oktober lalu, turut dilaporkan menggesa kerajaan negeri menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun bagi umat Islam dan bukan Islam.

Abdullah berkata, masalah utama ialah pergaulan bebas antara jantina.

Katanya, pasangan belum berkahwin yang ditangkap berkhalwat, perlu dikahwinkan supaya mereka lebih bertanggungjawab selepas itu.


“Bagi saya, kita tidak patut menghalang kanak-kanak berkahwin, tetapi membenarkan mereka bergaul bebas. Lebih baik mereka berkahwin.”

Beliau turut menolak kebimbangan ibu bapa muda tidak mampu menyara anak mereka.

“Kami percaya kami melahirkan anak dan Allah bagi rezeki. Saya ada 12 anak. Saya tak pernah risau bagaimana mahu menyara anak saya.

Setiap kali saya mempunyai bayi, mereka diberikan makanan.”



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:35 PM | Show all posts
Kalau setakat untuk menghalalkan seks,  memanglah  boleh je kawen pada umur yg muda ttpi bagaimana pula dgn pelaksanaan tanggungjawab? Bernikah dn berkawen ni bukan setakat  untuk  melampiaskan nafsu seks sahaja tetapi  kena faham juga ada amanah dan tanggungjawab yg perlu ditunaikan.  Ada isteri yg harus dinafkahi  dn kemudian nanti bila ada zuriat.  Adakah ustaz2 itu tidak ingin mengulas ttng tanggungjawab ini atau sekadar bersetuju......, janji seksnya halal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah.
Sudah sudahla bagi kenyataan bodoh.
Sebab ni lah org agama lain perlekeh Islam.

Kahwin awal bukan penyelesaian kes zina.
Yang patut dibuat, parents budak2 tu mantapkan ilmu. Ajar anak erti tanggungjawab jaga nafsu sendiri. Kalau tak tahan nafsu, suruh puasa atau channelkan tenaga ke perkara lain mcm bersukan. Last resort, biar je lah buat sendiri sendiri.

Kalau kahwin, anak berderet, sape pulak nak jaga kanak2 tu. Si bapak belum puas enjoy, lepas dah dapat anak 4 ke 5 org, tinggalkan si isteri yg umur muda sgt utk dapatkan kehidupan lain. Habis, apa nak jadi dgn ibu dan budak2 tu?


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke bebudak tu kena diajar bab sahsiah diri, berdikari bagai, baru lah digalak berkahwin. Bukan semua masalah settle dengan berkahwin. Sebab kahwin ni melibatkan penyatuan dua keluarga, bukan isteri dan suami je. Nanti dah cerai mudarat plak pada anak2. Ee cerita bab ni sampai abg jamil mampus pun takkan habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini lobai ni ada PhD ke? Saje tanye sbb ckp perkahwinan x sepatutnya menyekat suami isteri sambg belajar. Lgpun dia kawin umur 23 thn, bukn 16 thn.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak gagal sampai anak bergaul bebas
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 03:01 AM | Show all posts
brego replied at 18-2-2019 07:41 PM
teringat aku budak lelaki 20 tahun n budak pompuan 12 tahun kawin hari tu.
tak sampai setahun, dah  ...


Setuju dgn pendapat sdr/i.

Ilmu rumahtangga ni penting. Ilmu keluarga ni penting.


Kita tak nak lah satu hari nanti peningkatan golongan janda dibawah umur.



mana pengecat bintang? harap boleh bagi brego credit +150!

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu dia k0ata
Kawen je lah bila dah sampai masa
Masa tu tak sama antar satu sama lain
Elok lagi kawen drp pergaulan bebas
Yg saya tengok sekarang pergaulan bebas seolah tiada solution.dibiarkan sahaja bebudak tu bergaul sedangkan dalam Islam ada batasan-batasan .
Tapi bab kawen awal ni ramai je menentang
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya pas dia kawen dia selingkuh berzina dengan orang lain pulak. kes macam ni pun banyak disinun..bini muda lari ikut skandelllll
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 19-2-2019 04:31 PM
Mak pak gagal sampai anak bergaul bebas

betul, kalau didik dengan baik, budak tu tau sendiri cemana nak elak zina
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin idea sebenarnya, untuk selesai isu tanggungjawab, pendapatan dan nafkah, maka yg dibuat adalah budak2 perempuan dikawin dengan org tua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:04 PM | Show all posts
ai teringat famili pak mak sedara ai semua anak pompuan hanya duk dapur abis spm terus dikawenkan, dikawenkan serentak  semua anak pompuan seperti melepaskan diri, ada tolak sambung belajar. hujung2 kawen dgn mamat tak kerja, beranak tapi xdak duit. ada 2-3 ja bernasib baik kawen yg ada kerja. kesian tengok, perkara basic spt pekerjaan edukesen transport perlu ada sblm kawen supaya mereka tak mengulang kemiskinan kesilapan mak pak kawen utk melepaskan diri. bila cerai hantar cucu mak pak jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.345410 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list