CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 4

[Tempatan] Seludup al-Quran menerusi kontena

[Copy link]
Post time 20-2-2019 03:20 PM | Show all posts |Read mode
CUBAAN pihak tidak bertanggungjawab menyeludup ribuan naskhah al-Quran bernilai RM502,800 menerusi kontena di Pelabuhan Utara, Klang gagal apabila dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

Difahamkan, kitab suci dari Indonesia itu diseludup untuk pasaran tempatan dan dijual secara atas talian berikutan menerima permintaan tinggi terutama menjelang Ramadan.

Namun al-Quran berkenaan tidak diisytiharkan dalam dokumen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan tiada memperoleh kebenaran mengimport daripada Lembaga Pengawalan, Pelesenan dan Pencetakan Teks Al-Quran (LPPPQ).

Perkara itu dibongkar Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN Selangor yang bertindak merampas semua al-Quran berkenaan untuk tindakan lanjut.

Pengarahnya, Feisal Mohd Ali berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada JKDM berkaitan satu kontena yang turut mengandungi kitab suci itu, jam 2 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan 10 pegawai dan anggota kita bergegas ke pelabuhan itu untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh.

“Ia membawa kepada penemuan 192 kotak mengandungi 5,050 naskhah al-Quran bersaiz kecil dan besar dianggarkan bernilai RM502,800.

“Semua kitab suci itu berasal dari Indonesia dan membabitkan empat jenis terbitan,” katanya pada sidang media di Pejabat PKK KDN Cawangan Pelabuhan Klang di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) dan Seksyen 8 Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986 kerana mengimport teks al-Quran tanpa kebenaran LPPPQ serta tidak mengandungi maklumat tertentu yang ditetapkan.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti pemilik sebenar pengimport semua al-Quran itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Feisal berkata, kandungan al-Quran itu dikhuatiri menyalahi sama ada dari segi ayat dan baris

sehingga boleh menyebabkan umat Islam salah membaca serta menyimpang daripada maksudnya.

“Al-Quran itu mempunyai kandungannya yang turut dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan sebarang ejaan ayat suci dalam tulisan berkenaan.

“Kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mendapati ia tidak mengikut konsep resam Uthmani yang ditetapkan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan di pejabat pos, pusat kurier dan premis menjual teks al-Quran di negeri itu.

“Orang ramai boleh melihat sama ada al-Quran yang dibeli itu mendapat kelulusan atau sebaliknya menerusi cop dan hologram KDN. Jangan beli jika ia tiada kelulusan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 3:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 03:44 PM | Show all posts
malaysia ada mengeluarkan al quran sendiri kan. hq dan kilangnya bertempat di putrajaya, presint 14. namanya Kompleks Nasyrul Quran. sokonglah produk buatan malaysia

https://www.nasyrulquran.com/
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
fox. replied at 20-2-2019 03:44 PM
malaysia ada mengeluarkan al quran sendiri kan. hq dan kilangnya bertempat di putrajaya, presint 14. ...

Iols dah pergi ke Nusyrul Quran. Betul2 jaga kualiti Quran yang dicetak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:18 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-2-2019 03:48 PM
Iols dah pergi ke Nusyrul Quran. Betul2 jaga kualiti Quran yang dicetak.

best kan. dorang baru pindah tempat nih. bagus jugak la lokasi senang nak cari
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah beli la quran2 yg xde dpt kelulusan KDN kang dia salah cetak ke kita bukan tau tgk jawi bantai je baca ingat btol ler arab..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083702 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list