|
"Kacak Dan Energetik" - Zack Zawani, Pakar Motivasi 'Famous' Di IG
[Copy link]
|
|
Aku paling annoying dgn lelaki muka nerd perasan kacak mcm gini wpun dia xde buat apa2 salah kt aku |
|
|
|
|
|
|
|
promot boyfriend ka sis?? harap bertabah sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Who are yussss...panjang sangat artikel syok sendiri ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tkeluar taik tinge meols klu gini pon dikatakan kacak coiii |
|
|
|
|
|
|
|
So bbnu sekarang punya kacak macam ni ya? |
|
|
|
|
|
|
|
i tak paham betui la definisi kacak untuk bebudak sekarang ni..asal muka jambu2 ala2 kelempuk dahhhh kacak...asal rambut ala2 kpop dahhhh kacak..tadi baru lepas hencap kat thread sebelah pasal PA toklep yg dikatakan kacak sangat tu..rupanya hensem sikit je dari sohai |
|
|
|
|
|
|
|
Kah3 kacaknya kamu...yakinnya kamuuuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sedih la ngan netizen skang muka nerd tepi sudut kelas gambar filter pkai B612 kasi oren seluruh gmba tu dikatakan hensem & kacak??sila kambus diri korang pkai pasir pantai weyhhh..
definisi kacak bagi 80s cam ak adalah colin farrell, tom hardy, aman graseka (masa muda ye), mustapha maarof (masa muda muka iras2 dekmanno versi raja2 gitceww).. |
|
|
|
|
|
|
|
aisyahrashidi: Apa hak korang nak pertikaikan kejadian Allah dan nikmat-Nya?. Terpulang pada sesiapa yang memandang Zawani sama ada kacak atau pun tidak. Tapi, jang ...
Kau merempan apa ni dek ??? |
|
|
|
|
|
|
|
kacak level bbnu aje kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ya tuan tanah. Banyak yang tak kena pada arikel kamu ni membuatkan tangan saya gatal nak reply.
Kata Zawani atau Zackzawani, dia diketawakan serta dimalukan oleh kawan-kawannya semasa beliau belajar di sekolah rendah. So? Motif nak sebut benda ni? Takkan tak ada lanjutan daripada ayat ni? Kot la cerita dimalukan di sekolah tu jadi pemangkin semangat dia untuk berjaya dan jadi motivator. Ni kosong. Habis macam tu je seolah tak ada kaitan langsung dengan artikel.
Namun, Zawani tidak mengerti apa itu putus asa. Putus asa sebab apa? Dia ada jatuh terduduk dan gagal dalam kehidupan ke tiba-tiba kata putus asa? Kalau nak relate dengan ayat perenggan atas – diketawakan dan dimalukan di sekolah, maka dia tak kenal putus asa...tak ada kaitan okey. Dua perkara yang tidak berkaitan langsung.
Beliau banyak memberi kata-kata semangat kepada semua remaja agar jangan mudah berputus asa dengan apa kita lalui sekarang. Ini lah sebab mengapa semua orang amat mengagumi Zackzawani. Itu je? “Jangan mudah berputus asa” membuatkan ramai mengagumi Zack ni? Seriously? Kalau kau dah jatuh kemudian bangkit, sebab itulah kau tak kenal putus asa, itu ya, layak untuk buat orang rasa kagum. Contoh mudah, Dato Vida. Ujian yang menimpa dia bukan ringan, dengan rumah terbakar, anak meninggal, bisnes jatuh; kemudian dia bangkit semula jadi jutawan. Bukanlah nak mengangungkan dia tapi ini contoh kau nak rasa kagum pada orang yang tak kenal erti putus asa.
Berbalik kepada penubuhan Smartgens, berpegang sebagai pengarah syarikat, Zackzawani sering menjelajah ke merata tempat. Sama ada di luar negara seperti Thailand, baru-baru ini dia sudah pergi ke Indonesia untuk memberi ceramah motivasi di sana, ataupun di dalam Malaysia. Artikel yang baik, sepatutnya tulis dalam Malaysia dulu, baru cerita luar negara. Contoh: selain memberi ceramah dalam Malaysia, Zack juga telah memberi ceramah motivasi ke luar negara seperti Thailand dan Indonesia. Lain la Shila Amzah, menyanyi di China ataupun di Malaysia - sebab Shila buat nama di sana berbanding Malaysia.
