CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 17

[Tempatan] Henti kempen fitnah Tabung Haji

[Copy link]
Post time 20-2-2019 10:12 AM | Show all posts |Read mode
KERAJAAN memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak melakukan fitnah dalam kempen pilihan raya kononnya pengurusan Tabung Haj ikini berasa di bawah kawalan DAP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, beliau kesal kerana pembohongan itu berlaku secara bebas untuk mengelirukan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Hari ini, mereka secara berleluasa khususnya ketika berkempen ini (PRK Semenyih) membawa satu pembohongan kononnya Tabung Haji sekarang di bawah telunjuk DAP.

“(Kononnya) Menteri Agama tunduk pada kehendak DAP. Ini bahaya dan, jangan (pula) sampai kita saman perbuatan seperti ini yang tidak membantu pendeposit 9.7 juta (jumlah pendeposit Tabung Haji),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas ceramah kempen Pakatan Harapan (PH) di Pusat Daerah Mengundi Taman Kantai Permai, Kajang di Hulu Langat, malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk lr Amiruddin Hamzdan calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) turut mengingatkan pihak yang melakukan fitnah itu bahawa beliau pernah memenangi satu kes saman membabitkan seorang profesor yang menulis satu artikel berhubung perkara sama.

Akhirnya jelas beliau, individu itu membuat permohonan maaf dengan menarik semula artikel yang ditulis.

“Dalam tulisan-tulisan mereka, menuduh (kerajaan) tunduk kepada DAP,” katanya.

Sebelum ini, dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada 13 Julai 2017, bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menerusi Facebooknya pada 25 Mei menuduh Mujahid menjadi kuda tunggangan DAP.

Bagaimanapun pada 21 November tahun lalu, saman fitnah itu diselesaikan secara baik susulan Kamarul Zaman memohon maaf dan menyatakan kekesalan terhadap artikel bertajuk ‘Dr Mujahid antara kuda tunggangan terbaik DAP’ itu yang dimuat naik dalam akaun Facebook peribadi beliau pada 25 Mei 2017.

Kamarul Zaman yang membacakan pernyataan maaf di Mahkamah Tinggi yang turut dihadiri Mujahid berkata, beliau kesal dengan penerbitan artikel itu oleh sebuah portal berita.
Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 10:08 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 10:27 AM | Show all posts
mungkin rakyat tak yakin dengan kebolehan lobai PANau....maklumla..kalau dah salah sorang menteri pun tau menjerit menyebut sial je dalam parlimen...wakakakakaakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:50 AM | Show all posts
baru ko tau rasa pitenah tu apa   s
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:03 AM | Show all posts
ye lah mmg lah pitnah semata-mata,
dorang ni bukan setakat tabunh haji kena dengar ckp DAP, semua benda dalam negara kena dengan ckp DAP.
apa larrrrr....
silibus  sekolah pun kena dengar ckp dorang gak, tu lah pasal nak kurangkan agama tu.. hish
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Neh amek pitenah nih;


Sruktur kos TH
Zakat 2.5%
Sabsidi Muasassah: 0.5%
Kos Operasi: 1.2% (laporan 2017)

TH perlu jana 4.2% setahun hanya untuk bernafas.

Tapi program 'pemulihan' TH:
1. Mulakan dengan 27% cash ratio to total asset.
2. Kurangkan aset diguna untuk pelaburan.
3. Tambah pulak kos kawalselia sbb dah bawah BNM.

Habis tu nak dapat pulangan untuk kelestarian TH dari mana? ------ pitenah 1

Dan balik ke tahun 2018:
1. Tanah TRX jual ke SPV sbb underperforming asset. Babi Mana kata tanah TRX lepas pegang tiga tahun underperforming tu? ------- pitenah 2

2. Mark to Market loss 4bn (5.4% of total assets) tapi jual aset pada SPV utk program pemulihan bernilai tara RM 19.9bn.  Bangang apa ni kalu bukan merompak? -------- pitenah 3.



Dan pitenah2 ini sepanjang bulan Disember 2018 bila nak saman?

++ 11 Dec, artikel theStar kata tabung haji nazak:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/11/review-finds-tabung-haji-in-dire-straits-questionable-transactions-found-all-over-in-report-of-insti/
deputy editor m shanmugam.

