CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3506|Reply: 56

[Tempatan] TETIBA and tak semena-mena dapat ilham nak bina hospital di Semenyih

[Copy link]
Post time 21-2-2019 12:55 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda PH pertahan agenda bina hospital di Semenyih


HULU LANGAT: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempertahankan kenyataan calon gabungan itu yang akan meneruskan agenda membina hospital di Semenyih jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata, kenyataan Muhammad Aiman Zainali, 30, membuktikan komitmennya memperjuangkan nasib rakyat, terutama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, perlu dilihat dengan positif kerana kenyataannya merujuk pada tiada keperluan (membina Hospital Semenyih) buat masa ini.

“Mungkin perancangan (membina hospital) akan dibuat pada masa depan, mungkin akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8. Kenyataan Dr Dzulkefly bukan bermaksud sabotaj,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda PH, di sini, malam ini.

Muhammad Aiman sebelum ini menyatakan hasrat memperjuangkan pembinaan sebuah hospital di Semenyih bagi mengatasi isu kesesakan klinik kesihatan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Dr Dzulkefly dalam maklum balasnya berkata, tiada keperluan untuk membina hospital itu buat masa ini, selain meminta Muhammad Aiman supaya lebih munasabah.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menyifatkan perancangan Muhammad Aiman itu menunjukkan beliau seorang yang mementingkan rakyat, malah kenyataannya turut diselitkan dengan hujah yang baik.

Menjawab soalan berhubung Muhammad Aiman dikatakan kurang bercakap ketika ditemu bual dan sebaliknya banyak dijawab oleh pegawai pengiring, Syed Saddiq mengakui perkara itu.

“Beliau memang seorang yang kurang bercakap tetapi saya ingin menegaskan, beliau adalah seorang yang lebih suka berkhidmat.

“Ini membuktikan cara baharu politik, iaitu politik khidmat yang dibawa PH,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 01:02 AM | Show all posts
biaqla daripada depa buat kuil...wakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:17 AM | Show all posts
Dah alang-alang tu elok buat litar F1 dan Semenyeh International Airport sekali.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Politik cakap main sembur tak tanya tak pakai otak tak kaji . Trend PH.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Politik khidmat
Ok, baiklah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
FitzTzif replied at 21-2-2019 01:26 AM
Politik khidmat
Ok, baiklah

Khidmat air liur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 07:27 AM | Show all posts
siapa yang bertanding PRU? syed atau aiman? tuan punya badan patut bagi ucapan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:22 AM | Show all posts
ada duit tak?? kbai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bende elok utk rakyat kita terima.. tapi pangkah tetap BN tau.. jgn lupa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:42 AM | Show all posts
RMk-8??? Yang RMk-11 pun nak abis dah nak masuk RMK-12
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:43 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-2-2019 07:27 AM
siapa yang bertanding PRU? syed atau aiman? tuan punya badan patut bagi ucapan

mamat ni mmg spesis suka cakap byk

mula2 tu kagum gak tgk anak muda pandai bercakap

lama2 jadi menyampah pasal asik dia je nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif ada hospital kat semenyih? Kajang, serdamg, putrajaya dah ada hospital. Bukan jauh pun from semenyih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:30 AM | Show all posts
eloklah cadang nak buat hospital tu. fight for it semoga berjaya.

hosp kajang pun penuh umat dari tah mana-mana. serdang pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:39 AM | Show all posts
korang caya ke???
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
fizamn replied at 21-2-2019 09:39 AM
korang caya ke???



@dodolgemok percaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan bagus buat hospital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 09:49 AM | Show all posts
Kalau pasal berjanji & bermanifesto bagai... serah kat depa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:50 AM | Show all posts
manifesto bukan kitab okehhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:52 AM | Show all posts
c===8 replied at 21-2-2019 08:43 AM
mamat ni mmg spesis suka cakap byk

mula2 tu kagum gak tgk anak muda pandai bercakap

Kaki sembang ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 10:18 AM | Show all posts
Apa mendenya Rancangan Malaysia ke 8? Sekarang ni dah Rancangan Malaysia Ke 11. Sah tak nak buat. Nanti lepas menang boleh kata, "kami kata rancangan malaysia ke 8. hangpa pi tanyalah sapa kerajaan masa Rancangan Malaysia ke 8!"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069731 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list