Sirul gagal dapat suaka politik dari Australia
https://m.malaysiakini.com/news/464830
20 Feb 2019, 1:52 tengahari
(Dikemaskini 20 Feb 2019, 2:05 tengahari)
Mahkamah di Sydney menolak permohonan suaka politik bekas polis elit Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Seorang rakyat Malaysia rakan Sirul di Australia – yang enggan namanya disebut – berkata Sirul sebelum ini membuat permohonan itu di Tribunal Rayuan Pentadbiran di Syedney.
“Dia mahu dibebaskan dalam masyarakat Australia, dibebaskan dari tahanan supaya dia boleh masuk dan hidup dalam masyarakat Australia, kerana katanya jenayah dia adalah jenayah politik,” katanya.
Tribunal itu menolaknya, termasuk rayuannya, pada Isnis lalu atas alasan ia bukan jenayah politik.
“Terdapat alasan serius dengan mempertimbangkan pemohon melakukan serius jenayah bukan politik di Malaysia sebelum masuk ke Australia,” menurut tribunal itu.
Sementara itu, laporan jaringan media Australia ABC menyebut Sirul mungkin dihantar pulang ke Malaysia selepas negara ini memansuhkan hukuman mati.
Undang-undang Australia melarang penghantaran pesalah yang berdepan hukuman mati di negara asal. |