CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3339|Reply: 10

Ghost Ship Selat Melaka

  [Copy link]
Post time 21-2-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode


LONDON - Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan dokumen rahsia mengenai panggilan kecemasan menyeramkan yang diterima daripada sebuah 'kapal hantu' sebelum semua anak kapal berkenaan ditemui mati di Selat Melaka pada tahun 1948, lapor portal Mirror Online kelmarin.

Berdasarkan rekod, laporan mengenai insiden di atas kapal SS Ourang Medan itu ditulis oleh C.H Marck Jr. selaku penolong kepada Timbalan Pengarah CIA pada tahun 1959, Allen Dulles, kepada penerima yang tidak dikenali.

Dokumen rahsia itu yang kemudian didedahkan kepada umum pada tahun 2013, tidak menolak bahawa entiti asing bertanggungjawab terhadap kematian semua anak kapal SS Ourang Medan.

Menurut laporan itu, CIA percaya tragedi yang menimpa kapal itu dapat menjadi petunjuk kepada siri kehilangan kapal lain di Selat Melaka yang merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk dunia.

“Saya yakin tragedi SS Ourang Medan menyimpan jawapan kepada banyak kemalangan dan kehilangan misteri di laut yang belum dapat diselesaikan,” kata penulisnya.

Laporan itu ditulis beberapa tahun selepas kapal milik Belanda itu membuat panggilan kecemasan SOS pada tahun 1948 semasa belayar di Selat Melaka di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 turut hilang pada tahun 2014.

Berdasarkan portal berita The Sun, sebelum siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian krunya, kapal itu meletup, terbakar dan karam ke dasar laut.

“Semua anak kapal termasuk kapten kapal mati, ada yang terbaring di bilik carta dan di anjung kapal dengan mata yang terbeliak,” kata panggilan kecemasan itu seperti dalam laporan terperinci CIA.

Isyarat SOS menerusi kod Morse itu dibuat oleh juru semboyan di atas kapal SS Ourang Medan yang kemudian diterima kru sebuah kapal yang berada tidak jauh darinya, Silver Star. Beberapa kapal penyelamat bergegas untuk mencari kapal berkenaan dan menemuinya kira-kira 80 kilometer dari koordinat lokasi yang diberikan.

“Tiada makhluk yang hidup di atas kapal ini. Kapten kapal terbaring dan mati di anjung kapal. Mayat kru lain ditemui bergelimpangan di bilik roda, bilik carta dan bilik pegawai,” kata pasukan penyiasat seperti dalam laporan dokumen berkenaan.

Pegawai penyiasat kemudian meninggalkan kapal itu. Tidak lama kemudian, satu letupan berlaku di atas kapal SS Ourang Medan sebelum ia tenggelam dan tidak dapat dilihat lagi. – Agensi


Sumber : http://www.kosmo.com.my/dunia/mi ... lat-melaka-1.843204

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 10:50 AM | Show all posts
terhidu gas beracun kot.. dah lepas tu meletup kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 11:25 AM | Show all posts
kucingitam replied at 21-2-2019 10:50 AM
terhidu gas beracun kot.. dah lepas tu meletup kan..

berkemungkinan juga tu, maklum la dulu2 masih tiada langkah2 keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:49 AM | Show all posts
takde ke mana2 group yang berminat nak buat research cari punca eh? mana tau kot2 kat serpihan kapal tu blh dpt bukti ke? takkan asik2 nak salahkan alien hantu jembalang, kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 12:17 PM | Show all posts
kucingitam replied at 21-2-2019 11:49 AM
takde ke mana2 group yang berminat nak buat research cari punca eh? mana tau kot2 kat serpihan kapal ...

kalau ada pn mngkin dah buat snyap2 jika ada harta didalamnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 21-2-2019 11:49 AM
takde ke mana2 group yang berminat nak buat research cari punca eh? mana tau kot2 kat serpihan kapal ...


Biasa la benda camni kena mengfitnah hantu oleh ustaz2.

Sebab hantu Tak boleh defend diri sendiri..masuk mahkamah pon Tak boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 12:45 PM | Show all posts
ahahhaa...hujung2 jual air dibaca 30 juzuk..penonggeng agama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la harus gas  beracun klu dah mati semuanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 21-2-2019 12:45 PM
ahahhaa...hujung2 jual air dibaca 30 juzuk..penonggeng agama..

Hahaha yg ni win..pastu berbondong2 kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb gas beracun daripada apakenateyntah yg diseludup atas kapal tu hari tu ada baca (tapi dah lupa pun lol) sebab ada game nak keluar tahun ni, pasal SS Ourang Medan ni


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 03:02 AM | Show all posts
gambar hantu please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.195237 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list