|
Pengkritik dan hakim bakat nyanyian dari Britain, Simon Cowell mengundang tanda tanya peminat ketika hadir ke rakaman rancangan bakat TV Britain's Got Talent dengan muka bengkak.
Kredit foto: Mirror
Kehadiran bekas penerbit muzik terkenal itu dengan wajah yang kelihatan jauh berbeza turut mengejutkan gandingan pengacara Ant McPartlin dan Declan Donnelly dan panel hakim lainnya seperti David Walliams, Amanda Holden dan Alesha Dixon.
Menurut suratkhabar The Sun, ramai peminat yang melihat gambar Simon membandingkan wajahnya dengan patung lilin. Ramai juga yang membuat spekulasi Simon membuat pertukaran wajah atau menjadi mangsa kebakaran.
Kredit foto: Mirror
Tidak cukup dengan itu, netizen di Twitter turut memperkatakan perubahan wajahnya . ‘Apa dah jadi dengan wajah Simon?’ kata satu Tweet. ‘Wajahnya kelihatan mencair disimbah minyak panas’ kata seorang lagi.
Bagaimanapun seorang yang mendakwa arif dalam pembedahan kosmetik membuat spekulasi bahawa Simon mungkin telah menjalani pembedahan plastik untuk menegangkan kulit mukanya atau mendapat suntikan botox bagi menghilangkan kedutan dan garis-garis penuaan.
Kredit foto: Mirror
Ini bukan kali pertama personaliti TV berusia 59 tahun ini dispeku membuat pembedahan kecantikan. Tidak berapa lama dulu, beliau juga dikatakan telah menjalani pembedahan liposuction atau menyedut lemak di bahagian perut untuk mengurangkan boroi.
Kredit foto: Fox News
Jika benar, nampaknya Simon Cowell yang pedas mengkritik juga tidak tahan dengan kritikan balas terhadap tubuh badannya sehingga menggunakan pembedahan untuk mengekalkan keremajaan kulit wajahnya.
Pada pendapat anda, adakah Simon Cowell menjalani pembedahan plastik seperti yang digosipkan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|