++ Juga 11 Dec, theStar artikel kata tabung haji berisiko 'bank run':
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/11/tabung-haji-at-risk-of-a-bank-run-report-reveals/
reporter: martin carvalho, hemananthani sivanandam, tarrence tan, tee lin say, loh foon fong, yimie yong, mei mei chu,  julianne de souza.

++ 15 Dec, theStar tulis pulak bagaimana tabung haji sudah jadi bank koboi tanpa kawal selia:
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/15/how-tabung-haji-became-an-unregulated-bank/
deputy editor m shanmugam


++ 29 Dec, theStar tulis artikel tentang betapa salahnya dari segi moral utk tabung haji jadi satu institusi pelaburan bilamana tabung haji sepatutnya hanya berpegang pada tanggungjawab sebagai aktivit pendeposit utk urusan haji semata2:
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/29/a-deposit-that-is-legally-right-but-morally-wrong/
deputy editor m shanmugam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu Ada 3 pitenah baghal buat terkait TH.


Saman la. Kimak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Zzzzzzzzzzz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dah korang kata tak bleh rayuan,takde subsidi bagai,perlu ke aku nk menyimpan lgi dlm TH?
Corp comms TH pls take note la on sume komen netizen kat forum, social media
pastu sampaikan sume komen2 netizen ni dlm BOD meeting korang
biar BOD TH tahu yg ramai ummah x kuasa nk simpan kt TH lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 11:53 AM | Show all posts
Edited by brego at 20-2-2019 11:54 AM

Mujahid ni aku tengok macam dah jadi barua DAP.
status menteri agama, tapi keje dia cuma untuk CONTROL melayu.
itu la keje yang dia buat hari2.
counter isu2 yang datang dari orang melayu dan Islam.

wathya pulak status dia menteri perpaduan.
keje dia untuk CONTROL dan jaga kepentingan bangsa Hindu.
tapi failed big time, dengan kematian adib.
sekarang menteri chola hindraf dah senyap tak nampak muka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:10 PM | Show all posts
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:13 PM | Show all posts
Aku start tak percaya Mujahid ni bila dia bersekongkol dgn JK Kuil Haram siap angkat tangan. Bodo btol menteri padahal anggota bomba yg kena henyak sampai meninggal tu dah sah-sah penjawat awam kerajaan. Jadi Menteri kena sebelahkan penjawat awam sebab dia dalam kerajaan. Kalo pembangkang nak pi julang tok sami lantak pi lah.
Kes TH ni pun macam berbau ikan. Sejak bila editor akhbar ni ambik tau tentang institusi org Islam, kecualilah kalau dah ada perancangan nak pelingkup TH. Macam2 zaman fitnah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 20-2-2019 11:41 AM
Neh amek pitenah nih;



Aku harap next PRU kerajaan pakatan laknat ni tumbang supaya boleh bukak kertas siasatan penjualan tanah TRX dan saham2
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:05 PM | Show all posts
Aku tengok Mujahid ok jer. Apa benda yg dia buat selama ni menampakkan dia ikut telunjuk DAP bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg fitnah TH nak bankrap selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Fitnah? Bukan semua keluar dr TH sendiri dan mintri mujahat?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 20-2-2019 11:41 AM
Neh amek pitenah nih;



Wow terbaik...mmg great posting, very informative.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 05:22 PM | Show all posts
Dulu dulu si munafik menyebar fitnah tak ingat. Karma...jangan nak memekak. Its pay back time dude
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:47 PM | Show all posts
tahun 2018 , kluar artikel mengenai pemberian dividen tabung haji pada feb 7 , begitulah selama bertahun2 sebelum ni on time je bagi dividen .

..... lani tahun 2019 dah 20 feb habuk pun tarak mengenai dividennya ......

hmm action speaks louder than word .....tak perlu kempen pun rakyat dah boleh nampak dah yg PH ni kaki spin je lebih tapi pencapaian mcm haprak,

maklumlah menteri kewangan fake degree hanya tahu nak bermegah dgn cara menipu je selama ni tanpa nak melalui penat lelah berusaha pepe pun utk pencapaian diri sendiri ,  

mana mungkin dia nak penat lelah utk upgrade pencapaian utk rakyat jelata kalau utk diri sendiri pun dia ambil jln pintas dgn cara menipu kan kan kan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076515 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list