CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 5

[Politik] Pemuda PAS keanak-anakan, lemah mantiq – Edry Faizal

[Copy link]
Post time 21-2-2019 12:42 AM | Show all posts |Read mode


Tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi adalah keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq, apabila dia menyuruh agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Tun Mahathir selepas Lim Guan Eng meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan yang akan membentangkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Sebagai sebuah parti yang seringkali mendakwa mereka yang paling Islam berbanding orang Islam yang lain, adalah amat membingungkan apabila Ketua Pemudanya sendiri gagal memahami dan mengamalkan kaedah al-bayyinah ‘ala al-mudda’i yakni pembuktikan adalah ke atas orang yang membuat dakwaan.

Selepas insiden cakap berbelit Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sekejap menafikan rakaman audio mengenai penerimaan wang daripada UMNO dan sekejap mengakui berbohong atas permintaan parti, PAS sepatutnya bermuhasabah kembali dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan kepada umum. Ini kerana tindakan sebuah organisasi menggunakan nama Islam mengeluarkan kenyataan-kenyataan cetek ilmu seperti mengelak membawakan bukti atau berbohong kerana wang mencemarkan nama Islam itu sendiri.

Hanya kerana terdapat perkataan ‘Islam’ pada nama parti, tidak bermakna segala kata-kata lagha dan dusta boleh dihalalkan atas nama Tuhan dan Agama. Berbanding menyuruh Ketua Pemudanya membuat kenyataan berunsur komedi, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sepatutnya mendedahkan bukti kepada dakwaannya selepas dicabar oleh Lim Guan Eng.

Atau adakah itu satu lagi pembohongan dengan restu Presiden parti yang dihalalkan atas nama strategi seperti dakwaan Datuk Takiyuddin ketika mempertahankan Nik Abduh?

Pantun Melayu ada menyebut:

Siakap senohong gelama ikan duri

Bercakap bohong lama-lama mencuri

Adakah disebabkan itu PAS mudah mesra dengan UMNO dan Datuk Seri Najib Razak? – Roketkini.com

*Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri Kawasan Dusun Tua merangkap Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.

https://www.roketkini.com/2019/0 ... mantiq-edry-faizal/



biaqpilah dia tu nak keanak anakan ka apa ka..tapi jangan bowdow tak sekolah macam hang....tu la dia kalau makan sangat cakap sepet...sepet bohong hang pun sama bohong...dah la bohong..bowdow pulak tu...wakakakakakkakaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 08:05 AM | Show all posts
kejadahnya lemah mantiq bagai...  puak2 kau tu fitnah beratus2 tuduhan sebelum PRU 14 nak cakap lemah apa pula?  bangsat penjilat cina rasis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:20 AM | Show all posts
kalau sebut mantiq, hanya akan dikaitkan drngan pas je.

kalau parti dia, takdenye mantiq-mantiq bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:39 AM | Show all posts
lipans replied at 21-2-2019 09:20 AM
kalau sebut mantiq, hanya akan dikaitkan drngan pas je.

kalau parti dia, takdenye mantiq-mantiq b ...

mantiq tu apa...pls elaborate...tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:47 AM | Show all posts
wirazam replied at 21-2-2019 09:39 AM
mantiq tu apa...pls elaborate...tq

logik.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:56 AM | Show all posts

thanks.....ingat kan mantir... ingatkan wartawan org perlis so dia typing error type mantiq...siap google mantir is an old french word
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.128377 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list