CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8261|Reply: 74

[Tempatan] Update : Lemas Tidur Dalam Kereta, Dua Beranak Bengkak Otak

[Copy link]
Post time 20-2-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 21-2-2019 10:20 PM

Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 20, 2019 20:02 MYT

Lemas tidur dalam kereta, dua beranak kini kritikal
Tingkap cermin kereta yang dipecahkan Mohd Hazmin untuk membuka pintu kereta rakan kerjanya, Amiroshelmi. - Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang lelaki dan anaknya dilaporkan kritikal selepas disyaki lemas ketika sedang tidur di dalam kereta semasa menunggu isterinya di tempat letak kereta Hospital Kemaman, Terengganu, pada Rabu.

Mohd Amiroshelmi Jusoh, 30 tahun, dan anak lelakinya, Putera Rafiudin Haiqal, enam tahun, ditemui terbaring tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Gen-2.

Amiroshelmi dikatakan datang dari bandar Kerteh untuk melihat isteri dan anak bongsunya berusia tiga tahun yang telah dimasukkan di wad hospital tersebut akibat masalah kesihatan sejak Isnin lalu.

Keadaan dua beranak tersebut disedari rakan sekerja Amiroshelmi, Mohd Hazmin Jusoh, yang datang mencarinya pada pukul 12 tengah hari untuk membincangkan hal kerja.
Sejurus tiba, Mohd Hazmin berkata dia melihat kereta mangsa berada di tempat meletak kereta dan menemui rakannya itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama anaknya.

"Saya telefon dia dari pagi, pukul 8 lebih, pukul 10, pukul 11, dia tak angkat. Saya rasa tak sedap hati.

"Saya ambil keputusan untuk cari dia di sini (hospital). Sampai saja sini, saya nampak kereta dia, saya jenguk dalam, nampak dia dan anak dia dalam keadaan berpeluh.

"Saya cari tukul tak jumpa, terpaksa pecahkan cermin pakai batu. Ketika itu dalam pukul 12 tengah hari. Saya ambil anak dia dulu dan masuk dalam hospital," kata Mohd Hazmin ketika ditemui.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 09:42 PM | Show all posts
bagus mamat ni member x jawab call terus datang cari.. semoga keduanya sembuh lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Naluri seorang kawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat kes. Dah patut buat iklan kat tv ni. Banyak dah kes tapi banyak juga tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:59 PM | Show all posts
nk tido boleh jer dalam kereta..... tp tingkap jgn tutup habis...
bukak sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:15 PM | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 09:45 PM
Banyak sangat kes. Dah patut buat iklan kat tv ni. Banyak dah kes tapi banyak juga tak tahu

rasa pelik kan?

dah kebas tangan menaip kat forum cari nie ha..kalau sebut guna mulut dah berbuih dah bercerita hal jangan tido dalam kereta bukak aircond dgn tingkap tertutup.

agaknya tak dengar beduk kut...

sama mcm kes terlanggar anak, beranak byk2 pastu minta bantuan...beranak rapat2 pastu anak mati kemalangan (tertusuk pisau, mati lemas-parent tido mati, anak merayap2)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe dia serba salah nak buka tingkap walaupun sikit sbb ada budak kecik dlm kereta.. takut org seluk cermin n culik anak dia ka.. samun ka curi kereta ka...

Or dia terlalu penat dan tak terfikir pun lalu terus tertidur

Macam la korang perfect human, perfect parent sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Beratnya dugaan ini buat isterinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish3...bertimpa2
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:01 PM | Show all posts
isk isk kesian
semoga dipermudahkan dan semua selamat dua beranak ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 09:43 PM
Naluri seorang kawan

Ni la maksudnya angel in disguise yang dihantar oleh Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kire tido enjin hidup ke? nape brpeluh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Beruntung dia ada kawan baik begitu. Ada orang tak datang kerja berhari2 kawan sekerja tak cari malah jiran pun tak sedar dia dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 20-2-2019 10:15 PM
rasa pelik kan?

dah kebas tangan menaip kat forum cari nie ha..kalau sebut guna mulut dah berbu ...

Petanda manusia tu ihsan.
Ihsan tu pelupa.

Jgn ckp org awam.
Tentera yg latih Smpai pro pn leh tersilap tembak kawan.psl Lupe training bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya kawan dia.. terus check kat tempat parking..
Moga drong baik2x je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap due2 selamatlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 20-2-2019 10:45 PM
Beratnya dugaan ini buat isterinya

Kan sian sgt.
kalau dah stabil  apakah akan  alami brain damage? Atau kembali normal je?
Iols risau tul bab kejadian kurang oksigen disebabkan lemas ke apa nih betapa mudahnya kita boleh mendapat kecacatan kekal hanya kerana kekurangan oksigen di otak.
So jangan amik mudah hal ni.
Iols selalu gak suh suami tunggu lam keta ngn anak2 sementara iols g beli brg ke apa takut sgt kalau terleka tau2 berjam2 tp biasanya tak lama la.
Berapa lama kita bleh terjejas tido lam keta masa enjin hidup ya?
Adakah 2 jam ke atas?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 07:44 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 21-2-2019 07:45 AM

Ya Allah..da beribu kali  kes mcm ni jd pengajaran
masih lg ada yg buat
nsib baik ada kwn yg prihatin
kalau aku da call org x jwb2..aku abaikan jerk la
aku fikir dia sibuk sgt, x sempat tengok tipon
tipon tertinggal kat umah ker..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:23 AM | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 09:45 PM
Banyak sangat kes. Dah patut buat iklan kat tv ni. Banyak dah kes tapi banyak juga tak tahu
Setuju ..
banyak sangat dah kes macam ni.. buat slot selingan untuk peringatan antara drama

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus btul kawan mangsa ni..semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.091694 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list