Andai para pembaca perasan, Zackzawani memiliki wajah yang tampan dan bergaya. Tidak hairan jika mana-mana perempuan jatuh hati selepas berjumpa dengannya. Namun, setakat ini, belum pernah terjadi kejadian ini. Tak faham ayat ni. Kata tak hairan kalau ada perempuan yang jatuh hati tapi belum pernah terjadi setakat ni? Mula-mula cakap lain kemudian cakap lain. Memang tak hairanlah sebab belum pernah terjadi.
Sudah banyak sumbangan yang telah diberikan kepada murid di bawah jagaannya. Seperti, ada seorang budak lelaki berumur 14 tahun, dahulunya tidak mahu cakap. Selepas sahaja mendengar ceramah motivasinya, budak lelaki tersebut berubah menjadi positif. Positif yang macam mana? Dah mula nak bercakap? Dah ada kawan? Kena jelaskan lagi cerita ni. Dan kena tambah lagi contoh lain sumbangannya. Kata banyak, kenapa satu cerita je?
Ceramahnya juga sangat menyeronokkan. Dia tidak seperti penceramah lain. Siapa penceramah lain tu? Menyeronokkan yang macam mana? Apa perbezaan ceramah dia dengan penceramah lain?
Zawani dianggap sebagai Abang Long kepada semua muridnya. Dia seorang yang peramah, baik hati, serta menyukai budak kecil. Nothing special. Ramai je orang yang peramah, baik hati dan suka budak kecil.
Perenggan 5 - Berbalik kepada penubuhan Smartgens, berpegang sebagai pengarah syarikat, Zackzawani sering...
Perenggan 7 - Zackzawani sudah tidak lagi bekerja di bawah nama Smartgens. Beliau mengorak langkah secara solo
Perenggan 9 - Smartgens ditubuhkan demi membantu remaja...
Kalau Zack dah tak bekerja dengan Smartgens, tak perlu nak mention Smartgents lagi. Patut promote Zack sahaja sebagai motivator solo. Pembaca akan jadi konfius, artikel nak promote Zack atau Smartgens?
|
|
|
|
|
|
|
|
Panjang pula bebelan.
Sorry to say, tuan tanah. Artikel ni macam nak promote Zackzawani sebagai pakar motivasi.
Fine. Tapi penulisan artikel tu kena perbaiki lagi. Cantikkan lagi. Licinkan lagi.
Dan jangan keluar ayat "kalau kau pandai sangat, kau tulis la artikel sendiri"
Not my level okay nak promote bbnu yang famous di IG.
Akhir kata. Tolong berlapang dada dengan kritikan orang.
Apa hak korang nak pertikaikan kejadian Allah dan nikmat-Nya?. Terpulang pada sesiapa yang memandang Zawani sama ada kacak atau pun tidak. Tapi, janganlah terang -terangan menghina dia. Korang ada hak?. Korang Tuhan Maha berkuasa ?. Tidak bukan . Jadi, jika Allah menarik pancaindera kamu semua , baru nak menyesal ?. Kalau ada orang mengejek rupa korang ,apa korang rasa?. Komen kamu dekat sini langsung tak ada kaitan dengan komen-komen forumer lain. Forumer tak ada pun pertikai ciptaan-Nya. Forumer hanya komen tentang "kekacakan" motivator dalam artikel kamu ni saja. Dan itu bukan hinaan okey. Faham betul-betul apa maksud menghina tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa je sis
ermmm...
gelap sudahkah hati ku?
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa je rupe dia...
kacak part mane |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHA. Komen sengsorang |
|
|
|
|
|
|
|
Tang mana kacaknya baby face jer |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ciri2 scammer berjaya ni....mcm mana dia boleh jadi pakar motivasi?? Apa je pngalaman hidup dia ni sampai di angkat sbg penceramah? |
|
|
|
|
|
|
|
I takmo komen la pasal penulisan tt sebab i pun memang fail bab buat karangan kat sekolah dulu.
Tapi bab zack zawani ni, anak2 i pernah gi program motivasi dia. I pun pernah tengok sekejap slot dia. Pada i cara dia ni fresh n lebih kepada nak menaikkan semangat, tak macam motivator time i sekolah2 dulu. Anak2 i suka sebab diorang kata dia ni kelakar. Tapi anak2 i lepas balik program tu i tengok sama je lemaunya, warm2 chicken poop je |
|
|
|
|
|
|
| |
|